Mampukah Kita Hapuskan PTPTN ?

Puas mencari dan akhirnya saya menemui cadangan-cadangan dari Rafizi Ramli, CEO, Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor berkenaan ‘Soal Jawab PTPTN : Kita Mampu Hapuskan PTPTN’ . Apa yang bezanya kali ini ia disertai dengan kertas cadangan dan bukan sekadar khabar angin yang digembar-gembur oleh pihak yang tidak bertanggungjawab seperti isu FGVH dan Lynas. Isu semasa kali ini memang berlainan dan membawa kita berfikir secara rasional adakah kita benar-benar mampu menghapuskan PTPTN ? Saya menyokong sesiapa sahaja yang mempunyai dan mengeluarkan  idea sama ada bernas atau pun tidak untuk pembaharuan tidak kiralah dari pihak kerajaan atau pun pembangkang dan bukannya ber’demo’ seperti #occupydataran tanpa menyatakan cadangan yang membina.

Peruntukkan RM2 – 2.5 billion dari Petronas
Dengan menyediakan dasar atau akta yang mensyaratkan Petronas dimasukkan kedalam tabung pendidikan setiap tahun untuk membiayai jumlah hutang terkumpul oleh PTPTN sehingga ianya selesai dalam masa 10 – 15 tahun. Petronas merupakan syarikat GLC yang paling berjaya memacu pembangunan Malaysia. Keuntungannya diberikan semula kepada rakyat dalam bentuk subsidi , prasarana dan sebagainya. Namun begitu saya kurang setuju dengan ‘pemerahan’ sebegini kerana sudah tiba masanya Petronas mencari alternatif pelaburan lain selain hasil cari gali petroleum. Penyusutan simpanan minyak semakin hari semakin berkurangan dan amat menggusarkan sekiranya tiada hasil pendapatan yang lain.

Penerbitan Bon
Rata-rata ada yang menentang kos dan kadar perkidmatan yang dikenakan PTPTN. Selain Petronas, bon boleh diterbitkan untuk membiayai hutang-hutang tersebut. Kita ingin mengelakkan riba, walhal bon juga mengandungi riba dan tiada bezanya dengan sistem yang ada sekarang walaupun ia bukan ditanggung individu tetapi secara perkongsian. Apapun jika di semak semula, jika seorang graduan meminjam RM 24,000, kadar faedah yang dikenakan adalah dari RM 1200 – 1400 mengikut pembayaran purata atau progresif.

Rebat Bayaran
Bagi mereka yang telahpun membayar dan mempunyai rekod yang baik, mereka akan menerima rebat bayaran. Menarik juga sebenarnya sistem rebat ini. Namun jika difikirkan Maslan Ali yang hanya beberapa bulan bekerja dan membuat pembayaran tidak pula dibayar penuh sewaktu PTPTN belum dimansuhkan manakala Mohamad Ali yang liat membayar telah diberi rebat 24%.


Maslan Ali meminjam RM18,000 dari PTPTN. Setakat ini beliau hanya membayar RM680 kepada PTPTN.Maslan Ali hanya membayar 4% pinjamannya iaitu dibawah kadar purata nasional. Beliau tidak layak mendapat apa-apa pembayaran rebat.

Munir Ali meminjam RM20,000 dari PTPTN. Beliau telah membayar RM2,500 kepada PTPTN. Munir Ali membayar 12.5%. Beliau layak menerima rebat. Jika kadar pembayaran rebat ditetapkan sebagai berkadar terus dengan jumlah pembayaran, maka Munir Ali mendapat (12.5% X RM2,500 = RM312.50) sebagai rebat prestasi pembayaran PTPTN.

Mohamad Ali meminjam RM20,000 dari PTPTN dan membayar RM4,800 setakat ini. Begitu juga dengan Mohamad Ali yang bakal mendapat rebat sebanyak (24% X RM4,800 = RM1,152).

10 IPTA baru diwujudkan
Mengikut perkiraan purata kos pendidikan ia seperti menidakkan penuntut yang memilih kursus pengajian perubatan dan kejuruteraan yang kosnya lebih tinggi dari kursus yang lain. Apa yang saya boleh gambarkan, 10 IPTA yang bakal dibina ini adalah sekadar tangkap muat dengan kursus yang tidak pasti apa yang ditawarkan tanpa mempedulikan kekurangan tenaga kerja mahir di setiap sektor. Bagaimana pula pelajar-pelajar Politeknik, Kolej Komuniti dan bidang kemahiran yang lain yang memohon pinjaman PTPTN. Adakah mereka tidak diperdulikan ? Untuk membina 10 buah IPTA memerlukan kos yang tinggi dan pada masa yang sama ingin pula melunaskan hutang PTPTN dan membiayai pendidikan percuma.

