Sudah masuk hari ketiga kita berpuasa. Syukur kerana diberi kesempatan sehingga ke hari ini. Rasa letih juga ketika di bulan puasa ini. Letih bukannya sebab lapar dan dahaga, tetapi letih kerana perlu untuk menjaga pahala kita supaya tidak berkurangan. Ia memang sukar dan menguji diri. Siapa pun tidak mahu penat berpuasa tetapi kurang pahala puasa atau terus tidak dapat ganjaran pahala. Sayang sekali kerana ia mungkin Ramadhan terakhir kita. Berblogging boleh mengisi masa terluang sebelum berbuka. Jika ia memberi 1000 manfaat pastinya dapat balasan yang baik. Tetapi ada dalam sedar atau tidak, kita mendapat dosa melalui dunia ‘online’.
Kurang Pahala Puasa : Komen Kesat
Selalu juga saya membaca entri dan artikel dari banyak sumber berita politik,hiburan dan bermacam-macam lagi. Disusuli pula setiap entri tersebut menyediakan ruangan untuk pengunjung memberikan komen. Sedih juga tidak kira bulan Ramadhan atau bulan-bulan lain, komen berbentuk cacian,makian tetap juga ditulis. Saya tidak pasti mengapa ianya berlaku. Tidak salah berbeza pendapat, dari pendapat yang berlainan kita boleh berkongsi idea. Idea yang dihimpunkan pasti boleh menjana sesuatu yang baik.
Kurang Pahala Puasa : Status FB dan Tweet
Saya tidaklah arif memberi hukum malah tidak layak menghukum sesiapa pun atas apa kesalahan disisi agama yang dilakukan sesetengah orang. Tidak salah meletakkan status yang bermanfaat di Facebook, tetapi jika hingga ketahap menyakitkan hati orang lain ia tidaklah wajar. Apa salahnya jika dikongsi entri menarik seperti kisah teladan, tafsir dan hadis malah sejarah Islam boleh disampaikan menerusi Facebook. Jika rakan-rakan turut sama berkongsi pastinya ilmu itu dapat disebarkan dengan berkesan.
Kurang Pahala Puasa : Gambar
Penggunaan gambar sebagai avatar adalah hak masing-masing. Seelok-eloknya gambar yang elok, sopan dan yang menutup aurat. Walaupun gambar yang digunakan ialah gambar orang lain ia tetap menjadi tanggungjawab kita selagi ianya menjadi tatapan orang lain di dunia maya. Agak menakutkan juga jika gambar yang kita muat naik digunakan orang lain untuk tujuan yang tidak sepatutnya. Harus juga ingat mengingati sesama rakan jika terdapat gambar yang agak ‘kurang sopan’ di muat naik.
Kurang Pahala Puasa : Melakukan Kerosakkan
Menyerang, mengodam dan sebagainya saya kategorikan sebagai melakukan kerosakkan. Rasanya tuan empunya blog tidak pernah melakukan kesalahan kepada pengodam tersebut. Mungkin juga ingin mencuba sesuatu yang baru menyebabkan blog Cikgu Hairul pula yang jadi mangsa baru-baru ini didalam bulan puasa. Tidak patutlah penat payah orang lain membina laman sesawang atau blog digodam sebegitu rupa. Geram juga melihat kelakuan mereka tetapi apakan daya mungkin mereka hebat didalam bidang mereka. Apa pun kita doakan mereka akan sedar dengan apa yang mereka lakukan tidak membawa kebaikkan.
Terima kasih bro JO. Moga usaha kita utk perbaiki diri dalam bulan ni, akan konsisten utk bulan2 seterusnya. InsyaAllah.
Semalam, blog suri pulak jadi mangsa, tapi dah kembali pulih. Macam2 dugaan ada
uih yeke blog suri pula..apa kes la diorg ni..
kena godam ke apa semalam
perasan juga dengan blog suri semalam.. langsung tak loading
betul tu. komenlah biasa-biasa aje..
bersederhana sahaja..hehe
komen yang berbunga-bunga je ya
bunga2 yg jujur..hehe
Betul tuh.. lagi2 bila masuk bab blog politik..
menjijikkan bahasa2 mereka.. Bukan kurang pahala
saja tapi menambah dosa yg besar kerana menabur fitnah..
yela..seperti x bertamadun pula..
slalunya bg mereka2 yg fanatik..mmg bahasa yg x sepatutnya keluar..dorang keluar..x pasal2..kurang pahala puasa
yela..tp pttnya hormat la skit..mcm xder per2 jer bulan pose kan..
Kdg2 perbuatan kita yg tidak disedari juga blh mendtgkan pahala kan beng..
harap2 mcm tu la..dpt bg manfaat kat org len..
untuk peringatan sama2 kita dlm bulan ramadhan ni
saling mengingati.. π
Dalam berblog & blogwalking pun kena seiring dengan situasi sebenar. Bulan Ramadan, kenala buat cara bulan Ramadan. π
amat tepat sekali..
buat tu berpada-pada
yela..ada batasan juga..jgn pukul sama jer..huhu
gambar di facebook terutamanya.. menggugat iman..
hehe..x sanggup melihatnya..
Tutuplah aurat, hormat sikit bulan puasa ini!
