Ramai dikalangan rakyat Malaysia yang begitu prihatin dengan perkembangan ekonomi semasa negara tercinta, Malaysia. Ada yang tidak berpuas hati gara-gara hutang atau defisit Malaysia sudah mencecah 54% dari KDNK Malaysia pada tahun 2004 iaitu perbandingan 8 tahun yang lalu hingga 2012 seperti yang dilaporkan  Berita Semasa .

Jika kita tidak memahami teori pengurusan ekonomi , kita tidak akan faham termasuklah diri saya sendiri yang sememangnya tidak tahu menahu mengurus ekonomi skala besar. 54% defisit amatlah besar dan sesiapa sahaja yang membacanya akan menjadi gerun mendengarnya serta menimbulkan panik dikalangan rakyat.

Analisa
Seperti biasa kita haruslah analisa dahulu sebelum menerima bulat-bulat segala informasi sama ada benar atau pun salah. Dalam hal ekonomi, saya tiada tauliah untuk menganalisa perihal ekonomi walaupun ekonomi negara sendiri. Walaupun begitu, entri yang ditulis blog berkenaan tidak menyatakan pula unjuran perolehan pendapatan atau KDNK Malaysia 2012 sebagai melengkapi proses kira-kiranya dan hanya menekankan defisit negara semata-mata.

Samada bidang ekonomi, kejuruteraan, perubatan dan lain-lain, kita seharusnya mengumpul maklumat atau parameter yang boleh digunakan sebelum analisis dilakukan. Jika hanya menekankan satu aspek sahaja, kita tidak dapat melihat petunjuk sebenar atau memahami situasi semasa. Umpama melintas jalan, kita seharusnya pandang kiri , kanan dan kiri sebelum dapat ,melintas dengan selamat.

Defisit Malaysia
Sukar untuk saya jelaskan, tetapi artikel dari EconsMalaysia menarik minat saya kerana penjelasannya mudah difahami. Walaupun begitu,  defisit ini disokong atas sebab-sebab tertentu yang boleh memampung atau memberi pulangan ke atas perbelanjaan tadi. Permintaan sektor pertanian bertambah, peningkatan keluaran minyak di Kumang, Sabah dan berbagai-bagai projek lagi dapat menampung defisit dan mengekalkannya di tahap selamat. The Star.

JebengOtai™

23 Replies to “Defisit Malaysia Tahap Kritikal

    1. sj cabar diri utk tulis entry yg heavy…mmg susah, perlu pembacaan yg byk dan pemahaman yang tinggi..

      p/s: respek dgn pakar ekonomi negara..yakin membuat keputusan yang membawa kebaikkan utk negara.. 🙂

  1. Dasyatnya defisit ni. aku pun ada jugak baca portal berita. dalam perlembagaan kata defisit tidak boleh lebih dari 56%. tapi sekarang dah 54%. Apa dah jadi ni?? takkan kita nak jadi macam greece..

  2. Macam saya terlibat didalam industri Kejuruteraan Biomedikal dan saya melihat kerajaan mula menawarkan projek pembiayaan swasta contoh Public Fund Invesment(PFI) dan Equipment Leasing untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan.

    Adakah cara ini akan mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan tidak bertambah hutang kerajaan kerana kerajaan tidak mempunyai asset.
    akubiomed recently posted..Membidik di Pesta Belon Udara Panas Putrajaya 2012My Profile

    1. mmg betul kerajaan x mempunyai aset..

      ibarat mcm menanam pohon buah..negara itu pokok..baja itu defisit..buah itu kdnk..penanam pokok tu la tenaga kerja..

      pekerja tidak boleh menjual buah untuk mendapatkan wang..tiada wang tiada la bajanya..kerana pendapatan kita dh beli biji benih pokok itu..untuk berbuah dgn lebat..kita harus membeli baja dgn meminjam duit..dgn harapan dapat menuai hasil dan membayar balik pinjaman td semula..

      jika kita pandai mengoptimumkan pendapata..kita boleh mengurangkan defisit..
      JebengOtai recently posted..5 Kolam Air Panas Terhangat Di MalaysiaMy Profile

  3. 54%…lebih dari separuh.memang patut bimbang..walaupun dulu pernah blaja pasal ekonomi..tp ttg defisit..mmg masih kabur lagi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge