Eyriqazz versus Denaihati : Ancaman Replytocom Kepada WordPress?
Siasatan lengkap telah selesai. Ancaman replytocom ini telah menyebabkan kerugian yang besar kepada saya mahupun sesiapa sahaja khususnya pengguna WordPress. Sepatutnya saya tidak perlu untuk menggunakan VPS mahupun hosting yang baru. Malang juga jika pihak hosting tidak mengambil aspek kemungkinan serangan dan ancaman replytocom seperti ini kepada WordPress. Usaha untuk cabaran seo Eyriqazz versus Denaihati tergendala disebabkan oleh serangan demi serangan spam bot keatas kelemahan WordPress itu sendiri. Setiap malam dari pukul 10 hingga 2 pagi saya akan duduk memantau aktiviti ‘last visitor’ dan ‘resource usage’ di Cpanel. Tepat mengikut ramalan ancaman replytocom berlaku pada lingkungan masa tersebut. Penggunaan CPU dan ‘maximum entry process’ meningkat 100% dengan mendadak. Link yang menjadi perhatian saya sudah tentu replytocom.
Eyriqazz versus Denaihati : Apa itu Replytocom?
Selain ancaman replytocom kepada penggunaan CPU yang melampau, ia juga punca penyebab ‘duplicate content’ secara tidak sedar. Jika kita melihat tetapan parameter url di Google Webmaster, replytocom ini telah diletakkan didalam pengecualian indeks Google. Query replytocom ini akan terhasil mengikut jumlah komen yang diberikan didalam sesebuah entri. Jika entri itu menerima purata 50 komen, maka 50 replytocom akan terhasil. Masalah ini akan ketara apabila entri yang dihasilkan semakin banyak. Spam bot akan mengambil peluang kelemahan ini untuk meletakkan komen yang didalam blog kita.
Eyriqazz versus Denaihati : Langkah Penyelesaian.
Setakat ini kebanyakkan cara untuk mengatasi masalah replytocom ini adalah redirect. Terpulang kepada kita samada mahu redirect ke laman web lain atau pun ke mana-mana entri yang kita suka tetapi jika kita redirect ke laman sendiri, spam bot ini tetap akan melakukan request kepada database dan akan menyebabkan penggunaan CPU yang agak tinggi juga. Sebaiknya redirect ke website lain untuk mengelakkan masalah penggunaan CPU yang tinggi.
Langkah-langkah
- Install plugin redirection.
- Klik tools -> Redirection.
- Masukkan parameter mengikut permalink masing-masing dan redirect ke mana-mana laman web seperti Google atau Facebook.
domain.com/eyriqazz-versus-denaihati/ -> /(.*)/?replytocom=(.*)
domain.com/2012/07/eyriqazz-versus-denaihati/ -> /(\d*)/(\d*)/(.*)/?replytocom=(.*)
domain.com/2012/07/15/eyriqazz-versus-denaihati/ -> /(\d*)/(\d*)/(\d*)/(.*)/?replytocom=(.*)
Eyriqazz versus Denaihati : Eyriqazz 1 – 2 Denaihati
Kali ini kejayaan milik Eyriqazz selepas dikalahkan didalam ujian Pagespeed dan W3C Validator. Ujian ‘site:eyriqazz.com replytocom’ menunjukkan tiada paparan keputusan didalam carian Google. Mungkin ini disebabkan Eyriqazz menggunakan Blogspot yang lebih selamat berbanding Denaihati yang menggunakan WordPress. Paparan keputusan bagi Denaihati pula mencatatkan sehingga 280,000 link replytocom. Terlalu besar sehingga Google mengatakan ‘suspected phishing site’. Jika dibiarkan pastinya mudah terkena patukkan Google Penguin. Saya tidak pasti cara ini boleh dicegah menggunakan plugin spam yang lain kerana ia menggunakan query sahaja. Tahniah kepada Eyriqazz kerana berjaya mendapatkan mata.
Owh gitu caranya,rajin nya wat kajian..
x larat nk bayar VPS, kene crik cara len..huhu
terpaksa cakap juga aku tak apa der
ha;ah malam2 dok jadi detektif conan nie…:)
Aku tgh fenin.. bila baca ni lagi aku fenin..
nanti malam sikit aku baca habis.. hik3
hehe..sabar2..tp pengguna blogspot selamat 🙂
Itu la, aku pun pening jugak ekeke.
hehe..xper2 🙂
luas betul pasal dunia blog/web ni.
mmg luas..mcm2 masalah yg dpt bru tahu..huhu
😀 Malas nak pening kepala.. masih setia dengan blogspot! Hehe..
advantage kat blogpsot..huhu
dulu hosting offer VPS.. tapi bagi blog aku.. belum masanya lagi.. hohoho
erk..kalo dh stabil trafik dh boleh kot..
hmm…serius den tak berapa nak faham sangat apa yang diperkatakan di atas…huhu
kalo guna wordpress menda ni penting gak.. 🙂
tenkiu. elok juga share perimeter tuh. leh prepare query dia siap2. mana lar tahu cms jenama lain nanti ada masalah yang sama masa akan datang.
sy akan cuba update utk permalink yg lain..harap dpt membantu..
tabik kat tuan sebab rajin buat research…saya memang tak berapa nak paham pasal menda ni…cpanel pun jarang bukak…
terpaksa buat..kalo x alamatnya terbang 150 tiap2 bulan..huhu
oo nih pun beri kesan kpd CPU usage ekh. cemas jugak guna WP banding blogspot.
mungkin sbb nk proses query tu..huhu
erm…dah mula nak faham sikit…hehe
hmm. kena study gak ni.. kang kena kat blog den
berjaga2 bro..huhu
aku tak faham dan tak tahu nak mula belajar dari arah mana
mungkin kene belek2 cpanel..tgk cpu usage..kalo rendah jer ok la..
