Malang tidak berbau. Memang tidak diduga kerosakkan pacuan keras laptop yang menimpa adik kepada teman istimewa saya. Tesis tahun akhirnya disimpan didalam pacuan keras itu dan perlu dihantar selewat-lewatnya pada bulan Jun. Jika sistem operasinya ‘corrupt’ atau hilang, masalah ini boleh diselesaikan dengan mudah. Hanya ‘repair’ atau ‘format’ dan memasang perisian ‘data recovery’ dapat meningkatkan peluang untuk mendapatkan semula fail kajian dan tesis yang telah dibuatnya selama 1 semester. Rasa kasihan dan saya cuba untuk membantunya.
Bios
Pada awalnya saya memeriksa samada tetapan biosnya telah diubah ataupun tidak. Setelah dibelek dan disimpan tetapannya. ‘Error No Media Found’ keluar dipaparan setelah dihidupkan masih lagi kelihatan. Dari situ baru saya sedar ini bukanlah masalah Windows, tetapi kerosakkan perkakasan. Peluh dingin terbit didahi kerana masalah seperti ini tidak pernah berlaku lagi.
External
Saya membuka penutup dibahagian bawah laptopnya untuk mengeluarkan pacuan keras dan menyambungkan pacuan keras tersebut kepada laptop saya dengan menggunakan sambungan USB. Laptop saya gagal untuk mengesan kehadiran pacuan keras tersebut walaupun telah disemak menggunakan ‘Local Disk Manager’ di ‘Control Panel’ sistem operasi Windows. Selepas itu saya mencuba LiveUSB Ubuntu dengan menggunakan ‘Disk Utility’ samada boleh mengesan pacuan keras tersebut ataupun tidak. Ternyata gagal sama sekali.
Bantuan
Saya telah mencari solusi masalah ini didalam Google bagaimana untuk mengambil maklumat didalam pacuan keras yang telah rosak itu semula. Saya tidak pasti cara ini berkesan ataupun tidak kerana ini merupakan pengalaman pertama saya untuk menggantikan ‘Logic Board’ pacuan keras tersebut. Saya masih lagi mencari-cari ‘Logic Board’ yang 100% sama kerana mengikut pembacaan saya banyak kriteria yang perlu dipertimbangkan untuk menggantikan ‘Logic Board’ ini. Antaranya seperti nombor komponen, tetapan ‘DCM’, ‘firmware’ untuk ‘Logic Board’, ‘revision’ dan lain-lain lagi yang sama dengan pacuan kerasa yang rosak. Sehingga kini saya tidak menjumpai pacuan keras dengan kriteria yang sama sebelum saya boleh melakukan penukaran ‘Logic Board’ ini. Saya ingin membeli pacuan keras yang daripada sesiapa sahaja yang mempunyai kriteria dan tetapan seperti berikut :-
Part No. : WD1600E VT 22ZCTO
DCM : HACVJHBB
Revision : 2060-701499-000 REV A
Peringatan
Kepada mereka yang mempunyai maklumat dan fail penting bolehlah menggunakan sistem simpanan ‘cloud’ yang percuma ataupun berbayar untuk mengelakkan masalah yang tidak diduga seperti ini. Selain itu kita boleh juga memuat naik ke dalam email ataupun didalam ruang simpan bagi mereka yang mempunyai blog atau website untuk sementara waktu.
erk naya jgk ye..ciktom ms buat thesis degree dl kitaorg siap simpan backup kt tmpt lain lg cam email, pendrive, external hard disk, vcd..pastu smpn jgk kt laptop kwn2 yg blh dipercayai..byk giler backup..kl hilang naya nak start dr awal..huk3..
btul..langkah berjaga2 kalo dokumen tu penting.. 🙂
Be noted lepas nie buat satu akaun Wula ke Dropbox ke untuk simpan data seselamat mungkin…
btul2..utk backup..kalo2 apa2 terjadik nnt..
Mmg penting sgt2 utk ada back up
Kalau dah tak dapat diretrive, nampaknya mmg kena buat balik. Fuh!
yela..walaupun x mo..tp terpaksa la wat blik..huhu
aku punya ada satu rosak tapi ingat nak hantar kedai buatkan dulu.tapi msalahnya orang kedai tak berani buka sebab takde skru ke pape pon.aiyooo…
hehe..mmg x berani sbnarnya..tp alang2 dh rosak..cuba jer la..
