Selepas bulan lepas blog JebengOtai diserang oleh bots jahat sehingga menyebabkan penggunaan CPU server yang tinggi dan kini satu masalah lagi timbul. Masalah yang menjadi kebiasaan pengguna WordPress. Masalah yang ura-ura dikatakan akan membuatkan sesebuah blog terdedah dengan ancaman Google Penguin dan Panda. Masalah replytocom ini sebenarnya bukan disengajakan oleh kita. Memang secara asalnya, replytocom ini adalah link untuk membalas setiap komen yang berada didalam blog. Ia direka untuk memudahkan manusia membalas setiap maklumbalas yang diberikan, tetapi nilai tambah ini tidak beberapa berguna kepada bot enjin carian. Bot tetap akan memantau atau crawl disetiap laman blog kita termasuklah ‘link’ replytocom ini. Mungkin banyak lagi pendekatan lain untuk selesaikan masalah ini. Walaupun tips ini saya ambil dari pakar SEO luar negara yang lain, tetapi masalah yang dihadapi oleh saya belum lagi selesai sehingga ke hari ini. Agaknya ia memakan masa untuk menapis dan membuang ‘link’ replytocom di enjin carian.

replytocom

Tips 1 Selesai Masalah Replytocom : Plugin SEO Yoast

Plugin SEO pelbagai fungsi ini sebenarnya sangat membantu para blogger menyelesaikan masalah replytocom ini. Ia tidak memerlukan pengubahsuaian kod pada fail-fail utama WordPress. Didalam plugin ini ada terdapat fungsi membuang ‘replytocom’ didalam parameter url WordPress. Ianya dapat menyelesaikan masalah WordPress sekaligus. Saya menggalakkan rakan-rakan blogger yang baru berkecimpung menggunakan plugin ini. Selain menyelesaikan masalah replytocom, ia juga membantu SEO didalam entri.

Tips 2 Selesai Masalah Replytocom : Robots.txt

Apa yang saya faham, setiap bot haruslah mematuhi arahan didalam fail robots.txt. Didalam fail ini terdapat arahan larangan untuk crawl didalam ‘folder’ yang tidak sepatutnya dilawat oleh bot. Ia juga untuk mengelakkan bot mengindeks fail-fail sensitif kedalam enjin carian. Bukannya apa, kebiasaannya ‘hackers’ akan menggunakan Google Search mencari plugin yang ‘vulnerable’ yang secara tidak sengaja diindeks masuk kedalam Google Search. Untuk masalah replytocom ini pula, kita hanya perlu memasukkan arahan berikut untuk menghalang bot ‘crawl’ replytocom.

Disallow : *?replytocom

Tips 3 Selesai masalah Replytocom : Google Webmaster

Kita boleh menggunakan Google Webmaster untuk membuang replytocom yang telah dimasukkan kedalam enjin carian Google, tetapi ianya mengambil masa dan saya tidak pasti bila Google akan membuang ‘link’ tersebut. Kita boleh menggunakan ‘url parameter’ didalam Google Webmaster untuk meletakkan replytocom ini sebagai filter kesemua ‘link’ yang telah di indeks akan dibuang atau tidak dimasukkan kedalam enjin carian Google. Apa yang kita boleh buat selepas melakukan perkara diatas ialah dengan menunggu untuk Google membuang kesemua ‘link’ replytocom tersebut.

Update 15/8/2012
Ubahsuai melalui htaccess :-

RewriteEngine On
RewriteCond %{QUERY_STRING} .
RewriteCond %{QUERY_STRING} ^(replytocom)=.*
RewriteRule ^(.*)$ /$1? [R=301,L]


Jebeng Otaiβ„’
sabar jer la..huhu