Bagaimana Pengiraan GST?

Selepas pengumuman belanjawan 2014 semalam, ramai yang memperkatakan tentang GST yang akan dilaksanakan pada 1 April 2015. Agak kelakar bila membaca status-staus rakan-rakan Facebook berkenaan dengan GST. Adakalanya menyimpang dari perlaksanaan percukaian tersebut dengan menggunakan formula 6%+6%+6%+6%=24% yang telah menjadi viral ketika ini. Mereka mendakwa barang-barang akan melambung harganya berbanding sistem percukaian SST pada ketika ini. Salah faham ini bukanlah sesuatu yang aneh. Kita pernah salah faham berkenaan Lynas dan tidak mustahil untuk salah faham berkenaan GST pula. Saya tidak menyalahkan mereka yang tidak faham ataupun pihak yang gagal menyampaikan maklumat sebenar apa itu GST.

GST : Cukai baru
Sistem GST ini diguna pakai lebih dari 150 negara. Ia sangat telus dan agak sukar juga untuk melakukan penipuan. Walaupun GST 6% tidak adil kepada orang miskin atau mereka yang berpendapatan rendah, kerajaan telah mengambil langkah GST 0% untuk barangan asas terpilih yang tidak membebankan mereka. Untuk pengetahuan, bukan semua syarikat boleh memungut cukai GST, hanya mereka yang berdaftar dengan kriteria tertentu dengan pendapatan RM500,000 setahun. Cukai GST bukan cukai tambahan cukai sedia ada, tetapi pembaharuan cukai menggantikan sistem percukaian yang lama pada kadar 10-16% jauh lebih tinggi dari GSt 6%.

GST : Bagaimana dikira?
Sistem ini agak kompleks dan formula 6%+6%+6%+6%=24% cukai dikenakan oleh pembeli amat tidak tepat sama sekali. Ia jauh lebih rendah dari cukai sedia ada. Boleh dikatakan kebanyakkan harga barang akan turun lebih murah bergantung kepada peringkat edaran dan pembuatan sesuatu produk. Gambarajah dibawah ialah cara pengiraan GST 6%.

GST

Sumber : Kastam Malaysia

Jebeng Otaiβ„’
senang jer pengiraan dia.. πŸ™‚

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 28 Comments

  1. jebengotai

    cuba perhatikan GST 6% yng dikenakan pengguna sama dengan GST yang dikutip di setiap peringkat dari kilang ke pengedar.

    teori 6%+6%+6%+6%=24% itu ade lah tidak benar sama skali.. πŸ™‚

    1. ken

      boleh tak tunjjukkan jadwal tax SST pula…
      untuk perbandingan,,,.thanks

  2. Arman

    Terima kasih info ni. Tapi aku masih tak paham berkaitan dengan GST ni. Prinsip akuan aku gagal..

    1. jebengotai

      oo..sama la,pda mulanya sy pon konpius gak bila masukkan gst dlm kos+untung setiap peringkat..tp sbnarnya x.. πŸ™‚

  3. seri.selaseh

    Baru paham. Tapi penjual ni macam2. Ada yg sengaja nak naikkan harga sbb tau pelanggan tak paham.

    1. jebengotai

      btul..sbb tu gst diberi tempoh smpi 2015 utk pelaksanaan..hrp2 pihak berwajib leh bg penerangan yg mendalam..

  4. Juan

    bro aku ambil maklumat ni utk sebaran di blog dan FB ya, agar org lebih faham

    1. jebengotai

      ok..sy pon amik dri page kastam..maybe lepas ni leh sediakan jadual pengiraan.. πŸ™‚

      1. Juan

        bro, aku dah tgk, tp pening pening gak la, tp nampak macam memang kita x bayar 24% mcm tu, tp apa kata cari dan buat perbandingan GST dengan yg lama tu, tgk mana yg lebih better

        1. jebengotai

          secara logik nya gst lebih bagus kerana cukai sedia ada sekarang ni 10%+6%..lebih tinggi dri GST 6%..tp ade yg x kene SST pasti akan kene GST..ade brg yg akan jdik murah dan ada brg yg akan naik harga sedikit..

