Giveaway Muaz Faris Dan Google Adsense

Ketika saya mula menulis blog beberapa bulan yang lepas, tidak pernah terlintas pun untuk menjadikan blog sebagai punca pendapatan tambahan semasa. Pada awalnya saya menulis adalah sekadar untuk meluahkan idea dan pendapat serta mengisi masa lapang ketika sebelum hendak tidur. Hari demi hari saya meletakkan objektif dan sasaran untuk membuatkan blogging ini sesuatu yang seronok. Sebagai contoh kita boleh memilih kedudukan Alexa sebagai objektif kita. Dengan memahami syarat utama merendahkan kedudukan Alexa blog masing-masing kita boleh mencapainya dalam masa yang singkat. Pelbagai objektif boleh diletakkan sebagai hala tuju blog atau laman sesawang kita antaranya seperti menjana pendapatan melalui blog. Rasanya memasang iklan itu satu kerja yang mudah, tetapi memujuk orang atau pengunjung untuk klik iklan tersebut amatlah payah. Saya sendiri pun tidak mahu menekan iklan yang dipaparkan jika ianya tiada kaitan dengan apa atau maklumat yang saya inginkan.

Giveaway Muaz Faris

Rasanya ini kali pertama saya ingin menyertai giveaway bro Muaz. Ini kerana saya ingin mengetahui rahsia untuk meningkatkan jumlah pendapatan melalui Google Adsense. Memang rugi jika kita tidak mengoptimumkan keupayaan blog kita. Ianya tidak mustahil kerana medium media alternatif ini tidak pernah ‘tutup’ atau rehat. Mungkin melalui penyertaan ini, buku ‘Blog + Google Adsense = Duit’ mempunyai banyak rahsia untuk diterokai supaya dapat meningkatkan pendapatan pasif ini. Siapa yang tidak mahu jika setiap bulan sudah boleh ‘cash-out’ Google Adsense. USD100 setiap bulan boleh disimpan atau digunakan untuk perbelanjaan lain pula. Jika bermurah hati, bolehlah menganjurkan giveaway dan dikongsikan bersama rakan-rakan. Manalah tahu tips-tips yang diberikan boleh juga diaplikasikan keatas program pengiklanan seperti Nuffnang, Innity dan sebagainya. Bertambah-tambahlah pendapatan kita melalui saluran blog-blog kita yang lain. Impian USD100 sebulan itu tidak mustahil. Cuma hendak atau tidak sahaja. Mereka yang memasang satu iklan tetapi dapat menjana pendapatan tinggi pada saya itu sesuatu yang luar biasa. Saya percaya teknik itu mesti ada didalam buku yang dijadikan hadiah Giveaway Muaz Faris dan Google Adsense.

giveaway

“Giveaway Buku Google Adsense adalah anjuran Muaz Faris. Jemput follow Twitter @muazfaris untuk perkembangan terkini.”

Jebeng Otai™
harap2 lebatlah income lepas ni..haha

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 59 Comments

  1. titan

    nak buat duit dengan adsense senang aje. tapi nak dapat senang tu je yang susah.

    1. puteri kasih

      biar bersusah payah dulu..bersenang kemudian..hehe

      1. zool

        bersenang-senang jangan lupa orang yang tak senang. heheheh. tak gitu?

    2. irsah

      Betul3… segalanya kena usaha..

      1. miss yaty

        fuhyoo..hebatnye…tertarik jgk dgn google adsense ni..good luck JO..

      2. rahman

        betul!! betul!! betul 🙂

    3. Hafizul

      wahhh suka2 dengan ayat titan ni..hehe

      1. miss yaty

        ptotnye de button like senang skit kite nak like..hihi

  2. Berita-Harian.net

    dah join last minute tadi~ hehe

    1. jebengotai

      ala..melepas hadiah peserta terakhir..hehe

    2. zool

      suratkhabar pun pun join giveaway ek?? cool

  3. Leeza dayasari

    waaaa menariknya…… siapa mau join…..

  4. hatiputera

    wah ada can dapat hadiah peserta terakhir nie.semoga berjaya.

    1. Panas Giler (djchef)

      haha.. ingat xda blogger yg prasan nk submit last minit.. tengok2 brduyun2 submit last minit..haha

  5. muazfaris

    terima kasih krn sudi join.

    ayat mengancam tu.. sgt superb!

  6. kimmie

    saya pun join juga…semoga berjaya 🙂

    1. jebengotai

      owh..semoga berjaya juga..sy pon tau dri blog sis ni..hehe

  7. irsah

    Gud Luck JO.. semoga dimurahkan rezeki…

    1. jebengotai

      terima kasih…semoga dimurahkan rezeki juga.. 🙂

    1. jebengotai

      semoga berjaya utk dptkan buku rahsia adsense..hehe

    1. jebengotai

      terima kasih…gud luck juga pada sume peserta.. 🙂

  8. Mummy Akmar

    Goodluck Bro. Bestnya kalau dapat buku tu sebagai panduan..

    1. jebengotai

      terima kasih..harap2 leh menang la.. 🙂

  9. onlajer

    aku dah tak sempat nak join haha

  10. Juan

    bagus contest ni bro

  11. tehr

    selamat berjaya, bro
    bila ada usaha, pastinya akan ada kejayaan

  12. Blog Keperawatan

    Pertama kali mebuat blog juga hanya bertujuan untuk sharing pengetahuan saja, belakangan karena motivasi dari sahabat-sahabat blogger jadi mencoba adsense juga.

      1. jebengotai

        terima kasih kepada sahabat juga.. 🙂

  13. azman

    Saya masih lagi belum daftar akaun adsense,100 usd lumayan gak tu.

    1. jebengotai

      mmg lumayan bila dh convert rm.. 🙂

    1. jebengotai

      aah la..tahniah kepada pemenang..hehe

    1. jebengotai

      tidak bernasib baik..tp thniah kepada pememnang..hehe

  14. Hafizul

    lewat nya aku terjah ke entri ni..tak apa la..kurang2 singgah baca jugak..hehehe

  15. dennis

    Tak dapat join cz buku tu aku dah ada hiihii

  16. jaerul

    nak dapat approve akaun google adsense kadang lama dan selalu kena reject,. huhu,. erk,. tak tau pula ada GA ni,. lampak pula nak join,. huhu,. 😛

    1. jebengotai

      hehe..xper2 maybe bro muaz akan buat ag..agknya la..hehe

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.