Sudah ramai rakan-rakan blogger baru mengadakan giveaway mereka yang pertama. Tiada yang pertama, tiadalah yang kedua dan seterusnya. Tahniah diucapkan kepada bro Daddydee kerana menganjurkan Giveaway Pertama Daddydee. Syarat-syarat penyertaan agak ringkas. Untuk memenangi giveaway ini, para peserta perlulah membuat sebuah entri review blog Daddydee.net. Beliau tidak kisah samada kritikan itu pedas kerana ia mampu memperbaiki dan dapat memperhalusi masalah-masalah blognya dari kaca mata pengunjung blog tersebut. Walaupun saya tiada kelayakkan untuk me’review’ blog rakan blogger lain, tetapi saya setuju dengan bro Daddydee meminta rakan-rakan lain menulis review ringkas untuknya. Maklumbalas ini sebenarnya sangat berguna untuk melihat perkara-perkara yang kita terlepas pandang ketika membuat tetapan di blog kita.
Giveaway Pertama Daddydee : Pandangan Pertama
Dalam review ringkas ini, saya akan menyentuh aspek teknikal sahaja. Saya tidak beberapa mahir dalam bahagian rekaan kerana ianya telalu subjektif. Pada saya biar ringkas tetapi mesra pembaca. Terdapat beberapa perkara yang saya rasa bro Daddydee boleh lakukan untuk blognya. Perkara-perkara dibawah ini mungkin sedikit sebanyak boleh memperbaikki kelajuan blog dengan mengurangkan ‘query’ dan ‘fetch’ dari blog lain.
- Widget yang tidak perlu
- Ada beberapa widget yang saya rasakan bro Daddydee tidak perlu memasangnya. Widget seperti Alexa, Statcounter dan Google+ ( bahagian footer ) boleh diabaikan. Tidak ramai pengunjung mendapat manfaat dengan widget ini. Pada saya statistik blog hanya rujukkan kita sahaja. Widget Alexa tersebut boleh digantikan plugin di browser.
- Widget untuk ‘Archive’ dan ‘Calendar’ sebenarnya melambatkan kelajuan blog. Ia memerlukan proses ‘query’ ke database. Setiap saat dan bilangan ‘query’ mempengaruhi kelajuan blog. Semakin banyak ‘query’ semakin lambat sesuatu blog untuk  siap dipaparkan. Mengikut kajian hampir 25% akan meninggalkan blog selepas 4 saat blog loading dan 50% selepas 8 saat.
- Banner Iklan
- Untuk banner iklan pula, bro Daddydee boleh membuat tetapan di Nuffnang untuk tidak memaparkan undian di sidebar. Ia memakan ruang dan tiada memberi kesan untuk menjana pendapatan melalui pengiklanan. Kadang kala ia akan melambatkan blog apabila server Nuffnang mengalami masalah.
- Ada sesetengah banner yang gagal untuk ‘load image’. Saya tidak pasti mengapa, tetapi ia merupakan faktor-faktor utama mengapa blog lambat kerana browser pengguna terpaksa mengambil data atau fail yang tiada. Jika boleh, gambar yang ingin digunakan hendaklah di’optimize’ menggunakan Smush-it untuk mengecilkan saiz gambar sekaligus melajukan blog
Giveaway Pertama Daddydee : Replytocom
Melalui permehatian saya, bro Daddydee perlu menyelesaikan masalah replytocom di blognya. Ditakuti google bot dan bot enjin carian lain akan mengindeks link tersebut lalu menghasilkan duplicate content seperti yang terjadi kepada saya sekarang ini. Carian replytocom blog Jebengotai telah diindeks di Google. Saya masih lagi bergelut ingin mengeluarkan link tersebut supaya tidak menerima patukkan penguin. Jika ‘duplicate content’ berjaya dikurangkan, Google Panda akan berminat untuk meletakkan blog kita didalam carian pertama Google. Harap-harap saya berjaya mengeluarkan link tersebut sebelum apa-apa perkara terjadi kepada blog saya.
Ohhh.. boleh support GA utk blogger2..
jom2 join..hehe
saya pula gunakan Adsense, Nuffnang prestasinya down di sebuah blog gajet, lebih sesuai untuk personal blog.
mungkin juga tu bro.. 🙂
Terima kasih tuan..Satu review yang padat dan penuh teknikal. Banyak lagi yang saya perlu belajar ni.
sy pon msih belajar lagi..huhu
good… info ni tepat..
hnya pndangan peribadi jer..hehe
Semoga berjaya..riview yang menarik!
terima kasih..hehe
Macam mana nak check replytocom tu bro? Boleh tolong tak..huhu..