  5. Arman

    Dari jadual yg bro beri. Apa yang aku faham. GST ni akhirnya pengguna juga yang kena bayar.

    1. jebengotai

      yup, tp still consider murah kerana cukainya tidak berganda..cth brg yg awalnya dicukai lepas dijual dicukai semula..tp x dinfikan ade yg naik skit dan ade yg turun byk..

      1. dodyalfay

        Mr Jebengotai…. kalau lihat jadual pengiraan GST tu…. harga jualan dari pihak
        Retailer RM165.36 adalah harga yang pengguna akhir kena bayarkan… Maknanya… kita sebagai pengguna akhirlah yang tanggung semua GST pihak Raw Mat suppliers, manufacturer, wholesaler dan retailer tu…
        Goverment dapat RM9.36 pengguna akhir lah tu… cuba tengok betul2….

        1. jebengotai

          betul tu..gov dpt RM9.36..berbanding dgn sst yg digunakan sekarang..ia lebih telus, mksdnya lebih byk kite beli lebih byk la tax yg dikenakan..

  6. Pok Usop

    Mcmane kita sebagai pengguna nak tahu cukai yg dikenakan kpd kita itu adalah baki drp cukai keseluruhan yg dikenakan…. maksud saya hubungkait antara keempat2 rangkaian yg ditunjukkan diatas tu (contohnya level 1 hingga 4 menggunapakai barangan/produk yang sama). TQ

    1. jebengotai

      cukai yg dikenakan adalah tetap 6% dari harga akhir barangan..tu lah cukai yg terkumpul sebenarnya dari pembuatan hingga runcitan.. πŸ™‚

  7. Pok Usop

    Nampaknya ia seperti konsep berkongsi bayar, tp mcmane kalau satu pihak tu x menjalankan tanggungjawab maka yg lain terpaksa menanggungnya apatah lagi kalau pihak yg k4 (pengguna) tu yg jadi mangsa dahlahh pendapatan pun x seberape.

    1. jebengotai

      xder la, sbb cukai tu atas penggunaan barangan..kita x nak rugi, so bukti2 cukai harus disimpan dengan teliti untuk claim balik cukai tersebut..yg tidak boleh claim hanyalah pengguna..

  8. Atan

    maknanya GST ni setiap peringkat berkongsi bayar cukai 6%? if berkongsi bayar, kenapa harga yg dibayar setiap peringkat, tetap ada tambahan 6%. macam contoh diatas retailer tetap jual kpd pengguna Rm 165.36 (sales price RM156 + GST RM 9.36 dan kenapa tak jual RM 157.86 (sales price RM 156 + GST yang belum dibayar RM 1.86..sedikit konfius..

    1. jebengotai

      sng citer, lebih bayk kite beli brngan ber’GST’..lebih cukai yang kita kene…GST dikumpul setiap peringkat sebelum pembeli + pembeli kene cukai GST 6% tetapi cukai dikenakan setiap peringkat pengeluaran akan dipulang @ rebat balik kepada pengeluar hingga pekedai..so, jumlah akhir cukai terkumpul tetap 6% harga barangan..

  9. mae

    Sebelum GST, pengilang dikenakan SST. Pengilang memasukkan unsur SST dalam harga jualan. Apabila GST dilaksanakan, pengilang sepatutnya menurunkan harga barang yang dijualnya kepada pengedar kerana tiada lagi SST. GST dikenakan keatas harga yang lebih rendah ini. Kerana kadar GST lebih rendah dari SST, seharusnya harga akhir kpd pengguna akan lebih rendah. Tapi tiada langkah nampaknya dari pihak berkuasa untuk mempastikan pengilang menurunkan harga awal. Jika tiada langkah ini, kadar GST 1% pun tidak bermakna apa-apa kpd pengguna kerana pengilang bebas mengenakan harga. Yang dapat manafaat adalah pihak berkuasa kerana sistem ini lebih telus dan pelarian cukai sukar dilakukan, membolehkan cukai lebih banyak dapat dipungut. Pengguna (rakyat) dapat manafaat cara tidak langsung (indirect) tapi tidak cara langsung (direct).

