Kisah Yue Yue

Kisah Yue Yue yang dilanggar lari telah menggemparkan seluruh pelusuk negara kita. Seorang kanak-kanak di China yang berumur 2 tahun telah dilanggar dan digilis oleh sebuah van beberapa hari yang lepas. Insiden itu memberi impak kepada ramai orang kerana Yue Yue bukan sahaja dilanggar malah dibiarkan oleh orang yang lalu lalang di kawasan itu. Amat menyedihkan bukan sahaja seorang dua malah puluhan pejalan kaki disitu membiarkan sahaja tanpa mengambil endah Yue Yue yang cedera teruk dan akhirnya meninggal dunia. Sikap perikemanusiaan semakin mereput dan hilang dikalangan masyarakat kerana ditekan oleh faktor-faktor seperti kesempitan ekonomi, tiada kesedaran sivik, penting diri dan macam-macam lagi.

Anehnya, pemandu itu beranggapan jika dia melanggar kanak-kanak itu dan hidup ketika di hospital, dia perlu menanggung semua kos rawatan, pampasan dan menjalani hukuman. Akan tetapi jika dia ter’langgar’ Yue Yue itu sehingga mati, dia hanya membayar sejumlah kecil wang denda atas tindakannya pada keluarga kanak-kanak itu. Hanya kerana wang saya tidak dapat menerima hakikat bahawa nyawa seorang kanak-kanak hanya diukur dengan helaian kertas sahaja.

Jebeng Ota™

Kalo kat Malaysia dah lama kene kejar dgn orang ramai..Harap-harap penduduk Malaysia tidak seperti pemandu van dan mereka yang telah membiarkan Yue Yue 🙁 Malah haiwan pon ade ‘perikemanusiaan’

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.