Wang Bantuan Rakyat RM500 jadi RM5000

Aku tertarik dengan entri yang ditulis oleh blog DenaiHati.com.

Bukan kah bagus kalau wang Bantuan Rakyat RM500 ini boleh dikembangkan menjadi RM5000 atau mungkin RM50,000. Boleh ke RM500 jadi RM5,000? Kalau boleh memanglah bagus sangat barulah berkembang duit dan berpanjangan duit tu. Rakan Blogger ada ke cadangan bernas untuk membantu mereka yang layak menerima Bantuan Rakyat menggunakan duit ini dengan cara yang betul.petikan DenaiHati

Setelah membaca,saya amat bersetuju wang tersebut dibelanjakan untuk sesuatu yang baru yang boleh menggandakan wang bantuan RM500 yang diterima.Terlintas idea wang itu boleh digunakan untuk memulakan modal perniagaan.Ramai yang ingin meniaga tetapi masalah yang dihadapi ialah tidak tahu hendak meniaga apa.Apa yang saya cadangkan disini ialah meniaga nasi Ayam Hainan.Ya, dengan RM500, ialah lebih dari mencukupi untuk memulakan perniagaan nasi ayam ini.

Kira-kira
Kos ( tidak termasuk peralatan memasak dan kos2 lain )

Kit Niaga Nasi Ayam Hainan = RM21.00 (boleh digunakan utk 70 set)
Seekor Ayam (14 set ) = RM16.00 x 5 ekor = RM80
Sekilogram Beras Wangi ( 14 set ) = RM5.00 x 5kg = RM25.00
* Lain-lain sperti tomato,timun,sawi asin dan lain-lain lagi.
Jumlah kos untuk 70 set = RM140

Jualan ( 70 set )
1kg beras + 1 ekor ayam = 14 set nasi ayam
70 set x RM3.50 / set = RM245

Keuntungan
Jualan – Kos = Untung
= RM245 – RM140
= RM105 , keuntungan sehari meniaga

Pendapatan Sebulan
RM105.00 x 6 hari meniaga = RM630.00
Jumlah pendapatan sebulan = RM630 x 4 minggu = RM2500++

Tips Perniagaan
Ini hanyalah tips2 dari rakan yang telah mencebur diri dalam perniagaan nasi ayam hainan.

  • Meniaga di pasar malam, jika boleh cari lokasi berbeza untuk jual di pasar malam mengikut hari sepanjang minggu dan pilih satu hari untuk berehat untuk luangkan masa bersama keluarga.
  • Jangan letak dahulu nasi dan sup dalam bungkusan.Bila ada customer order bungkusan boleh dibuat untuk mengekalkan kehangatan nasi ayam dan sup.
  • Kira-kira diatas hanyalah anggaran untuk satu kotak kit permulaan nasi ayam hainan pada harga RM3.50.Salah satu untuk menaikkan harga jika peniaga menyertakan sekali belian air minuman bersama nasi ayam pada harga RM4.50 sangat sesuai mengikut budget semasa.Peniaga boleh meletakkan harga mengikut kehendak masing-masing tetapi jika terlalu mahal akan efek pada jualan juga.Peniaga dinasihatkan memikirkan situasi keadaan semasa seperti cuaca,pertengahan bulan,lokasi,harga barang mentah semasa dan lain-lain lagi.
  • Gunakan beras yang bermutu untuk perniagaan menunjukkan kita ingin memberi servis yang terbaik.
  • Tidak ramah tidak mengapa,janji kita senyum. 🙂

dsc06055

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 2 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.