Eyriqazz versus Denaihati : Ancaman Replytocom Kepada WordPress?

Siasatan lengkap telah selesai. Ancaman replytocom ini telah menyebabkan kerugian yang besar kepada saya mahupun sesiapa sahaja khususnya pengguna WordPress. Sepatutnya saya tidak perlu untuk menggunakan VPS mahupun hosting yang baru. Malang juga jika pihak hosting tidak mengambil aspek kemungkinan serangan dan ancaman replytocom seperti ini kepada WordPress. Usaha untuk cabaran seo Eyriqazz versus Denaihati tergendala disebabkan oleh serangan demi serangan spam bot keatas kelemahan WordPress itu sendiri. Setiap malam dari pukul 10 hingga 2 pagi saya akan duduk memantau aktiviti ‘last visitor’ dan ‘resource usage’ di Cpanel. Tepat mengikut ramalan ancaman replytocom berlaku pada lingkungan masa tersebut. Penggunaan CPU dan ‘maximum entry process’ meningkat 100% dengan mendadak. Link yang menjadi perhatian saya sudah tentu replytocom.

Eyriqazz versus Denaihati : Apa itu Replytocom?

Selain ancaman replytocom kepada penggunaan CPU yang melampau, ia juga punca penyebab ‘duplicate content’ secara tidak sedar. Jika kita melihat tetapan parameter url di Google Webmaster, replytocom ini telah diletakkan didalam pengecualian indeks Google. Query replytocom ini akan terhasil mengikut jumlah komen yang diberikan didalam sesebuah entri. Jika entri itu menerima purata 50 komen, maka 50 replytocom akan terhasil. Masalah ini akan ketara apabila entri yang dihasilkan semakin banyak. Spam bot akan mengambil peluang kelemahan ini untuk meletakkan komen yang didalam blog kita.

Eyriqazz versus Denaihati : Langkah Penyelesaian.

Setakat ini kebanyakkan cara untuk mengatasi masalah replytocom ini adalah redirect. Terpulang kepada kita samada mahu redirect ke laman web lain atau pun ke mana-mana entri yang kita suka tetapi jika kita redirect ke laman sendiri, spam bot ini tetap akan melakukan request kepada database dan akan menyebabkan penggunaan CPU yang agak tinggi juga. Sebaiknya redirect ke website lain untuk mengelakkan masalah penggunaan CPU yang tinggi.

Langkah-langkah

  1. Install plugin redirection.
  2. Klik tools -> Redirection.
  3. Masukkan parameter mengikut permalink masing-masing dan redirect ke mana-mana laman web seperti Google atau Facebook.

domain.com/eyriqazz-versus-denaihati/ -> /(.*)/?replytocom=(.*)
domain.com/2012/07/eyriqazz-versus-denaihati/ -> /(\d*)/(\d*)/(.*)/?replytocom=(.*)
domain.com/2012/07/15/eyriqazz-versus-denaihati/ -> /(\d*)/(\d*)/(\d*)/(.*)/?replytocom=(.*)

Eyriqazz versus Denaihati : Eyriqazz 1 – 2 Denaihati

Kali ini kejayaan milik Eyriqazz selepas dikalahkan didalam ujian Pagespeed dan W3C Validator. Ujian ‘site:eyriqazz.com replytocom’ menunjukkan tiada paparan keputusan didalam carian Google. Mungkin ini disebabkan Eyriqazz menggunakan Blogspot yang lebih selamat berbanding Denaihati yang menggunakan WordPress. Paparan keputusan bagi Denaihati pula mencatatkan sehingga 280,000 link replytocom. Terlalu besar sehingga Google mengatakan ‘suspected phishing site’. Jika dibiarkan pastinya mudah terkena patukkan Google Penguin. Saya tidak pasti cara ini boleh dicegah menggunakan plugin spam yang lain kerana ia menggunakan query sahaja. Tahniah kepada Eyriqazz kerana berjaya mendapatkan mata.

Eyriqazz versus Denaihati

JebengOtai™

86 Replies to “Eyriqazz versus Denaihati : Ancaman Replytocom?

    1. vps tu virtual private server..up skit dri shared hosting..vps ni x kongsi dgn org len..

      try taip site:sjiehan.com replytocom

      tahniah bro..xder link replytocom..

        1. tgk theme juga..kalo theme tu ade pakai canonical url kat tmpt yg x sepattnya silap2 leh jatuh teruk..

          nk2 kalo canonical url tu die pi bubuh kat pembuat theme tu lagik haru..ade byk kes gak mcm ni..huhu

          canonical url ni beri isyarat pada bot jgn index page ni..tp index page lain ikut tag yg diberikan..

    1. virtual private server..salah satu hosting juga..kalo shared hosting kita just guna cpanel shaja..

      dlm vps kita kene install cpanel sendiri..uruskan ip dan mcm2..kalo reti guna dh leh bukk syarikat hosting..hehe

  1. alamak, bahaya ni, saya juga pengguna WordPress, maka seharusnya mengkaji ancaman replytocom ini. Thanks bro..


  2. RewriteEngine On
    RewriteCond %{QUERY_STRING} .
    RewriteCond %{QUERY_STRING} ^(replytocom)=.*
    RewriteRule ^(.*)$ /$1? [R=301,L]

    copy n paste kat file .htaccess pun ok. sebelum #begin wordpress

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge