Hari ini seperti biasa semakin sibuk dengan kerja-kerja pejabat. Almaklumlah sudah semakin hampir kita menyambut Syawal, semakin banyak pula ‘order jig atau fixture’ untuk disiapkan dan dihantar kepada pelanggan. Perkara seperti ini sudah diduga. Sebagai vendor ini hanyalah perkara biasa menjelang perayaan. Rata-rata para pelanggan melambakkan ‘order’ kerana mereka ingin menggunakan ‘jig’ tersebut selepas menyambut Hari Raya Puasa. Sebenarnya didalam kesibukkan itu masih terngiang di benak saya apabila saya membaca petikan yang saya rasakan seperti panahan tepat di kalbu. Kisah benar yang mungkin mengusik hati lalu berbisik berkata adakah saya setaraf orang Somalia tersebut? Seseorang yang terlalu khuatir dengan ‘kualiti’ puasanya kerana tiada kemampuan untuk menjamah makanan di waktu sahur. Jika dibandingkan dengan saya seperti langit dan bumi. Kadang-kadang kita terlalu mengambil enteng sesuatu hal ibadat. Pengajaran yang memberi kesan untuk saya pada hari ini.

projek amal eqq

Projek Amal EQQ atau El Qashrin Qaisara

Projek Amal EQQ atau El Qashrin Qaisara merupakan projek amal yang dianjurkan oleh Mummy Akmar untuk memungut dana bagi Pusat Anak-Anak Yatim Kampung Tersusun Bercham berdekatan dengan tempat tinggal rakan blogger tersebut. Projek amal ini sangat bagus dan sangat menepati ‘blogger memberi manfaat’. Sebagai seorang blogger yang hidup bermasyarakat, kadang kala kita perlu sensitif terhadap apa yang berlaku disekitar kita. Penglibatan blogger dalam aktiviti ini mungkin sedikit sebanyak dapat memberi pendedahan tentang usaha yang dijalankan ini. Projek amal ini bertujuan menjual produk-produk kraftangan yang dihasilkan rumah anak-anak yatim ini. Saya difahamkan produk-produk seperti ‘door gift’ dihasilkan oleh anak-anak yatim ini sesuai untuk majlis keramaian, kenduri dan sebagainya. Saya rasa kita tidak terlambat untuk memperbaiki ‘kualiti’ amal ibadat kita. Mungkin projek amal ini adalah sebagai permulaan kearah itu. Ingatlah jika kita menghadapi kesusahan, ada lagi di mereka yang berkali-kali lebih susah daripada kita. Syukurlah, semoga lebih bayak rakan-rakan blogger terlibat sama dalam menjalankan apa jua projek amal.

Jebeng Otaiβ„’
org miskin boleh fikirkan puasanya sah atau tidak jika tidak bersahur..org kaya? renungan bersama..