Malaysia sememangnya sebuah negara yang kaya dengan tarikan semulajadinya. Walaupun terletak jauh dari lingkaran api pasifik, negara kita juga mempunyai beberapa kolam air panas yang popular dan terhangat dikalangan pelancong. Rata-rata, kawasan-kawasan ini telah dimajukan dan diperkayakan dengan aktiviti-aktiviti seperti tarian tradisional, canting batik dan bermacam-macam lagi sesuai dijadikan kawasan riadah keluarga semasa cuti sekolah. Melancong sememangnya dapat membuka minda dan meluaskan pengalaman. Kita tidak mahu anak-anak atau generasi muda yang hanya duduk di hadapan komputer melayari Facebook dan bermain permainan eletronik sahaja.
Kampung Air Hangat, Langkawi
Kaya dengan lagenda dan sejarah, Langkawi juga mempunyai tarikan kolam air panasnya yang terletak di Utara Pulau Langkawi. Dari masa ke samasa, pihak LADA telah meningkatkan kemudahan di kolam air panas ini untuk memberi kemudahan kepada para pelancong ke tempat ini. Disini turut dipersembahkan tarian tradisional, ukiran batik dan peragaan pakaian tradisional untuk menarik lagi minat para pelancong.
Bayaran : Percuma
Credit : AsiaExplorers.com
Taman Kolam Air Panas Sungai Klah ( Sungkai ), Perak
Sejak pembukaannya, taman kolam air panas ini tidak putus-putus menerima kunjungan para pelancong. Terletak di kaki banjaran titiwangsa, taman kolam air panas ini mempunyai pemandangan hijau yang dapat menggamit pelancong luar dan dalam Malaysia. Selain kemudahan kolam renang, terdapat juga jaccuzy, kolam air dari gunung, khidmat refleksologi air dan terapi dan lain-lain lagi.
Food court terletak berhampiran di sekitar kolam air panas ini.
Bayaran : RM10 / dewasa , RM8 / kanak-kanak
Credit : Sjiehan
Air Panas Ulu Legong, Kedah
Terletak lebih kurang 30km dari Utara Banting, Kedah. Kaya dengan sumber mineral, air panas ini dipercayai boleh merawat penyaki-penyakit kulit dan turut menyegarkan badan. Kemudahan awam telah dipertingkatkan untuk memudahkan para pengungjung melawat ke kawasan ini.
Bayaran : –
Poring Hotspring, Sabah
Kolam air panas ini memang unik kerana sejarahnya berlainan antara kolam air panas yang lain. Kemudahan disini pada awalnya dibina oleh tentera Jepun pada perang dunia ke-2. Orang Jepun sememangnya gemar berehat didalam kolam air panas. Jika bernasib baik, pelancong boleh melihat bunga raflesia berkembang mekar di kawasan tersebut. Terdapat juga ‘canopy walk’ untuk kemudahan para saintis menjalankan kajian.
Bayaran : –
Kolam Air Panas Pedas, Negeri Sembilan
Kini telah dimajukan untuk menarik minat pelancong. Terletak di laluan ke Rembau, kini kolam air panas ini dikenali sebagai Wet World Pedas. Kawasan ini sesuai untuk keluarga bersantai bersama-sama anak-anak bermandi-manda di taman tema ini. Bagi mereka yang mahu mandi air panas, pengunjung boleh memilih dua kemudahan samada mandi di kolam awam atau di bilik air yang disalurkan air panas ini.
Bayaran : RM 10 / dewasa dan RM 8 / kanak-kanak
Kredit : Virtual Malaysia
Sungai Klah Hot Spring tu kampung aku le. Dulu masa belum jadi rekriasi park, aku selalu rebus kerang bila balik dari kutip buah kelapa sawit dengan abang-abang aku. Sekarang ni, dah berubah wajah. Ramai anak-anak muda Felda Sungai Klah ni balik ke kampung bekerja dekat sini.
uih..yeke?..tgk mcm best jer..leh pi satu hari nnt 🙂
kakyong tak pernah sampai lagi ke sg klah tu… bukan la jauh mana pun… belum ade rezeki lagi nak ke sana..
kalo dh dekat mmg kene pi la..hehe..
