Pendidikan Percuma : Impian atau Kenyataan ?

Siapa yang tidak mahu pendidikan percuma? Tiada bayaran dan bebanan dikenakan pada pelajar untuk melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi di Malaysia. Ada juga yang berpendapat PTPTN harus dimansuhkan untuk mengelakkan pelajar berhutang sejurus mereka menamatkan pengajian mereka. Banyak negara yang telah mengaplikasikan pendidikan percuma untuk membantu rakyatnya mendapatkan pendidikan tertinggi. Ketika membaca TheStar. saya tertarik dengan petikan dibawah :-

Muhammad Safwan said that if education was a priority and beneficial to the nation, then the Government must be willing to spend more in this sector.

ā€œIf countries like Sri Lanka and Mauritius can give their students free education, why canā€™t we?

Even student transportion is free in Mauritius,ā€ he said. Sumber

Pada mulanya terkejut juga salah sebuah negara di benua Afrika, Mauritius dan Sri Lanka dapat memberikan pendidikan percuma di peringkat yang lebih tinggi. Tetapi setelah membaca dengan lebih lanjut, banyak dugaan yang perlu dihadapi pelajar sebelum dapat ‘menikmati’ pendidikan percuma yang disediakan. Sebenarnya ia boleh dilakukan tetapi agak mustahil untuk dilaksanakan di Malaysia.

Denmark
Negara ini memperuntukkan pendidikan percuma peringkat tinggi untuk pelajarnya. Namun begitu kos pendidikan percuma ini diserap melalui cukai dan Denmark merupakan negara yang mengenakan cukai tertinggi didunia. Cukai-cukai dikenakan termasuk bagi mereka yang berpendapatan rendah.

Argentina
Percuma dan terbuka kepada sesiapa sahaja. Walaupun begitu kos tersembunyi pula yang membebankan pelajar seperti pengangkutan, bahan dan lain-lain lagi. Selain itu pemberian biasiswa secara sama rata mengabaikan mereka yang berpendapatan rendah untuk memasuki institusi pengajian tersebut. 1 daripada 9 pelajar di universiti adalah berasal dari keluarga yang berpendapatan rendah dan kebanyakkan mereka bekerja untuk menampung perbelanjaan dan akhirnya tercicir ketika pengajian.

Sri Lanka
Sistem pendidikan percuma di Sri Lanka merangkumi pendidikan berbagai peringkat. Manakala sekolah separa kerajaan diberi subsidi separuh harga untuk pelajarnya. Walaupun begitu hanya 10% sahaja yang layak memasuki pengajian tinggi. Geran dan biasiswa adalah terhad untuk diberikan kepada pelajar.

Mauritius
Kemampuan Mauritius untuk memberikan pendidikan percuma adalah disebabkan faktor bilangan penduduknya pula. Mengikut bancian 2011, penduduk Mauritius adalah sebanyak 1,286,340 orang sahaja. Kebanyakkan institusi pengajian swasta hanya menjalankan proses pengajaran di hujung minggu disebabkan pelajarnya yang sedikit.

JebengOtaiā„¢

Aku x pasti nape SMM x fikir rakan2 mereka dari kalangan yg kurang bernasib baik..? Buku rujukkan pon dan harga RM 100-200..kalo 3-4 buah?

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 50 Comments

  1. JebengOtai

    mjdik2 trend skang mintak yg bukan2…huhu

  2. segalabenda

    semuanya itu muncul sebab pilihanraya dah nak dekat..tapi pikir logiklah kalau nak memintak pun

    1. JebengOtai

      btul..jika hanya pentingkan diri..nilah jadiknya..

  3. akubiomed

    Pendapat saya tenaga pengajar perlu juga dinaik taraf kemahiran mereka untuk memberikan pendidikkan percuma.

    Tidak silap saya ada negara memperuntukkan 3 orang guru yang yang mempunyai kelayakkan Master Degree.

    1. akubiomed

      Tidak silap saya ada negara memperuntukkan 3 orang guru yang yang mempunyai kelayakkan Master Degree untuk satu kelas.

    2. JebengOtai

      3 guru master utk satu klas..mmg leh guna kepakaran masing2..

      p/s: rasanya skang ni pon dlm proses kearah itu dimana semua guru dip diminta belajar semula utk degree..

  4. SuhairiDotCom

    Setahu aku UK sahaja ada 2 org guru bertauliah untuk mengajar setiap kelas. Nak buat kat Malaysia? Boleh tetapi sesuatu yang agak sukar secara realitinya. Ko pernah kerja cikgu? Kalau tak pernah, jangan minta bukanĀ² sangat.