Kod2 ada masalah jugak..email sy 😀
salah satu cara nk check dh diindek ke blum ialah..
site:domain.com replytocom
biasanya kat wordpress, link utk reply komen, pastinya menggunakan replytocom
Fuh, masih tak faham nampaknya..
aku pun x faham hehe
owh yeke?..nnt sy explain lagik..hehe
ok terbaik!
saya dah check tadi untuk iAwani menggunakan panduan itu, tidak ada entri replyto di indeks. Phew!
Saya bersetuju dengan pendapat Jebengotai terutama dengan pemasangan widget yang tidak diperlukan kerana ia tidak memberikan hasil tambah.
Secara kebetulah semalam saya membuat analisa sebuah blog dari luar negara. Terkejut besar blog tersebut langsung tidak mengunakan plugin dan imejnya didalam bentuk gif. Blognya ringan betul. Admin blog tersebut mengunakan kod dan script manual.
Mengenai duplicate contain boleh tak Jebengotai kalau letak command no index di robot.txt?
Saya sentiasa mencari jalan untuk meringankan blog.
sama la bro..tumpu kat speed dh leh beri impak yg besar..
kalo x silap sy x leh letak no index dlm robot..tp kita leh block bot terus dari crawl replytocom..
Msksud letak command untuk non index bagi reply.
harap bro jebengotai boleh review blog hatiputera pulak lepas nie,,,hehehe
boleh bro..tp review pendpt peribadi jer..hehe
Saya pun nak diriview kekke 😛
hehe..boleh..apa salahnya..
Sya nak juga. hehe… boleh?
Bagus review macam ni.. bukan saja beri manfaat kepada tuan punya blog.. tapi kepada blogger lain juga..
harap2 mcm tu la..huhu
Rasa JO ini mesti pakar dalam coding wordpress…info review sangat menarik walaupun dari view personel, tak ramai nak kongsi view personel ni….
sy pon msih belajar bro..blog bro daddydee tu ade potensi besar sbnarnya.. 🙂
Fuh. Memang teknikal habis entri bro ni. Boleh dapat manfaat secara tidak langsung. Terbaik!
biasa2 jer..sy pon baru belajar..huhu
Nak paham jugak replytocom dan lain2 tu..tapi bace komen2 dr yg terer2 ni, trus blur dah… redho je la dgn kekurangan diri…hehehe
perkara ni boleh diusahakan..jgn putus asa.. 🙂
secara total sy tak pandai nak bgi rumusan kritikan sb blog sy mash lemh huuu
sy pon masih ade mslh lagik..x setel2 ag..
Review yang agak detail. Ada peluang menang ni! 😀
semua ade peluang bro..terpulang pd DD nk tentukan..hehe
kalau pemenang dipilih berdasarkan review, ko leh menang. tapi kalau main undi-undi atau baling dadu..itu gua tak leh cakap apa..haha.
haha..yg tu dh kira nasib la..
tak aci ler main dadu huhu :)..
btul2..hehe
aci tak aci. haha..
makin ramai yg adakan GA ni kan? dah lama tak buat contest dekat blog sendiri. GA tak pernah buat lagi.huhuhu
buatlah..mesti rakan2 support nya..hehe
review yang JO buat tu..boleh juga puteri gunakan untuk perbaiki blog puteri 🙂
harap2 leh selesaikan mslh puteri.. 🙂
salam..
good luck Bro
semoga berjaya
wslm..terima kasih bro.. 🙂
teknikal ke tidak.. olahan simple dan padat.. sentuh satu topik dan eloborasi.. mudah kan? Giler kentang banyak betul tips.. terbaik review nih heee… DD.. tak short list kita bako blog dier.. ekekeke
hehe..sian lak kat die..jgn bako lak nnt..hehe
yg bab google panda tu.. mmg terbaik.
aku rasa , blog aku pun ada patukkan penguin gak.
cek bro..sblum jdik parah..huhu
emm blog jebeng ni laju jer loading..jeles2..hahaha
Ramai artikel blogger jiran dengan review tentang blog hebat tersebut sayapun rasanya penasaran nak terjah blog Daddydee, Semoga MEnang Sobat
terima kasih.. 🙂
alamak, kalau blog saya kena review,cemanalah tu ya? fuhh .. bedebar!
hehe..biasa2 jer.. 🙂
emm review yang agak menarik..aku nak buang juga la plugin yang tak berguna tu..hehe
1st time tahu pasal replytocom tu. dah cek, nasib baik takde. 😀
Nice review bro! 🙂
Lepas ni boleh review blog saya pula, tu pun kalau bro sudi 😀