Tak salah cuba…. Cuba cari benda yang sy bagi tau dekat bawah… Sy buat cara tu 🙂
mmg kene cuba cara yg terbaik..
harddisc dari Wd rupanya,tapi dengar cerita seagate lagi bagus.
seagate tahan lasak.. 🙂
Mana-manapun selalu rosak kalau penjagaan x kena 🙂
mungkin jgak..semalamnya ok jer leh bkk..tetiba bsoknya x leh nk on..
chop kat thailand buat kat pasir gudang hehe
hehe..maybe finished produk agknya..
Aku kalau kena bab2 nih…terus hantar kat kawan aku jerr…sakit kepala nk cari bahan…hehehe
yela..btul2..tp ni dh hantar kedai..kedai dh x leh wat..
sabar utk shbt adik bro tu..selagi mash blh di cuba dan d selamatkan buatlah mana yag terbaik huhu..simpati sagt2 kat dia..
btul..mmg x leh nk wat aper..hal2 yg x diduga camni..
waktu org sedang rancak bt kerja time tu ar dia buat hal.mmg menduga hati pikiran ya,,lebih2 lagi nak siapkan kertas krja..
good luck semoga dia berjaya nnti.
tq..x tau lh perbaik ke x..
Ni kali kedua aku cuba komen bro…asik keluar duplicate comment jerr…tensen gak dibuatnya…
Btw, klau pasal pc rosak ke hape ke…aku just anta kt member kt rumah ni jerr…tak reti sgt nk godek2…hehehe
uih series ker bro duplicate comment?..maybe loading x abes agknya..
kalo member reti repair ok la..hehe
ada member leh godek2…oklah…selamat sikit..
kalau tak, fikir lapanpuloh kali jugak nak hantor kedai
memang kacau bila ada file penting kat dalam tu
harap2nya dapat dikutip kembali, bro
tinggl cara ni jer kalo nk amik blik..tu pon 50-50..mmg nasib la
harapnya berjayalah yer…ameen
amin.. 🙂
bahaya juga ni..
tapi tak reti yang nak simpan dalam cloud ni
upload mcm biasa jer..mcm attach fail kat email..
boleh ker tukar??
bleh bro..kene 100% sama..
Cloud pun dah banyak sekarang ni. Kena simpan di tempat lain juga. Saya pun pernah kena. Nasib baik ada simpan dalam email.
yela..kdg2 kita x leh duga menda dh nk jdik..
aku selalunya buat backup dalam xternal HD..
apa2 problem senang.. semoga cepat dpt pengganti
HD baru.. hik3
nmpk gaya mmg kene wat blik..sy dh suro die wat balik..kalo sy x dpt logic board ni..die masih leh hntar..
Benda macam ni memang susah nak buat. Kedai sekarang pun kalau tanya, jawab diorang senang jer,.. tukar baru. Itulah pentingnya buat backup. Kes naya nih!
ade yg nk try buat..tp upah 1k..gile ah..
1K? Melampau tu,.. bagus beli PC baru (DIY) je 🙂
aah…bli 1tb pon x cecah 1k ag..
Bahaya kalau masalah camni terjadi pada saat-saat akhir.
Oh ye betul tu, dengan teknologi cloud, boleh simpan fail-fail penting . Ada je yang percuma macam Dropbox tu.
aah la..leh sasau jgak bile file corrupt @ rosak bila nk hantar..huhu
fulamak..baru jumpa post camni..
dulu saya tak tahu nak buat camna…
.terus tukar je hardisk sebab tiada jalan pnyelesaian..
apa2 pun kena simpan online barulah selamat…
peluang nk dpt blik 50-50..mmg nasib la..nk crik logic bord die pon mmg payah..huhu
Ok… Cuba cari 2.5″ HDD Enclosures untuk sambung hard disk tadi melalui usb ke PC / Laptop lain… Selamat mencuba…
http://www.wisegeek.com/what-is-a-hard-drive-enclosure.htm
yg tu dh wat bro..mmg x detect..dh pki liveusb linux pon sama..
Cakera keras milik saya pernah terjatuh kemudian tidak baca. Saya guna aplikasi recovery dapat menyelamatkan fail penting. Sekarang ini boleh simpan fail penting di Cloud seperti box.net, skydrive, drop box dan bermacam lagi.
berguna gak cloud drive ni kan..