Pembiayaan tambahan bernilai RM 2 billion setiap tahun
Pembiayaan tambahan diusulkan untuk menampung tanggungan hadapan melalui pengurangkan perbelanjaan projek mega, persenjataan dan lain-lain. Bagi saya pertahanan juga merupakan bidang penting untuk melindungi negara dan ia merupakan tuntutan agama. Kita tidak mahu ketika sesuatu terjadi teknologi persenjataan yang ada tidak mampu untuk bersaing dengan teknologi yang lebih maju.

Kos-kos Tersembunyi
Jika PTPTN dimansuhkan, bagaimana anak-anak Sabah dan Sarawak ingin membiayai kos pengangkutan mereka jika mereka belajar di semenanjung? Sememangnya tidak praktikal untuk membina 1 dari 10 IPTA baru di Sabah dan Sarawak atas kekangan penduduk yang sedikit dan bentuk muka bumi. Jika dibina, adakah anak-anak semenanjung akan kesini tanpa kos sampingan? Bagaimana pula dengan buku, makanan, pengangkutana dan sebagainya. Bayangkan betapa sukarnya jika 1 keluarga kesemua anak-anaknya berada di IPTA di Semenanjung atau di Sabah dan Sarawak.

JebengOtai™
Xperlu 10 ipta baru..just upgrade polytech pon dah ok..depa pon x kurg jugak hbatnya..

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 63 Comments

  1. JebengOtai

    rasanya x mampu kot..blum lagik perancangan utk menempatkan tenaga kerja yang mengangur…

  2. Bro Zulkbo

    Salam..
    saya kurang setuju di hapuskan PTPTN ni
    cukup sekadar kerajaan tanggung kos
    penyelengaraan PTPTN..dulu di kenakan
    sampai 6% memang melampau..ngalah bank
    pun ada..lepas baru du turunkan ke 1%
    itupun banyak hal la pulak nak kena
    sain itu ini..alahai..kalau MARA boleh
    tidak kenakan kos penyelenggaraan mengapa
    PTPTN nak dikenakan kan..rasanya bagus juga
    budak2 tu memberontak..sekurangnya terbuka juga
    minda politikus tentang hal ni bila dekat nak
    pilihanraya kan 🙂

    1. JebengOtai

      mmg rata2 x setuju dgn kos perkhidmatan tu..mungkin ada cara len nk kontrol kos tu..

    2. hafizmd

      dari satu segi, yg tu mmg ada bagusnya geng2 yg bising2 pasal ni saat pru makin dekat…sure kerajaan sedia ada paling tidak kena fikirkan jalan terbaik utk bentangkan pada rakyat

      1. JebengOtai

        kdg2 x leh ikut juga apa yg diminta kalo melampau sgt..

  3. Bro Zulkbo

    thanks Bro selalu komen
    di blog saya..memang agak
    lewat saya nak balas balik
    sibukkk!!! Masyaallah..mengalahkan
    menteri..huhu

    1. JebengOtai

      xpa..training utk jdik menteri..hehe

  4. titan

    belum masanya. soon. selepas semua orang habis bayar hutang diorang.

    1. JebengOtai

      btul..jika semua komited pendidikan percuma bkn impian shja,,

    2. chii

      setuju..apa pun..kasi langsai dulu semua utang2..br bleh dimansuhkan..tu pun.,mungkin akan ambil masa yg lama

      1. JebengOtai

        yela..dh pinjam kita harus byr..tu yg kita janji sblum kita terima duit ni… 🙂

      2. hafizmd

        kalau ada hutang dgn sedara2…jgn lupa utk langsaikan sekali… =)

  5. Juan

    kita mampu hapus ptptn, tetapi x realistik, ada baiknya riba dihapuskan dari memansuhkan terus ptptn

    1. JebengOtai

      ptptn byk juga yg berjasa…kalo danan terhad mmg x merasa pengajian tinggi ni..

  6. Umar Faruq

    PTPTN, satu isu yang akan berpanjangan selagi tak dibawa berbincang secara betul2..

    1. Jebeng Otai™

      ia perlu diselesaikan segera sblum ade yg nk berdemo lg..

      1. hafizmd

        nanti2, ada lagi kes kena kepung pagi2 buta kat dataran merdeka

        1. JebengOtai

          pling x leh trima depa ckp polis x menjalankan tugas..

  7. Lizz

    tak perlulah mansuhkan cuma mohon jangan amik riba banyak sangat.LOL

    1. Jebeng Otai™

      perlu kaji mekanisme mcmne nk serap kos2 yg ditanggung ptptn..

