IPv6 : Bersediakah Anda ?

Selepas krisis Y2K (bukan kedai kek..hehe), cabaran demi cabaran dihadapi oleh dunia internet. Perkembangan yang sangat pesat ini mendorong pembaharuan dilakukan demi untuk mengelakkan masalah besar yang akan berlaku kelak. Seperti yang kita tahu, kekosongan untuk slot alamat IP semakin berkurangan disebabkan pengguna internet semakin hari semakin bertambah.

Peti Sejuk LG Dilengkapi Internet

IPv4 Vs. IPv6
IPv6 merupakan kesinambungan protokol internet versi ke-4. Ia bukanlah sesuatu perubahan yang besar kerana apa yang berbeza adalah saiz bit internet yang berlainan. IPv4 hanya menyokong 32bit alamat IP dan hanya mempunyai kapasiti sebanyak 2^32 alamat yang boleh diberikan kepada 4.29 billion pengguna sahaja. Selepas itu tiada lagi alamat IP yang boleh diberikan dan akan membantutkan penggunaan internet lebih-lebih lagi penggunaan smartphone atau tablet yang semakin memuncak.

Dengan versi baru IPv6, ia dapat menyokong sehingga 2^128 ataupun 340,282,366,920,938,000,000,000,000,000,000,000,000 alamat IP dapat diberikan kepada pengguna dan peralatan mudah alih yang lain.

Potensi
Walaupun hanya perubahan ini tidak memberi kesan langsung kepada kehidupan seharian kita, perkembangan terbaru ini memberi potensi yang besar kepada pengeluar-pengeluar peralatan berteknologi tinggi. Sebagai contoh, peralatan-peralatan rumah boleh diberikan alamat IP sendiri seperti IPTV dan lain-lain lagi. Integrasi ini sangat berguna kerana kita boleh mengawal alatan di rumah kita hanya melalui talian internet. ย Kini apa yang diperlukan hanyalah pereka muda tempatan untuk mengeluarkan produk-produk pintar yang boleh menjana pendapatan ย sendiri malah turut merancakkan industri tempatan.

Saya sudah bersedia.Anda bagaimana ??

JebengOtaiโ„ข
peluang yang harus digunakan sepenuhnya.. ๐Ÿ™‚

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 24 Comments

  1. JebengOtai

    y2k kat sini name kedai kek..hehe

    p/s: satu hari nnt semua device akan ade ip..mmg boleh meningkatkan keselamatan..tp jika disalah guna mmg haru ๐Ÿ™‚

    1. suri

      payah sb org akan cuba sedaya upa utk masuk ip tu..huu

  2. Azman

    makin lama makin canggih sekarang nih

  3. titan

    aku tak sedia lagi. terlalu laju diorang ni..penat nak kejar.

    1. JebengOtai

      yela terlalu pantas..kalo lambat mmg x leh catchup la.. ๐Ÿ™‚

  4. rahman

    penggunan ip tv akan semakin meluas dengan ipv6

    1. JebengOtai

      yela..hopefully leh langgan unifi dan bye2 astro.. ๐Ÿ™‚

  5. chii

    perkara yang berkaitan ngan IT ni..mmg terlalu pantas..kita leka sikit..mmg jauh ketinggalan dibuatnya..

    dulu ada blaja..tp errr..nampaknya kena refer notes balik..ehehe

    1. JebengOtai

      owh..dunia it mmg bergerak pantas..takut silibus yg dulu dah jauh tertinggal sbb it berkembang sgt pesat..

  6. hafizmd

    aku mmg tak berapa nak faham, tp bila bro JO sebut pasal kawal tv ngn internet tu…ok, dah nampak dah…hehehe

    1. JebengOtai

      byk lagi..cth ringkas mcm bluetooth..die pon ade id pengenalan sblum boleh pair..kebiasaanya 1111..tetapi tidak boleh berinteraksi banyak perkakasan serentak..

      jika peralatan ade ip sendiri..ia boleh dikawal secara wireless..bila perkakas ini disambungkan kesemuanya..maka terhasillah sistem rumah pintar dan sebgaianya.. ๐Ÿ™‚

  7. zuan

    everything will have their own IP ๐Ÿ™‚

    1. JebengOtai

      bile link each other leh wat satu system yg dpt membantu idup kita ๐Ÿ™‚

    1. JebengOtai

      manusia mmg dh ade ‘ip'(cap tgn dan iris mata) sejak dari dulu lagi..internet ni jer yg meniru apa yg ade di manusia..hehe

      cuma ip manusia dikenali biometrik..dan xkan kehabisan sbb tiada cap jari yg sama..

      1. SuhairiDotCom

        Memang betul la tu biometrik & cap jari tu mmg x kn sama setiap org. Jadi sekarang ada lebih kurang 8 bilion la cap jari ๐Ÿ™‚

  8. akubiomed

    Memang ada ura-ura Malaysia akan bertukar daripada IPV4 kepada IPV6. Saya menyokong jika ia dapat memberi kelebihan kepada pengguna dan keselamatan.

  9. Naziman

    kat cloudflare ni ada ipv4 la ipv6 la tapi tak faham apa2..hahaha..rupanya ini la gunanya..

    1. JebengOtai

      kalo pki cloudflare mmg snang..xyah nk tuko server yg ade support ipv6.. ๐Ÿ™‚

  10. Khidhir

    bestnya user biasa tak terasa apa pun. semua da automatik. windows pun da siap ipv6. org network je pening kpala

    1. JebengOtai

      yela..tu urusan depa..pengguna mmg x tau aper2..asalkan xder ganguan internet.. ๐Ÿ™‚

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.