Waaa pernah lalui jugak masalah ni masa buat report politeknik dulu..nasib ada hard disk lain yang rosak dan ambil board dia..hari tu tengok board HDD yang sama brand, terus ganti. Nasib menjadi..hehe..Tension giler bila HDD rosak…
pergh..mmg luck la kalo jumpa..hd disk lappy ni mcm ssh lak nk crik..
kalau laptop rosak biasa, tpi hard disk ni jarang rosak, rosak pun beli baru jawabnya
boleh repair tp agak ssh la..huhu
memang tension..bukan ape yang tension data dalam tuh abeh hilang..
xder cara len..mmg kene bli bru dn wat blik..
Bro sebab itu pentingnya backup dalam pendrive dan juga website.
mmg serik kene kes mcm ni..huhu
puteri selalunya backup file…terutamanya yang penting…
yela..mmg kene ingt wat backup selalu..
bab tesis ni, wajib buat backup hari-hari. naya aje kalau jadi macam ni..
aah..tetiba x mo hidup..rosak trus..haru jgak
Perghhh.. kalu hardisk hangkang, mmg pening kepala dibuatnya. Tambahan pula dalam tu banyak hasil kerja yg bernilai dan penting buat kita. Kalau dalam disettle kan alhamdullilah..
Tapi kalau kes mcm kawe, laptop hilang… hancur luluh jiwa merana!
alamak..laptop hilang mmg x leh nk recover blik la..kuang asam sapa yg curik tu..
cuba dan terus mencuba,ini pengalaman baru yg berguna..
*(gurau)kalau dah tak leh sangat..kita bawak je jumpa bomoh hehehe
hebat bomoh ni..bomoh engineer western digital.. 🙂
Aku ada beberapa laptop yang tak guna lagi..hard disk semua dah buka sebab sambung external hari tu untuk copy data..dah check tadi tapi hard disk tak sama dengan yang bro perlu..
owh x per..tq bro.. 🙂
pernah juga merasa kerja kilang WD ni..
series?..wd kat ner?
mmg nak menangih la kalo hard disk rosak..lebih2 lg kalau byk sgt2 segala dokumen dan perkara2 penting..nak lg haru kalau xde back up..menangih air mata darah pun..x guna da…
benda x duga..kene bersiap sedia.. 🙂
Assalam..
Kalau nak kena mula semula dari awal, kesian la kat bakal adik ipar tu..
Mmg parah kalau HD rosak. Lagipun ada thesis dlm tu. Harap bro jebeng berjaya mambantu. Kalau fail dlm tu dpt diambil nanti minta bro jebeng beri tutorial kat sini.
Aku pernah baca kat forum dulu. Kalau HD rosak boleh cuba simpan dlm peti sejuk. Tapi pastikan di simpan dlm plastik yg kedap udara. terus terang aku blm cuba lagi sbb tak pernah lagi ada HD yg rosak utk diekperimenkan.
ade juga terbaca cara msuk kan dlm peti sejuk..stakt ni lom cuba ag..nnt sy updtae kalo berjaya 🙂
dah tensen ngan masalah hd nih…skang fail penting semua aku simpan kat cloud
Pernah juga jadi macam ni…. tak boleh diselamatkan, tokey kedai tu cakap kena tukar baru… huhuhu 🙁
btul..sbb nk repair kos die lebih mahal..nk x nak terpaksa juga
saya ade 1 tb WD EXTERNAL HDD….BARU TERHEMPAS PAGI Tadi….cucuk kat laptop tak ditect….dlm 2 ade video2 Hd….lg2 crite Berformat bLu ray….skrng hd tu bt hai plak…
xleh watper2 bro..kalo nk try cri papan litar yg sama sebijuk mcm hd yg rosak tu..kalo x leh ade satu cara ag..masuk peti ais..huhu
eurmmm..mmk pning kpla owh…fkir psal lptop..
seagate sy jadi short cut..adakah itu virus juga?
Saya punya lagi parah kedua-dua HDD rosak dlm 1 minggu. Pening nak buat mcm mana? Semua foto2 keluarga , fail2 penting, berada di kedua-dua HDD, tapi kedua-dua rosak. Nak ambil fuhhh tak tahu cara.
Nak cuba masuk peti mcm mana?
Assalammualaikum.. file anda hilang? Hard disk terformat..pendrive kena virus..data terpadam dan sebagainya..insyaallah sy boleh dapatkan semula selagi tiada berlaku overwrite data..cntct sy.tq..
[email protected]