    1. JebengOtai

      skng ni bkn musim mintak yg bukan2 bro..hehe

  5. Kamal Mustafa

    Mintak macam2, tapi sumbang tak pernah.

    1. JebengOtai

      aah btul..kdg2 x logik apa yg diminta..

  6. yas

    Sumer nak free je…naik lemak la nanti…bertambah2 manja weii bebudak skg nih…btw nice info yg ko tempek tu bro.

    1. JebengOtai

      yela..ketika sain agreement nk pulak depa sain..pelik2..

      p/s: kajian skit bro..mmg x puas ati kalo ade org nk bandin2 kan malaysia dgn ngara luar..

  7. muazfaris

    Pendidikan bila dah free. tak rasa ke MAHAL sesuatu nilai pendidikan yg sebenar..

    1. JebengOtai

      mungkin juga..memandang ringan sesuatu perkara..mungkin mereka blom matang ag..

  8. zool

    Sukar secara realitinya.. Kalau pendidikan percuma dah tentu ada sumber lain yang akan dinaikkan. Sanggup ke kita.. Minyak naik 10 sen pun kita tak sanggup lagikan kalau banyak2 cukai dinaikkan

    1. JebengOtai

      cth mcm denmark..kalo travel lebih 25km kene cukai..lebih 100km kene cukai yg len..mmg gila la..

  9. azura

    kalau isu mansuh PTPTN saya memang tak setuju…takkan belajar kat IPT pun kerajaan nak tanggung…fikir logik menangani masalah

    1. JebengOtai

      yela..lepastu nk serap pendidikan percuma ni kerajaan kene naikkan cukai..die yg bljar org lain yg tanggung..byk cantik..huhu

  10. sjiehan

    klo belajar kat giat mara, dapat elaun,

    klo kolej komuniti tinggi mara pon dapat elaun..

    klo poly-tech mara pon dapat elaun…

    xkan la budak masuk u x dapat elaun??? ding ding ding..

    pening jugak memikirkan hal ni..

    mujur saya dapat mara~

    1. JebengOtai

      elaun ptptn ke bro?..kalo dh mansuh mmg x dpt la..huhu..kene kuar onkos sendiri.. šŸ™‚

  11. Juan

    aku setuju tang harga buku, rasanya kalau boleh ptptn tanpa riba dan kasi subsidi buku supaya buku lebih murah lagi baik daripada mansuh ptptn terus

    1. JebengOtai

      rasanya pemberian subsidi tu dah diberi melalui voucher…tp ade juga yg jualnya utk dpt tunai..plik2

  12. klcitizen

    benda percuma selalunya akan menjadi tidak bernilai. itu pendapat saya. yang saya setuju ialah penurunan beberapa perkara seperti pengangkutan dan harga buku. Harga buku sangat tinggi di sini berbanding dengan singapura dan thailand, ikut nisbah pendapatan dan harga buku tempatan di sana.

    pendidikan asas memang perlu percuma, tetapi pendidikan tinggi saya kira ia lebih eksklusif dan perlu ditanggung oleh individu.

    1. JebengOtai

      btul..kita tidak boleh jatuh hukuman ‘mansuh’ utk ptptn tanpa memikirkan resolusi..pada yg mampu mungkin x menjadi mslh..pada yg kurang mampu..pinjaman ni boleh mengurangkan beban mereka..

  13. Cikgu Hairul

    Mereka yang pernah belajar di CIAS, Giatmara dan IKBN memang merasa pendidikan percuma ni. Maknanya memang boleh dan tak mustahil. Cuma pemansuhan PTPTN ini perlu kerana melihat kesan buruk daripada hutang tak berbayar graduan lepasan IPT ni.Mansuh PTPTN bukan bermakna tidak perlu bayar hutang PTPTN. Itu yang SMM perjuangkan. Bukan mansuh PTPTN dan tak perlu bayar pinjaman.

    Mekanisma macam mana nak bagi free tu yang perlu diperjelaskan oleh pencadang. Dan kerajaan perlu dengar bukan terus kata tak masuk akal. Perhalusi cadangan itu kalau ianya boleh dilaksanakan. Kalau mahu rakyat didahulukan silalah bekerjasama dengan pencadang demi kemakmuran kita semua. Bukan hanya mempertahankan idea tanpa mahu berbincang dan ambil tindakan.

    Tapi, saya kurang setuju jika pendidikan percuma tapi perlu dibiayai oleh Petronas macam yang DSAI kata tu. Kalau semua petronas nak tanggung, dari pendidikan, tol, pengangkutan, subsidi minyak, kesihatan…Saya rasa ikut logik akal memang tak logik.

