Nipisnya Ultrabook Toshiba Portege Z830

Baru-baru ini Denaihati telah menganjurkan projek review Ultrabook Toshiba Portege Z830 dengan hadiah utamanya agak menarik.

Rekabentuk
Nipis dan kukuh.Itulah gambaran tepat yang saya boleh berikan kepada Ultrabook Toshiba Portege Z830. Penggunaan aloi magnesium sebagai rangka luar memberikan impresi teguh kepada Ultrabook ini.Penggunaan aloi magnesium yang meluas dalam bidang aeroangkasa untuk mengurangkan berat dan dapat memberikan kekuatan yang sama dengan logam besi dan lebih mengejutkan ia paling ringan antara Ultabook lain di pasaran. Tekstur unik aloi magnesium itu sendiri membuatkan ia lain dari yang lain dari mana-mana Ultrabook yang terdapat di pasaran.

Susun atur ‘port’ untuk USB 2.0,HDMI,slot pembaca card terletak rapi dan sempurna ditepi sekeliling Ultrabook ini.

Teknologi
Unit pemprosesan generasi kedua i5 atau i7 yang berjaya menafikan Teori Moore telah digunakan didalam Ultrabook Portege Z830. Hasilnya, kelajuan pemprosesan yang tinggi dan menggunakan tenaga yang rendah adalah amat sesuai bagi mereka yang memerlukan ketangkasan dan bekalan tenaga yang terhad.

Storan SSD
Didalam entri ‘Perkara Menarik Boleh Dilakukan Menggunakan Pendrive‘, terdapat banyak kelebihan storan ssd atau solid state drive ini. Antaranya kelajuan pemindahan dan penyimpanan data amat laju berbanding dengan storan konvensional yang menggunakan ‘head’,’platter’,manipulasi medan magnet dan perlu mencapai rpm tertentu untuk menyimpan data. Storan konvensional memerlukan masa yang agak lama sebelum sesuatu data berjaya disimpan.

WiDi
Teknologi terbaru yang dibawa oleh Microsoft iaitu WiDi 2.0. Teknologi ini menggunakan aplikasi tanpa wayar untuk sambung terus kepada televisyen yang menyokong fungsi Wifi. Kita tidak perlu lagi menyambung kabel HDMI untuk menonton tayangan gambar atau membuat persembahan ‘slide show’ menggunakan televisyen.

Paparan ‘Back-Lit Led’
Walaupun bukan sepenuhnya paparan LED, paparan jenis ini dapat membantu memanjangkan jangka hayat penggunaan bateri dan kuasa kerana seperti yang kita tahu LED menggunakan tenaga elektrik dengan efisien berbanding paparan lcd konvensional yang lain.

Prestasi
Berbekalkan perkakasan seperti 6GB RAM disamping penggunaan prosessor generasi kedua dari Intel, prestasi Ultabook Toshiba Protege Z830 ini tidak mengecewakan. Dengan penggunaan sistem 64bit dapat membantu lagi melancarkan perjalanan Ultrabook ini ketika menggunakan perisian berat seperti Photoshop, Autocad, dan lain-lain lagi. Penggunaan tenaga yang mencecah sehingga 8 jam membuatkan Ultrabook ini memenuhi kehendak semua lapisan pengguna samada ketika bekerja atau santai dimana-mana sahaja.

Projek Review Ultrabook Toshiba anjuran Denaihati.com ditaja bersama oleh Toshiba & Intel Malaysia, Eizil.com, Anarm.net, eQurban.com, Alansarproperties.com, Kedai Kak Siti, azri.my dan Jerungperkasa.com, azri.my , Apesal.com

JebengOtaiâ„¢
Pergh..dah lah nipis..tahan lama lak tu..best2x 🙂

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 47 Comments

  1. iza

    Assalam…
    Moga berjaya..

    1. JebengOtai

      pantasnya..tq sbb singgah slalu.. 🙂

  2. Juan

    eh naper aku nak masik blog ko “home” dia jadi error, aku terpaksa masuk blog ko melalui link ini seperti tajuk ni, kalau tekan home ja jadi error

    1. JebengOtai

      yeke bro ?..nnt kalo jadik blik inform kat aku eh.. 🙂

  3. yas

    Pehh….semoga berjaya jugak bro…hehehe

  4. anif

    Semoga berjaya 😀

      1. suri

        makin ramai yg joint mmg meriah.semoga berjaya sahabt2ku termasuk admin skli

        1. JebengOtai

          yela..doakan org lain dan doakan diri sendiri juga supaya berjaya.. 🙂

        2. hafizmd

          mmg meriah…apa2 saje anjuran DH mmg ramai yg menunggu…terbaik!

  5. auc dot com

    dtg dgn misi yg sama
    bantu apa yg patut
    dari blogger utk blogger

    moga berjaya

  6. wazy

    Semoga berjaya bro 🙂

  7. ejam

    semoga berjaya yer.. 🙂

  8. muazfaris

    gud luck juga , semoga berjaya, saya tolong tweet kan tau.!!!

  9. muazfaris

    erkk, susah tol nak tweet, kena sign dulu kat app tu.. hehe

    1. JebengOtai

      maybe plugin len2..tu yg ‘token’ len2..hehe

  10. syahrilhafiz

    goodluck, banyak spesifikasi yang belum ada kena teroka lagi ni
    fungsi baru banyak…SSD paling cun tu..hehe

    1. JebengOtai

      yela..teknology ssd ni dh lama..cume x ambil endah jer..huhu

  11. akubiomed

    Casing yang sekeras cengkerang walaupun ia lasak tapi sayang untuk dicampak-campakkan yer bro? 🙂

    1. JebengOtai

      pergh..sayang tu nk campak..calar skit seminggu berderai air mata.. 🙂

  12. titan

    aku tak kisah nipis atau tebal. aku kisah bab bateri aje. haha..

    1. JebengOtai

      kompem tahan 8jam..processor 2nd gen,display back lit led..seswai utk lepak2 kat mamak 🙂

  13. suri

    hai menawan hatilah buatnya heee…mudah plk jatuh cinta sb byk blogger bicara ttg kehebatan dia

  14. fakhruddin

    cantekkk…berkenan lah pulak rasanya..
    brapa sebijik ni..

    1. JebengOtai

      4-5k satu bijik ikut processor..huhu 🙂

  15. ammboi

    sori lambat.. terbaik! 🙂

  16. sensasi2020

    Apa yg cari bisa ketemu,
    Moga dpt jadi milik kamu.

  17. hafizmd

    fuhhhh!

    aku rase, kalau aku ade duit lebih ni, mau rembat satu…nipis, ringan, bateri tahan lama (paling menawan yg ni lah).

    so, good luck bro JO! Moga dapatlah yer =)

  18. Wawan

    Great! Selamat berjuang yah!

  19. chii

    masih on lg kan..chii ucapkan selamat maju jaya

  20. kakngah

    kan.. tahan lama tu yg penting. terutama utk mereka yg bergelar blogger tegar.
    good luck jebeng!

    1. JebengOtai

      tq..tp snarai finalist x kuar ag 🙂

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.