GST vs SST

Selepas beberapa siri entri ‘Bagaimana Pengiraan Gst?‘ dan ‘Cara Pengiraan GST‘, akhirnya sistem cukai GST akan dilaksanakan pada tahun hadapan. Sistem percukaian baru ini akan menggantikan sistem SST atau ‘Government Service Tax’ dimana 10% cukai dikenakan kepada pengeluar kecuali tujuan import dan 6% cukai jualan yang selalu kita lihat di slip atau resit belian. Majoriti masih ramai yang keliru antara GST atau ‘Good and Service Tax’ dengan ‘Goverment Service Tax’. Banyak usaha pencerahan diberikan dari pelbagai pihak dan tidak kurang juga usaha mengelirukan orang awam berkenaan dengan sistem percukaian baru ini.

GST vs SST : Kelemahan SST
Sistem percukaian lama, SST ini mempunyai beberapa kelemahan. Antaranya ia mewujudkan kesan cukai berganda. Cukai SST ini selalunya dimasukkan didalam kos barangan atau harga barangan tersebut telah di’mark up’ bersama dengan cukai SST tersebut. Kos ini bertambah dan meningkat mengikut peringkat pembuatan sebelum sampai ke pengguna dan kita telah membayar cukai keseluruhan 10% + 6% untuk harga barangan tersebut. Lebih banyak peringkat pemprosesan, lebih banyaklah cukai yang akan dimasukkan kedalam harga barangan.

GST vs SST : Kelebihan GST
GST dikatakan efisien kerana setiap peringkat akan di pantau oleh pihak Kastam. Ini kerana mereka perlu untuk mendaftarkan perniagaan mereka bagi tujuan ‘claim back’ cukai GST yang dikenakan. Cukai GST tidak dikenakan keatas kos, tetapi nilai tambah kepada barangan tersebut. Cukai GST tidak akan dimasukkan kedalam harga atau kos keseluruhan berbanding cukai SST. Bahan-bahan asas makanan, ubatan, pendidikan dan lain-lain lagi tidak akan dikenakan cukai GST bagi meringankan beban golongan ekonomi rendah dan sederhana.

GST vs SST : Analogi Ringkas
Disini saya akan bandingkan perbezaan antara percukaian SST sedia ada dan GST yang akan dilaksanakan kelak. Perbandingan ini menggunakan parameter harga kos barang mentah RM 85 dengan margin nilai tambah sebanyak 20% untuk setiap peringkat pengeluaran.

gst vs sst

Jadual 1 diatas menunjukkan perbandingan antara produk yang tidak dicukai, cukai SST dan cukai GST. Untuk jadual 1, harga jualan ditetapkan untuk setiap peringkat dan cukai SST adalah RM 16.90 manakala cukai GST pula ialah RM 8.40. Jadual 2 pula, harga untuk bekalan ditetapkan RM 85 dan margin nilai tambah atau untung ditetapkan pada 20% untuk setiap peringkat. Perbezaan cukai dikutip SST ialah RM 18.05 dan GST ialah RM 8.81. Ini membuktikan cukai GST lebih rendah daripada cukai SST kerana prinsip atau formula SST ialah cukai diatas cukai yang boleh menyebabkan kenaikkan harga barang atau ‘cascaded effect’ kepada harga barangan.

Tujuan entri ini adalah untuk menerangkan sahaja. Saya berpendapat cukai GST ini secara logiknya memberi manfaat untuk kemajuan negara. Atas faktor saiz penggunaan subsidi yang semakin besar, negara perlu memperkemaskan sistem pendapatannya supaya lebih berdaya saing untuk menjadi negara maju atau menghadapi apa jua krisis ekonomi yang bakal berlaku kelak. Jika diberi pilihan, cukai GST ini boleh tidak dilaksanakan atau cukai GST lebih rendah dari 6% dengan syarat subsidi pada masa ini dikurangkan. Ini kerana dana subsidi ini boleh digunakan untuk pembangunan sosial dan ekonomi rakyat Malaysia lebih-lebih lagi bagi mereka yang betul-betul memerlukannya.

Jebeng Otai™
kalo x btul sila btulkan..hehe

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 11 Comments

  1. Denaihati

    kalau beri manfaatnya pada semua memang setujulah…

    1. jebengotai

      sistem yg dihasilkn manusia pasti ada cacat celanya, tp ia antara yg terbaik utk digunakan..

  2. zik

    Kalau lagi rendah lagi bagus,.

    1. jebengotai

      btul tu..mungkin masa akan dtg akan dikaji semula, bergantung kepada penggunaan subsidi..tp rasana 6% tu pling rendah antara ASEAN..

  3. Abdullah

    harga Pembekal 50 + gst 6%= 53 –> Harga pngilang 53+50(kos pmbuatn) + gst 6%=109.18 –> harga pemborong 109.18+10(untng) + gst 6%=126.33 –> harga pekedai 126.33+10(untng) + gst 6%=”144.50”pembkal =>pengilang =>pemborong =>pekedai.. [6%X4 = 24%]

    1. jebengotai

      silap tu bro…GST x termasuk kos..kilang kuar barang baru kene GST, bkan brg blum buat dah kene GST 🙂

      1. nasir

        mmg lah GST tak termasuk kos pembuatan. tapi masalahnya elektrik dan barang mentah pun dikenakan GST dan ini juga secara tak langsung menjadi kos operasi dikenali sebagai indirect cost..apabila kos operasi meningkat agak mustahil si pengilang nak tanggung kos operasi yang tinggi tu. so dia pasti akan naikkan barangan dia + GST 6% .. walaupun pengilang tu bayar GST tapi dia boleh claim balik GST tu.. yang sengsara pengguna seperti kita.

        1. Azmi

          Hahaha… Kalaupun dikenakan GST, bukan pengiraan mcm tu laa… Jgn campur adukkan pengiraan org yg sdg berniaga… Sebagai pengilang, dll. mereka akan kira segala kos yg terlibat baru tgk total untuk adjust untung dorg… Skrg fokus pd kesan hrga barang tu utk end user bg kedua2 jenis cukai dgn menganggap keuntungan pengilang, dll. adalah sama… Apa daa nasir..

  4. Azlan

    Saya setuju dengan pandangan En. Abdullah..akhirnya semua bebanan cukai tersebut pengguna yang terpaksa membayarnya..
    Adalah tidak adil pembekal,pengilang, pemborong, peruncit dimana kumpulan ini yg membuat keuntungan tetapi potongan GST mereka akan dibayar balik..itu bukan cukai namanya.. Adalah lebih adil semua peringkat dikenakan cukai bukan hanya pengguna yg dibebankan sahaja sebagaimana sistem yg akan dilaksanakan.

    1. jebengotai

      mereka ttp kene cukai..dan mereka tidak boleh mengelak cukai spt sblum ini dimana cukai mereka di’topup’ dengan cukai yang dipungut dri pelanggan..jdik mereka membayar cukai minima..rasanya sistem sblum ini lbih tidak adil dari sistem yang akan diganti ni..

  5. wan

    Bukan smua brg kena sst 10% + 6%.Ada yg kena 10% je.Dan ada yg lansung x kena sst cth emas.Lgipun petrol n diesel x de dah subsidi.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.