Tahniah dan syabas diucapkan kepada Datuk Lee Chong Wei. Perlawanan semalam merupakan sesuatu yang luar biasa. Mungkin saya boleh kategorikan sebagai perlawanan ‘high class’ kerana masing-masing bertarung bermati-matian. Agak sukar untuk mengalahkan pemain yang berada ditahap tersendiri. Jika bertarung menggunakan kekuatan pastinya akan keletihan, manakala menggunakan akal pula kedua-duanya sama licik. Apa pun nasib tidak menyebelahi Datuk Lee Chong Wei. Kesedihan yang terpapar di wajahnya menunjukkan betapa kecewanya beliau ketika bola terakhirnya jatuh diluar garisan gelanggang badminton. Tidak mengapalah, kita dapat juga satu pingat perak sekaligus mengubah kedudukan pungutan pingat olimpik. Negara China kembali mengunguli pungutan pingat olimpik selepas US mengambil alih posisi tersebut buat seketika. Tahniah dan terima kasih saya ucapkan kepada Datuk Lee Chong Wei atas segala usaha dan menghadapi kepayahan menghasilkan pingat untuk Malaysia.

Pungutan Pingat Olimpik 2012

Seperti entri sebelum ini, ada juga suara sumbang mempertikaikan kenapa kita tidak boleh mendapat pingat emas. Sepatutnya kita harus berterima kasih kepada beliau kerana telah mengharumkan nama negara berbanding sesetengah pihak yang hanya tahu ‘komplen’ sahaja. Berikut merupakan keputusan terkini pungutan pingat olimpik :-

pingat olimpik

Jebeng Otaiβ„’
tahniah datuk lee chong wei πŸ™‚