      1. faizul

        ye betul, tak ramai yang nampak kos diserap PTPTN menyelenggara sistem ini.

        1. JebengOtai

          x semua sedar apa yg mslh yg dihadapi ptptn pula..

  8. mie

    perlu ada kajian secara lebih terperinci…
    jka nak dikaitkan dengan riba..
    banyak juga isu yang ditimbulkan..
    ehheee

    1. Jebeng Otai™

      kne berbincang semeja dgn semua pakar2 ekonomi..utk kebaikkan bersama..

  9. sjiehan

    banyak benda nak di fikirkan..gov kene buka minda…

    kene tukar sistem pinjaman bank..

    beli kete, umah, semua ada bunga…

    semuanya tu riba~~….

    hehehhe

    1. JebengOtai

      kalo x mo bunga kene simpan duit..bli cash trus..hehe

      1. faizul

        setuju. #LOL

  10. akubiomed

    PTPN adalah bantuang pengajian alternatif kalau dimansuhkan susahlah mungkin kos perkhidmatan perlu dikaji semula. Kalau pointer bagus tidak ada masalah boleh tukar jadi biasiswa. Masalah yang point CGPA suam-suam kuku.

    1. JebengOtai

      kalo pointer bgus leh jdik biasiswa..xperlu nk pikir hutang semua..just pikir stdy jer..

      bknnya dok kat dataran berdemo..lpastu update status twitter dan fb pki smartphone hbat2..

  11. Kamal Mustafa

    Bukan semua orang senang (Berduit), pada yang tidak mampu, PTPTN inilah yang membantu.

    1. JebengOtai

      kene pndang dri pelbagai sudut..takut ade yg terpinggir nnt..

  12. tehr

    Mereka mahu biasiswa bukan pinjaman
    Mungkin mereka fikir kerajaan mampu berikan biasiswa dengan pendapatan yang ada
    Mungkin…

    1. JebengOtai

      jika mereka cemerlang mereka boleh minta biasiswa..bknnya dudk berdemo x buat apa2..

  13. azmanisma

    saya tak pernah buat loan untuk belajar,sebab belajar tak tinggi he3..

    1. JebengOtai

      best la x dak hutang ptptn..huhu

  14. yas

    Bab2 kos pengurusan diturunkan ke 1% mmg den setuju sesangat…tp nk hapuskan PTPTN rasanya lagi ramai yg tak lepas nak belajar nti…kacau negara

    1. JebengOtai

      btul..x ramai dri latar belakang keluarga yg senang2..jika mereka cemerlang ptptn tu leh ditukarkan kepada biasiswa..

  15. Manan Qayyim

    Isu yang dah lama ingin aku ketengahkan…
    Dalam mecari dimana relevennya…. atau sekardar fantasi semata…

    Dalam permahatian, mendengar hujah2 mereka. Ada relevan disitu.

    Apa yg aku faham, isu yg ingin dibawa adalah memberikan pendidikan percuma kpd masyarakat. Kerana melihat kemampuan kerajaan…

    Aku masih mengkaji lagi… Insya-Allah akan dtg, cuba utk ketengahkan isu ini dlm blog.

    1. JebengOtai

      sama2 mengkaji utk mencari titik sentuh yang membawa kebaikkan kepada semua..

      walaupun ade negara yg memberi ‘pendidikan percuma’ tetapi ia tetap mempunyai permasalahan yang dihadapi mereka sendiri..

  16. puan kutu

    ramai juga yg menulis tentang isu ini.sy tak mahu komen.apa yg pasti klu nak hapuskan terus PTPTN ni mmg sesuatu yg tak realistik..:)

    1. JebengOtai

      ade yg btul2 memerlukannya..mmg x usah di mansuhkan..

  17. azura

    yang nak mansuhkan tu tak perlu di beri pinjaman kata kerajaan, ngada2 budak2 tu

    1. JebengOtai

      btul..ptptn bkn wajib..ia adalah option…rasanya depa paham time sain agreement…

  18. faizul

    Kalau nak sistem pendidikan percuma itu masih boleh diterima. Tapi menghapuskan PTPTN tatkala ramai yang liat membayar seperti mengajar anak-anak kita ambil jalan mudah melangsaikan hutang.

    1. JebengOtai

      mungkin idea rebat dri rafizi ramli tu boleh menarik minat peminjam…

      kene improve sdikit mekanisma yg dicdgkan..

  19. puteri kasih

    perlu penelitian yang lebih tapi rasanya tak perlulah di hapuskan terus sebab masih ramai yg perlukan

    1. JebengOtai

      aah..ramai yg masih x mampu untuk menampung perbelanjaan di ipta @ pengajian tinggi..

