Persepsi kamera DSLR sebagai kamera atau gadjet untuk golongan profesional telah melalui perubahan drastik sejak beberapa tahun kebelakangan ini.Dengan kemunculan dan lambakan kamera dslr baru yang mampu milik oleh para pengeluar seperti Sony,Samsung dan lain-lain jenama memberi persaingan sengit kepada pengeluar utama DSLR seperti Nikon,Canon,Pentax dan berbagai lagi.Rata-rata gambar yang diambil adalah amat menawan dan mempunyai nilai tersendiri.

Tg Piai,Pontian

Tetapi,perlukah berbelanja lebih untuk medapat gambar yang cantik dengan membeli DSLR?Apa kurangnya kamera-kamera “snap-shot” yang lain?Bergantung pada keperluan masing-masing tapi pada pendapat aku,apa yang penting hanyalah teknik-teknik atau seni mengambil gambar itu sendiri yang menjadikkan gambar itu cantik.Manakala DSLR hanya alat untuk mengambil gambar sahaja.Jika teknik btul tapi menggunakan kamera biasa boleh menghasilkan sesuatu efek yang cantik akan tetapi jika teknik tiada tapi menggunakan DSLR bagaikan mengambil gambar menggunakan kamera biasa sahaja.

Diakhir entri ini,ada juga pada situasi-situasi yang memerlukan khidmat DSLR ini.Seperti contoh mengambil gambar sesuatu yang bergerak pantas,menghasilkan efek bokeh,gambar beresolusi tinggi dan macam-macam lagi.Apa pun terpulang kepada individu masing-masing.Tepuk dada tanyalah selera. ๐Ÿ™‚

JebengOtaiโ„ข
Aku minat sgt dgn DSLR ni..tp x dak budget.. ๐Ÿ™‚