    1. Jebeng Otaiā„¢

      sbnarnya institusi tersebut menyediakan kemahiran dan program sijil dan jangka masa yang pendek..

      beza lak dgn ipta..memerlukan kos yg tinggi..lebih2 lagi pelajar engineering dan medic..masalah juga kpda ipta yg menyediakan bidang2 tersebut..

      apa yg sy setuju mencari cara bagaimana hendak memujuk peminjam utk bayar semula..

    2. Sobri Mansor

      Nak menjadi pencadang ada tempatnya. Bukan di jalanan. Dalam parlimen boleh bentangkan. Apa yang aku nampak, si pencadang hanya cerita di luar je sebab nak tarik hati rakyat. Kenapa tak suarakan terus dalam parlimen. Semua orang boleh dengar dan bagi pendapat samada relevan ke tidak.
      Ini tak, racun dulu fikiran anak2 muda dekat luar yg darah masih panas, demo n pasang khemah sebab nak tunjuk yang mereka nakkan pendidikan percuma ni. Padahal si pencadang baru sebut je. Cerita panjang lebar pun belum lagi.

      Memang betul kata veteran2 melayu. Ornag melayu ni pantang oena cucuk sikit. Melatahnya tak ingat dunia. Malaysia ni dah aman makmur, tapi nak diporak perandakan dengan benda2 macam ni.

      Aku tak sebelahkan sapa2 dalam hal ni. Cuma pandangan peribadi.

      1. JebengOtai

        mmg btul ape yg bro kata..ia melibatkan golongan muda yg blum pasti masa depannya..ada hikmahnya auku digubal sebegitu rupa..bkn x mahu melibatkan penuntut dalam politik..ttp kalo pelajaran terabai mmg tiada gunanya..

  14. titan

    bukan tak boleh. Tapi banyak implikasinya. Kalau sanggup, itu lain cerita. Masalahnya, orang kita ni banyak yang tak sanggup.

    1. Jebeng Otaiā„¢

      xpasti btul2 SMM dan mahasiswa yg minta atau pihak lain yg mengkudakan depa..

    2. dzuandiey

      senang cerita, orang kita ni banyak songeh..hehe

      1. JebengOtai

        songeh bertempat x pa..jgn x bertempat..hehe

  15. apaajanews

    standard lah tu gimik politik bila dah dekat pilihanraya..setakat cakap memang senang

    1. JebengOtai

      yela..byk ckp dr fikir..

    2. dzuandiey

      gimik tu memang dah lapuk..huhuhu

      1. JebengOtai

        depa x kira lapuk x lapuk..asal ade modal utk berdemo…

  16. puteri kasih

    macam-macam permintaan bila pilhanraya dah dekat kan…

    1. JebengOtai

      jika permintaan tu bernas dan memberi kebaikkan menyeluruh x pa juga…

  17. chii

    Permintaan kenalah relevan. Alasan p kena la kukuh. Tp kalo ada maksud tersirat,tu yg x best

    1. JebengOtai

      bkn ckp depa x matang..cuma tkut mereka dipergunakan utk kepentingan pihak2 tertentu..

  18. Amirez

    walaupun ada cara yang jelas untuk melaksanakan pendidikan percuma ni tapi kena fikir juga implikasinya kepada pelajar. selalunya yang percuma ni jarang dipandang serius. takut nanti belajar pun sambil lewa. dah la sekarang ni (dulu pun) belajar tak pandang masa depan, samar2. lagi2 bila tak perlu bayar apa2 kat IPTA nanti.

    ataupun cadangan yang lebih baik mansuhkan ‘bunga’ yang perlu dibayar. hanya banyar jumlah yang dipinjam sahaja.

    1. JebengOtai

      implikasi kepada pelajar dan masyrakat..cukai dah tentu akan dinaikkan..x semua yg mampu..

  19. dzuandiey

    tak salah nak freekan pendidikan..tetapi ia perlu relevan dan boleh beri rasional…

    1. JebengOtai

      gunakan hak berfikir sblum guna hak bersuara..

  20. budakserius

    Aku rse dh elok dh skrg ni.spa dpt pointer bgus boleh apply full scholarship.klu byr mngkin kita akn mnghrgai sesuatu.mcm klas tuisyen.klu free.buat x lyn jer sbab free.ikut suka nk pergi ke x nak.eh dh pnjng mlalut.HEHE

    1. JebengOtai

      btul..x sume benda berbayar x bagus..ade gak bgusnya.. šŸ™‚

  21. muazfaris

    kalo minta kerajaan free kan pun, nanti makan minum semua sape nak tanggung.. last2 sama jugak.. buat masa je minta pendidikan percuma..

    1. JebengOtai

      btul..kos yg len terpaksa kuar duit sendiri juga akhirnya..

  22. shack

    ada pro dan kontra..perlu perincian teliti sblm laksana..|

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.