      1. hafizmd

        tapi, apa yg cuba ditawarkan oleh proposal itu ialah “pendidikan percuma utk semua”.

        mmg dahsyat jugak tu bro.

        p/s-aku ttp berpendirian ianya masih perlu kekal sebagai pinjaman, cuma caj perkhidmatan, riba’ tu, kerajaan silah tengok2kan…

        lagipun, kalau pelajar betul2 belajar, dapat ist class, convert jadi biasiswa…percuma jugakka?hehee

        1. JebengOtai

          aah..mmg skng ni pon dpt biassiswa kalo excellent belajar.

  20. chii

    apa pun..kerajaan kena kaji balik kadar bayaran yg dikenakan..pastu byk perkara yg perlu dibincang ngn baik..soal perlu di mansuhkan atau tidak..chii rasa mcm x wajar … x semua berkemampuan..biasiswa sekalipun..terpaksa bersaing antara satu sama lain memandangkan anak2 skrg ni da makin ramai yg bijak pandai

  21. suri

    salam..
    masih meneruskan bayran pinjaman tapi bukan ptpn seperti biasa ada miss kena byr lebih…

    1. JebengOtai

      btul..bayar cepat2 leh selesai hutang cpat..

  22. suri

    msih ingat kata ayah dah pinjam dui org kena bijak ganti balik huhu,,,

  23. shraqs

    Personally aku tak setuju PTPTN dimansuhkan secara terus macam tu je. Yg aku risaukan peluang generasi lepas ni nak sambung belajar peringkat yg lebih tinggi terutama yg kurang kemampuan. Mana nak dpt duit, takkan nak buat pinjaman ngan bank kot. :). Yang bab 1% tu sama konsep ujarah je sebenarnya,.. utk bayar gaji pekerja2 PTPTN dan sbgnya. IMO

    1. JebengOtai

      yela..generasi lepas ni yg penting..xleh pentingkan diri jer..1% tu utk membiyaai kos ptptn..

  24. Nisa

    Tak setuju dengan penghapusan PTPTN sebab masih ada orang yang memerlukan. Tetapi in other case, ada pula pelajar yang drop out from university sebab tak dapat nak menampung yuran – that’s why mereka mahu PTPTN dihapuskan. Hmm… masing-masing ada their point of views.

    1. JebengOtai

      kene pandang semua pihak..xleh terburu2..kalo kita anggap semua org sama rata, background keluarga yang sama mmg x leh..sbb ade yg x berkemampuan..

  25. cikgi

    honestly,dgn duit PTPTn la saya dapat meneruskan study sy dan akhirnya dapat bagi balik ilmu 2.parent saya orang susah.adik beradik ramai.xmampu nak sara.dan saya rasa klu kita nak rezeki kita diberkati, kenala byr blk hutang.sy sedih bila isu ini diperkotak katikkan,bayangkan sistem persekolahan kita yang free tu pun pelajar2 amik mudah.alasannya bukan kena bayar yuran pun.suka hati je datang x datang, rosakkan harta benda sekolah.alangkan lg bila masuk U.
    kepada rakan-rakan sebangsa, fikirlah, berapa kerat saje yg dpt biasiswa ataupun yang mampu dari segi kewangan? sejarah telah banyak mengajar kita.jgn nanti kita terpaksa sekali lagi jual tanah n harta kepada bangsa lain semata2 nak tanggung pelajaran ank kita.anda ada anak n suatu hari nanti anak anda akan sambung belajar.mampukah anda menanggung kos2 yang lain selain dari yuran? adakah anda yakin anak anda akan dapat biasiswa?klu ya cuba fikir 15 thn akan datang, adakah anda mampu dengan kos sara hidup yg melambung tinggi ni.Kesimpulannya,apa yang kita perjuangkan pada masa kini, janganlah memperjudikan nasib anak2 kita pada masa hadapan. maaf klu saya menyinggung sape2 kat sini.salam

    1. JebengOtai

      yela..susah2 kita pon ade ag yg lebih sush..perjuangan depa ni memperjuangkan hak sama rata atau liberal..semua di samaratakan..hakikatnya utamakan mereka yg ssh..

  26. Naziman

    Tak setuju langsung hapus ptptn ni. Kalau bagi percuma pun tak boleh juga. Jadi terbaik, kurang kan caj pentadbiran dan sebagainya tu ok. Kalau nak hapuskan pun, biarlah semua orang bayar dulu ptptn.

    1. JebengOtai

      mansuh spnuhnya mmg x setuju..harus kaji mekanisma len.. 🙂

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.