kalo jejak 2-3 jam 100%..bru ade tanda2 mslh..huhu
alhamdulillah.wat masa ni chii x alami masalah2 spt ini di WP..mugkin ada.tp x perasan kot
kalo x selalu down mungkin x der prob kot..huhu
perasan juga masalah ni..
tapi blog saya tak banyak komen..
tak berapa kritikal
utk ingtan jer.. 🙂
tak tau sama ada blog puteri kena cam ni atau tak
sy dh check..mcm x der..huhu
Kajian terbaik… bacaan menarik pagi ini. Keep it coming bro.
smbil menyelesaikan mslh sendiri..smbil kongsi info…hehe
vps tu apa? camna nak taw blog kita ade replytocom tu?
xphms gt la.. newbie.. huhu
vps tu virtual private server..up skit dri shared hosting..vps ni x kongsi dgn org len..
try taip site:sjiehan.com replytocom
tahniah bro..xder link replytocom..
ehehe, aku pun tak de 😀
terbaik.. 🙂
ok. alhamdulillah…akupun clear..
thanks bro JO kongsikan benda2 camni…terbaik!
aku pon beberapa kali gak kena cpu resource nih bro
try check kat latest visitor dlm cpanel..ade link replytocom x..huhu
x pernah plak aku check, nanti aku tgk, weh bro ko nyer alexa ranking mantap, terbaik
uih yeke?..
mmg mantop bro! tu yg aku cakap tadi, 3 bulan lebih, tp alexa bawah 60k…fuh! dasat
terima kasih kpda sokongn rakan2 juga.. 🙂
Overload…hehehehe
hehe..
Blogspot boleh kena juga ke? Blurr..
blogspot x kene..hanya wordpress jer..
oohhh.. nasib baik blogspot tak kena. Bro nak tanya, kalau theme berubah biasa berapa lama nak rank balik ke atas?
tgk theme juga..kalo theme tu ade pakai canonical url kat tmpt yg x sepattnya silap2 leh jatuh teruk..
nk2 kalo canonical url tu die pi bubuh kat pembuat theme tu lagik haru..ade byk kes gak mcm ni..huhu
canonical url ni beri isyarat pada bot jgn index page ni..tp index page lain ikut tag yg diberikan..
Bro,.. buat URL Parameters di Google Webmaster utk “replytocom”
dh buat..tp bot baidu pi indeks replytocom..
Banyak ilmu rupanya bro jebeng ni. Huhuhu.
uih xder la bro..sy pon msih belajar lgik..yg ni pon x tau btul ke x fakta sy..hehe
aku tanya shah danial masta SEO tu, dia cakap biasa dah kalau replytocom tak index, ni la kekurangan WP, nak guna plugin banyak sangat effect pagespeed nanti kang..
btul bro..tp stil bot2 jahat crawl query ni..terlalu byk query mmg leh membawa bencana..huhu
sikit hari ada pakai plugin redirect jap tapi dah uninstall balik sebab banyak sangat plugin nanti.
stkat ni kaedah terbaik selain plugin guna htaccess..tp akan ade konflik dn permalink lain..sy pon x pasti cara tu bgus ke x..
speechless
hehe.. 🙂
Saya perlu masa untuk memahami artikel ini.
xper bro..isu ini agak berat juga..
saya dah check utk infonewbie, ada satu lah. hope tak beri kesan sgt risau jgk.
mungkin x..ttp jika boleh delete shja link tu..sbb tu dikira duplicate content..
Dulu ada jugak replytocom,, sekarang dah takde lagi.
kene setting kat google webmaster..then kene blok dgn robot..huhu
Ilmu baru. Ternyata sangat kerdil dirini kan.
Aku pun dah check ternyata profhariz.com bebas daripada replytocom
terbaik bro..tp kene berhati2 ade bot jahat lain yg sentiasa crawl selain google..huhu
Jadi kalau banyak komentar di sebuah postingan atau entri lebih dari 50 komen maka spam robot akan mempengaruhi yah sahabat..?
Baru tahu akan hal yang satu ini sahabat
tidak semestinya..selagi ruangan komen didalam wordpress enable, maka masalah ini tetap akan berlaku..
Satu info yg baik disini…buat2 tambah ilmu terutama bg pengguna w/p yg baru. Mungkin slps ni bro sambung lagi citer ttg w/p….vps tu mende ehh???…hehehe
virtual private server..salah satu hosting juga..kalo shared hosting kita just guna cpanel shaja..
dlm vps kita kene install cpanel sendiri..uruskan ip dan mcm2..kalo reti guna dh leh bukk syarikat hosting..hehe
x fhmaku bro..blur
tajuk yg agak heavy skit..hehe
hahaha…memang aku tak paham bro.aiyooo
hehe..x per2..mslh ni yg melanda pengguna wordpress..hehe
alamak, bahaya ni, saya juga pengguna WordPress, maka seharusnya mengkaji ancaman replytocom ini. Thanks bro..
btul bro..replytocom ni mmberi masalh sbnarnya..
perh,… cuma beberapa peratus ayat jer yang fahaam,.
yeke bro?..huhu..sori kalo ramai yg konpius.. 🙂
RewriteEngine On
RewriteCond %{QUERY_STRING} .
RewriteCond %{QUERY_STRING} ^(replytocom)=.*
RewriteRule ^(.*)$ /$1? [R=301,L]
copy n paste kat file .htaccess pun ok. sebelum #begin wordpress
die strip replytocom ker bro?..terbaik la.. 🙂
Ooo..pura2 faham..hikhik… Newbie..jgn mara…
hai,
blog awak sangat berinformasi… Sangat membantu pada blogger yang baru macam saya…
Terima kasih…