Broken Link Beri Kesan Kepada SEO

Sejak dari entri 5S dalam bloging, sudah lama saya tidak kemaskini laman sesawang ini. Plugin-plugin yang tidak digunakan, gambar yang tidak ‘optimize’ dan kod-kod yang ‘outdated’ boleh mempengaruhi SEO kita. Banyak juga ‘broken link’ di ruang komen entri yang lepas sudah tidak boleh akses lagi. Mengikut kajian, selain kelajuan ‘loading’ laman sesawang, ‘broken link’ juga mempengaruhi para pengunjung sama ada ingin kembali ke laman sesawang ataupun tidak.’Broken link’ ini membabitkan adalah termasuk dalaman dan luaran laman sesawang tersebut.

broken link

Broken Link : Error 404

Jika kita sebagai pengunjung, kita mahukan laman sesawang itu berfungsi sepenuhnya. Semua entri yang dipaut dapat diakses dengan sempurna. Jika ianya bermasalah, kita akan selalu terserempak dengan ‘error 404’ ini. Bagi kita ianya sesuatu yang menjengkelkan kerana ia memberi kesan mood untuk mebaca dan terus meninggalkan laman sesawang tersebut. Kesan ini lebih besar jika bot enjin carian menerima ‘error 404’ sekaligus dan mempengaruhi ‘ranking’ di enjin carian.

Broken Link : Kesan-kesan Langsung

Mengikut entri Seopressor.com, ‘broken link’ memberi kesan-kesan yang agak dasyat juga. Antaranya seperti berikut :-

Revenue
Jika kita mempunyai kedai online atau e-commerce, ianya akan menyebabkan pengalaman pengguna itu terjejas. Lebih-lebih lagi jika kita ternampak tawaran harga menarik untuk kasut Nike, bila klik di pautan pengguna akan dipaparkan ‘error 404’. Baru satu pengguna, belum lagi beratus-ratus pengguna yang lain.

Bounce Rate
‘Error 404’ merupakan salah satu faktor mengapa ‘bounce rate’ kita tinggi selain dari kelajuan ‘loading’ laman sesawang. Pengguna yang kecewa sudah pasti tidak berminat lagi jika kebanyakkan pautan mempunyai masalah. Samada dari pautan dalam laman sesawang maupun di luar laman sesawang. Boleh dikatakan blogging ini ibarat meniaga, kena menjaga hati para pengunjung.

Google Ranking
Untuk enjin carian, mereka akan merendahkan ‘ranking’ kita kerana pengguna meninggalkan laman sesawang kita sebaik sahaja di buka atau pun disebabkan ‘error 404′. Ini memberi isyarat bahawa laman sesawang kita tiada info atau tiada kaitan dengan apa yang pengguna cari bukan kerana entri tidak berkualiti tetapi pengguna tidak dapat akses ke entri tersebut. Selain itu juga, entri yang kita tulis tidak dapat di’indeks’ oleh bot untuk enjin carian mereka.

Jebeng Otaiā„¢
penting 5S ni..

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 2 Comments

  1. sensasi2020

    Nampaknya broken link kena buang cepat-cepat.

  2. semakkini

    Lepas ni kena hati-hati letak link dalam artikel. Tq sebab share..

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.