Salah seorang tokoh ternama pernah memperkatakan filem-filem di Malaysia terlalu banyak genre paranormal ataupun cerita seram dihasilkan. Walaupun dunia semakin moden dan masyrakat lebih bijak menilai, namun ada segelintir yang mempercayai amalan khurafat yang sinonim dengan cerita-cerita seram sebegini terutamanya generasi muda yang mudah terpengaruh. Ada diantara penggiat seni mempertikaikan kenyataan tokoh tersebut yang telah menyumbang banyak jasanya di negara kita kerana pada anggapan mereka ianya seperti menghalang kebebasan mereka berkarya. Sebagai bekas pemimpin sudah pastilah apa yang difikirkan untuk kebaikkan masyarakat tetapi para penggiat seni pula mempunyai agenda tersendiriuntuk mencari pendapatan tanpa mengira kesan langsung kepada masyarakat hasil karya yang dicipta mereka.

Inspirasi
Walaupun begitu, tidak semua filem memberikan kesan negatif. Ada diantaranya memberi pengajaran kepada kita malah sumber inspirasi kepada mereka yang menonton filem tersebut. Filem-filem hebat luar negara sepeti ‘Pursuit of Happyness’, siri ‘Rocky’ dan lain-lain dapat meningkatkan motivasi diri. Ada juga yang mengambil inspirasi dari filem ‘Transformer’ untuk menghasilkan sesuatu yang luar biasa seperti didalam video klip ini.

[media url=”http://www.youtube.com/watch?v=Pegy1ZjDO8I” width=”600″ height=”400″]
JebengOtaiβ„’
mmg respek la kat mamat tu..cuma time jalan agak kelakar skit..hehe