Sudah hari keempat berpuasa!
alamak..hehe,salah kira lak π
Terima kasih sahabat atas berbagi pencerahannya ini
Banyak juga hal-hal yang dapat mengurangi pahala puasa, semoga kita terhindar yang demikian aamiin
sama2 kita beramal ibadat.. π
Kadang-kadang kita tak sedar perbuatan itu menyakiti orang lain. Perbuatan yang dah jadi kebiasaan. Itu yang kita takutkan. Takut-takut mati nanti pun dalam kemaksiatan.
btul..perkara yg terbiasa ni la yg kene amik perhatian lebih..
saya melawat blog rakan2 blogger sahaja buat masa sekarang , kurang fb dan ke blog politik dan hiburan , twitter ada jugak lah ..tp utk tengok2 aje .. haha bulan bukan bulan puasa pun sama ..
yela puan bee..lpas tumpu kat blog trus wat aktiviti len jer..hehe
Kan saling ingat-mengingatkan sangat dituntut dalam agama. Elok benar tu bro…
megingati diri sendiri juga.. π
sama2 tingkatkan amalan baik…..
caiyok2.. π
pesan memesan sesama kita kan. hmmm..memang letih nak jaga sume tapi kita cuba yang terbaik la ye.insya-ALLAH
lakukan yg terbaik..jgn sia2kan ramadhan kita..
di sekeliling banyak perkara negatif bersimpang siur dari apa yang kita bacan dan apa yang kita lihat. Jadi kena pandai kawal diri.
kita boleh memilih.. π
hahaha..kene jage2 tuh..
berhati2..hehe
Terima kasih saling mengingatkan.. banyak perkara yang perlu kita jaga di bulan puasa ni..
semakin banyak pula laman kena godam sekarang ni.. blog peribadi pun dikerjakan..
geram juga..tp mungkin kita kene lebih berhati2..
status2 kat FB dan Twitter kadang2 memang menjengkelkan…hmm…
setuju bro..hehe
bila dah menjengkelkan, mula la kita pun fikir yang bukan2 dan sama jugak menjengkelkan. Last-last, nasib pahala posa kita sama je dengan diorang.
kadang2..dlm kita tak sedar..kita dok sembang2..pastu keluar plak gosip2..daripada yg citer betul..last2 termengumpat…aduhaii..kurang pahala..yg bercerita tu satu hal..yg mendgr dlm paksa pun terkena tempiasnya gak
kalo ade idea berbeza x mengapa..boleh kita tukar2..tp kalo dh menjatuhkan org lain..mcm x ptt pula..
selalunya bila kita online lama-lama, terutamanya di bulan ramadhan, ia seolah melalaikan kan. Sebab adakalanya antara kita tak sedar, kita buat sesuatu yang menyakiti hati orang lain kan
jika terlalu ikut hati mmg binasa..
SALAM..
memang susah nak jaga
bab mata dan anggota lain
time puasa nih..last dapat
lapar dan dahaga je..
(mengingatkan diri saya sendiri)
rugi jugak mcm tu..
Peringatan untuk diri sendiri…semoga tak terbabas…..
berusaha di landasan yg betul.. π
setuju sangat
memang kena jaga semua gerak laku offline dan online
agar pahala puasa tak berkurangan
geraklaku offline dan online..menarik istilah tu..hehe
Itulah masalahnya kita bila dah pegang keyboard ni. Memang ada yang tulis ikut suka mulut je walaupun still puasa. Bahaya tu bro.
Kalau ke bazaar ramadhan pun sama juga. Elok2 jaga puasa, tetiba bila dah petang kering pahala puasa sebab ramai pompuan yang tak jaga aurat kat bazaar nu. Seksi tul.
yela..xkan nk tahan x kelip mata kan..hehe
dah cuba nak tutup mata, tapi tukang buat air pulak pakai baju ketat. Aduhai..
aduss..ssh gak tu..huhu
Memang besar cabaran dalam bulan puasa nih,susah betul nak menjaga mata,mulut dan telinga..kena betul2 kuat baru boleh.
jari pun nak kena jaga juga, jangan main komen ikut sedap jari aje kan.
btul..kene kuatkan semngt dlm bulan pose ni..
memang ramai yang tak perasan mengenai kesemua di atas..samaΒ² muhasabah diri kan?
Nice sharing π
btul cikgu..kene waspada apa yg kita buat..
terima kasih atas peringatan ini….
sama2..untuk mengingati diri saya juga..
Stress kalau blog kena hack. π
mmg stress bro..xpsl2 kita lak yg kene..
ada Fb pulak sekarang ni, byk yg dapatdosakering…. hahahah
nauzubillah
mmg bahaya fb ni kalo salah guna..
barokallah.. semoga tazkirah ini sama-sama mengingatkan kita yang sering terlupa
dlam sedar ada juga yg terlepas pandang.. π
Jaga lidah, jaga mata, jaga penulisan. Selamat menjalani ibadah puasa JO
selamat berpuasa juga..:)
Hahaha..bila baca entri ni, semua betul apa yang dikata..terasa juga aku sebab dlm pondok kecil aku tu ada satu gambar yang kurang sopan santunnya..aku terlupa aje nak buang..hehehehe
isk2..kene buang tu..hehe