Cara Pengiraan GST

Tidak dinafikan GST memang boleh membantu mengurangkan beban subsidi dan tanggungan kerajaan. Ia telah dipersetujui di pihak kerajaan mahupun pihak pembangkang GST yang dipakai di lebih dari 160 negara sangat efisien dan telus berbeza dengan percukaian sedia ada dengan syarat bidang-bidang penting seperti kesihatan, perbankan, pendidikan dan beberapa bidang lain tidak dikenakan cukai atau 0% GST. Pencerahan yang saya terima ini bukanlah dari laman sesawang kerajaam atau pro kerajaan tetapi di perolehi dari pro pembangkang. Mereka semua akui GST memang boleh memberi banyak manfaat kepada rakyat. Disini saya tidak akan memperkatakan apa-apa tentang isu-isu semasa berkaitan GST tetapi hanya memberi pencerahan bagaimana GSt dikira.

GST

Cara Pengiraan GST 6% : Pembekal
Setiap peringkat pembuatan atau tambah nilai akan dikenakan GST. Ini bermakna Pembekal tidak terkecuali akan dikenakan GST 6%. Walau bagaimanapun, GST dikira dari Kos + Untung sesuatu produk itu. GST tersebut dibayar kepada KASTAM dan setiap rekod jualan akan disimpan untuk tujuan ‘claim’ atau tuntutan semula GST. Tuntutan semula dibuat supaya setiap peringkat tidak akan memasukkan cukai tersebut dengan tujuan serapan kos pada harga jualan.

Harga Mentah + Untung RM 25 + RM 25
Harga Jual RM 50
GST 6% – Kredit Input GST RM 3.00 – RM 0.00 = RM 3.00

Cara Pengiraan GST 6% : Pengilang
Peringkat ini juga akan dikenakan GST 6%. Tambah nilai atau kos proses akan dikira untuk menukar bahan mentah kepada barang atau produk yang boleh diguna untuk dijual kepada pengguna. Peringkat ini juga boleh membuat tuntutan semula GST pada Kastam.

Harga Mentah + Untung RM 50 + RM 50
Harga Jual RM 100
GST 6% – Kredit Input GST RM 6.00 – RM 3.00 = RM 3.00

Cara Pengiraan GST 6% : Pemborong
Jika pemborong mematuhi syarat percukaian GST 6%, mereka juga boleh membuat tuntutan semula.

Harga Mentah + Untung RM 100 + RM 25
Harga Jual RM 125
GST 6% – Kredit Input GST RM 7.50 – RM 6.00 = RM 1.50

Cara Pengiraan GST 6% : Pekedai
Begitu juga dengan pekedai merupakan peringkat terakhir sebelum dijual kepada pengguna atau pelanggan.

Harga Mentah + Untung RM 125 + RM 31
GST 6% – Kredit Input GST RM 9.36 – RM 7.50 = RM 1.86
Harga Jual RM 156 + RM 9.36
Pengguna bayar RM 165.36

Pengguna membeli barangan atau produk tersebut pada harga RM 164.36 iaitu GST 6% pada harga jualan pekedai sama banyak dengan kutipan yang dibuat setiap peringkat semasa tambah nilai dilakukan. Tujuan utamanya ialah mengelakkan cukai berganda yang boleh mempengaruhi faktor harga barang meningkat.

Kutipan cukai dikembalikan setiap peringkat = RM 3.00 + RM 3.00 + RM 1.50 + RM 1.86 = RM 9.36

Cukai ini dikembalikan dan tidak pembekal, pengilang,pemborong malah penjual tidak akan terbeban dengan cukai ini. Ia memberi galakan kepada mereka untuk mengurangkan kos operasi kerana cukai GST yang akan dibayar menjadi lebih kecil dan memudahkan urusan mereka.

Jebeng Otai™
cth ringkas jer.. 🙂

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 6 Comments

  1. Zuan

    positif den dengan perkembangan ni.. bagus penjelasan dalam blog bro ni

    1. jebengotai

      penjelasan ringkas jer..ape yg sy phm la..hehe

  2. Solahuddin

    Tolong sediakan:
    1 – Sumber laman web pro pembangkang yang menjadi rujukan anda.
    2 – Apa itu Kredit Input GST? Betulkah ada penolakan kredit tersebut?

    1. jebengotai

      1. Boleh refer official info dari Kastam Malaysia. Entri ini olahan dari info yang diberikan.
      2. Kredit input ialah cukai dikenakan peringkat sebelum ketika membeli bahan mentah @ bahan lain-lain. Ia mempengaruhi kadar GST yang perlu dibayar peringkat semasa. Jika mereka kreatif, mereka tidak perlu membayar GST jika barangan dapat dikurangkan kosnya lalu harga akan turun..Cth :

      Kredit Input Pengeluar > Kredit Output Pengilang = tidak perlu bayar cukai
      Kredit Input Pengeluar < Kredit Output Pengilang = perlu GST Penolakan tersebut mmg ade utk rebat cukai yg dibayar, tp kene ada dokumen lengkap untuk membuktikan pembelian..cukai ini telus kerana dokumen akan dibandingkan peringkat sebelum dan selepas..penipuan agk sukar berlaku..

  3. ezuddin

    To date, GST nampak dapat mengurangkan harga on paper. Tp saya masih skeptikal tentang perkara ni. Mungkin perlu tunggu sehingga perlaksanaannya untuk lihat respons orang ramai yang lebih menyeluruh tentang pra dan pasca GST.

    Apa2 pun, thanks for the explanation.

    1. jebengotai

      Btul tu bro..dri segi teori nmpak mmg eficien..mungkin mengambil masa untuk smpi ke tahap itu..

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.