Amat menyedihkan segelintir golongan mahasiswa masih lagi ‘berkumpul’ di Dataran Merdeka atas nama #OccupyDataran. Mereka semua adalah terdiri dari anak-anak bangsa yang percaya Malaysia boleh memberikan ‘Pendidikan Percuma’ dan menuntut ‘PTPTN DiMansuhkan’ kerana ia membebankan pelajar dari perspektif tertentu. Walaupun mempunyai niat yang murni tetapi matlamat mereka tidak menghalalkan cara. #OccupyDataran bukanlah organisasi tetapi hanyalah platform yang tidak mempunyai pemimpin atau ahli. Mereka bebas melahirkan idea, meluahkan rasa tanpa fokus atau hala tuju yang tertentu ketika persidangan berlangsung.
Saya percaya mereka boleh berbincang dengan berhemah dan bukannya tindakan melulu sebegini. Perjuangan Liberasi ini tidak mengundang faedah kepada masyarakat dan negara. Hujah-hujah yang dikumpul berdasarkan tiada kesahihan sumber, logik akal dan hanya suara majoriti sahaja. Dan bahayanya, mereka tidak bertanggungjawab selepas mengeluarkan hujah kerana mereka boleh ‘keluar’ pada bila-bila masa kerana #OccupyDataran bukanlah ‘organisasi’ yang terancang jika sesuatu berlaku.
mcm2 skng ni..takut depa dipergunakan shja..
dulu malaysia xda pon demonstrasi ker apa, malah budaya demonstrasi ni x pernah wujud, sedih juga bila budaya ni menular, ada yg baik dan ada yg buruk, yg buruknya imej malaysia dan harta benda awam rosak sana sini
cerita vendetta tu dh berjaya mempengaruhi anak2 muda..
tgok muka mrka namp menakutkan…
yeke?..harap2 mereka x bertindak liar..
berhati2 dlm setiap perkara yg kita bt..klu seseorg tu msh pelajar lgi taku2 pihak polis dpt tangkap nnti belajar kemana..kluga dapat malu dan masa depan blh jdi gelap…
yela..ibu bapa lah yg paling kecewa..depa harap dpt keputusan cemerlang bkn berdemo dgn cemerlang..
Paling terkini, ada yg kena kepung dan dakwanya ada yg masuk hospital.
“Tkde penyakit, cari penyakit” inikah salah satunya?
xpasti..dlm keadaan mcm ni..ada byk pihak yg mengambil kesempatan menimbulkan huru hara..ditakuti juga yg mencederakan mereka adalah pihak yg sama..
Mereka ni tinggal di asrama atau rumah sewa, bro
Mak ayah tak kan cari tu
yela..depa dh khianati kepercayaan mak ayah diorg..
Saya rasa lebih penuntut siswa ini memberi tumpuan kepada pengajian dan membaiki CGPA mereka.
btul…daripada dok berkhemah di dataran..bek depa dok berkhemah di kelas2 stdy mana2 yg ptt..
Mereka tertekan kot kat universiti. Banyak asigmen. Tu yang nak berkemah kat Dataran. Baru lain dari yang lain.
mungkin juga..hehe
dah melampau dah budak-budak ni..nak kena gamaknya..makin hari makin melampau.
terlalu manja..x tahu silap siapa..
Sedih dgn sikap derang nih….semuanya jadi kuda politik, lepas ni tah hapa2 lagi la yg nk derang buat
yela..harap2 diorg cepat2 sedar skit..apa yg diorg buat ni x berpekdah sbnarnya..