Ada orang kata mandi kolam air panas boleh menyembuhkan radang kulit.
mmg kolam air panas ni mengandungi mineral sulfur..baik utk kulit..
air paneh di podeh tu perlukan lobih pemantauan lagi. bab kebersihan dan kualiti air
alamak aih org nogori..hehe..
kualiti air x bersih ker??..rugi la kalo tarikan pelancong camni diabaikan..
hoho..rajin ko wat kajian kolam-kolam ni ye..
sbanrnya ade byk ag..kat johor pon ade..kat melaka..ngn kat selangor
patut la trafic mendadak.. ade orang tlg bagi.. hehehe
bnyk lagi kolam air panas.. tp tiada pihak berwajib untuk di pertanggungjawabkan…
sy mmg suka melancong..biasanya sblum melancong akan wat research skit.. tp x sangka kat Sungkai tu mcm best..hehe
langkawi & Perak tu dah try,.. nanti bleh cuba tempat lain plak 🙂
pergh..mmg kaki jalan ke bro?? 🙂
kecik2 dulu pernah ke Poring Hotspring Sabah. memang best. tempat lain tak pernah pergi lagi
kat situ ada taman rama2 kan?
BRO yg kt sungkai tu..hrga dh naik to rm12…aku bru blik dr sungkai..tp xpergi kolam tu..kwn ak yg pergi..nampk cm sonok tmpt tu…kna g ni next time..hahaha
nek harga ker?..alamakaih..berbaloi x?
yang kolam air panas kat ulu legong tu kalau dewasa sekitar rm 5 macam tu je. tu pun aku pi tahun lepas..hehe
pi dengan kawan2 paling best, berenang selami lautan panas. sapa paling lama kacak 😀
jgn selam lama2..nnt masak lak..haha
Ala, kolam air panas dpn aku tak termasuk dlm terhangat ke..
tp mmg panas la.
uih..kat ner tu?..takut promote nnt ramai lak yg dtg..hehe
sg klah tu nampak mcam best je. nampak cam ori dan luas
dengar kata mmg best..try tgk kat blog rakan sjiehan..die dh pi sana..
ada juga poring ya. tak sangka pula poring lima terhangat di malaysia. dulu poring tu, sekali masuk rm3 ja. tapi baru-baru ni p dengan kawan-kawan banyak berubah. poring tu jadi hak milik swasta dah mungkin sebab mahal dan sangat bersih n kemas. mahal sebab, sekarang kalau nak masuk rm3. nak p mandi kolam, rm 3 (bayaran lain), nak p mana2 rm3 semua. bayar ikut pintu. dulu bayar masuk ja. tapi kolam air panas tak perlu bayar.
kolam air hangat langkawi tu tak nampak macam kolam pun..
owh..ni gmbr lama..skang die dah renovate..ade sauna dan jakuzi.. 🙂
lima terhangat tu sy yg pilih sendiri..hehe
nmpk mcm menarik dan ade sejarah sendiri.. 🙂
dlm kolam yg disenaraikan..chii pernah sampai d sungai klah je..mmg terbaik..
satu lg..chii pernah g kolam air panas kat batu pahat johor..
kat mlk..ada satu gak..lupa apa nama..time study dulu..mmg sgt popular org g kolam air panas..
kat batu pahat??..ape nama tmpatnya..leh pi nnt 🙂
Sya selalu pegi Langkawi tapi tak pernah sampai kat telaga panas tu. Ingat nak pi juga la suatu hari nanti. Tq krn ingatkan sya tempat menarik tu.
masa sy pegi tu private sauna lom bkk ag..hehe 🙂
Ada lg 1 ko tertinggal bro 😛
Air panas Selayang. Mantap jgk tuh..
uih yeke? nnt leh search tgk..:)
Bagus ni sebagai tujuan wisata sekaligus berendam tuk memanjakan diri