    1. jebengotai

      pd sy sistem ini sudh cukup utk mengawal pengilang @ pengeluar yg degil..bayangkan jika 1000 unit produk dikeluarkan dan 100 unit tidak hbis dijual, bagaimana pengeluar ingin mengutip @ claim back gst tersebut? disitu shja pengeluar terpaksa membayar lebih cukai terhadap barangan yg tidak dibeli pengguna akhir..ini merugikan pihak pengeluar @ pengilang..

      sistem ini dikatakan ‘memaksa’ kilang utnk mengurangkan kos atas sbb spt diatas.. πŸ™‚

  10. ridza adhil

    Jika 1000 unit produk dikeluarkan dan 100 unit tidak hbis dijual, bagaimana pengeluar ingin mengutip @ claim back gst tersebut?

    jwapannye: sudah tentu mereka akan naikkan harga utk jual 1000 unit trsebut pd awalnya supaya andai 900 unit terjual, keuntungan dr kenaikan harga tu dpt tampung kos 100 unit yg tak terjual tuu..same aje bukan..

    Disitu shja pengguna akhir terpaksa membayar lebih terhadap barangan tersebut..walau mcamana pun, pasti akan ade juga ruang sehingga berlaku kenaikan harga akhir barang.. telus..?..tak..msh tak telus sbnarnya..

    1. jebengotai

      kalo nk diikutkan x perlu nk naikkan harga sbnarnya..pengeluar ade option lain untuk turunkan kos dan x perlu bayar gst..mksdnya offset output ngn input tax…kan lebih mudah πŸ™‚

      walaupun pengeluar naik harga dia tetap bayar gst..

  11. ridza adhil

    ok, ni psykologi GST: macam ni la…andai kata ak pengilang dan dah terbiasa beli brang mentah stu unit dr pembekal rm100..tp lpas ade GST, ak terpaksa byar pula rm 100+6 utk satu unit tu..andai ak jual pd pmborong dgn harga yg sama mcm sblum GST stu unit rm150, keuntungan RM30 per unit yang biasanya ak dpt (lpas proses)akan jd RN30-6..knape tolak 6?..sbb tolak kos utk byar cukai melalui pembekal bhan mentah..

    toksah pulak jwab yg ak bole recover balek rm6 tu lpas jual dan kutip GST drpd pemborong..sbb hakikatnya RM6 yg dpt dr pemborong tu takkan cover keuntungan ak, tp sbliknya disalur pd government pula,bukan..?

    kesimpulannya, ak akn alami pengurangan keuntungan (brbanding yg selalunya) slpas GST, betul..?..jd, mcamna ak nk pastikan supaya dpt keuntungan RM30 yg selalu ak dpt tu..?
    jwapannye:ak kena la jual satu unit rm156 pula kpd pemborong, betul?..lg ak naikkan harga, lg untung pihak yg dpt 6 % tu..bygkan akhirnya akn jd brapa pula harga brg tuu..

    Kalian nmpak x..?..fenomena GST akan menaikkan harga barang sbnarnya…secara langsung atau x..

    1. jebengotai

      ikut jenis brng..jika sblom ni ade 10%..mungkin akan berkurng..jika seblum ni xder 6%, akan jdik mhl…tp x semua item bergst ni.. πŸ™‚

  12. ridza adhil

    Hah..mane n sesiape ritu yg sebelum gst tu sibuk pertahan n sebarkan sampai de yg sebahagiannye msuk tv ckap de yg tak tain harge n de yg trum harge..sape ritu yg komen cmtu jagak tu..?..ni dah blan 4, ce tunjuk, buktikan yg korg ckap hari tu betul..da jd sbliknye ni, adekah korg menipu..?ak benci ditipu..beriya2 ritu ckap sesetengah brang n perkhidmatan xnaik harge..kalo ak salah, tlong perbetulkan..

    1. jebengotai

      Penjelasan sebelum ni btul, ada yg akan naik harga dan ada yg neutral atau turun harga mengikut teori.

      Walau bagaimanapun kebnykkan peniaga seperti salah faham tidak menolak cukai sst 10% sebelum dikenakan cukai gst. Bagilah masa, masih tempoh awal perlaksanaan.. πŸ™‚

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.