Plan Hosting Termurah di Malaysia

Plan hosting termurah Jebengotai.com ini sesuai untuk blogger-blogger untuk mengurangkan kadar ‘overhead’ mereka untuk mengoperasikan laman sesawang mereka. Saya sendiri mengendalikan lebih dari 5 buah laman sesawang, belum lagi projek-projek sampingan. Dan terus terang kosnya agak tinggi juga. Prinsip dan objektif asalnya ialah plan hosting yang basic sahaja. Antaranya email, database dan menambah laman sesawang dengan mudah. Saya tidak menggunakan Cpanel, Website Panel atau perisian pengurusan hosting berbayar yang lain yang turut menyumbang kepada peningkatan kos.

[rpt name=”private-hosting”]

Plan Hosting Termurah : SSL Percuma

Sejak Google berhasrat untuk meletakkan laman sesawang yang menggunakan SSL sebagai parameter SEO, penggunaan SSL semakin dipandang serius. Disamping ianya melengkapkan ciri-ciri keselamatan untuk setiap transaksi di laman sesawang, ia juga memberi keyakinan kepada para pengunjung terhadap keselamatan data mereka. Inisiatif seperti Cloudflare memberi SSL percuma untuk pengguna khidmat mereka juga memberi jalan kepada meraka yang terhad budgetnya. Yalah, kos untuk membeli sijil SSL ini sangat tinggi, belum lagi kos pemasangan oleh pihak hosting. Dengan plan hosting termurah Jebengotai.com ianya diberi secara percuma dan ‘auto-renew’ jika sijil itu tamat.

Plan Hosting Termurah : Server NGINX

NGINX merupakan salah satu server yang agak popular selain Apache. Kelebihan dari segi ‘perfomance’ atau keupayaan untuk mengendalikan ribuan pengunjung dalam satu-satu masa menjadi salah satu kriteria mengapa kita perlu berhati-hati memilih hosting. Mungkin antara kita pernah terjumpa ‘error 500 atau resource exceed limit’ ketika blogwalking juga disebabkan kelemahan ‘sharing hosting’ itu sendiri. Plan-plan trsebut telah ditetapkan oleh pihak hosting. Walaupun ianya tidaklah sepantas server Litespeed, dengan komuniti NGINX yang besar mungkin ianya akan menjadi server yang terbaik pada masa akan datang.

Plan Hosting Termurah : Server Sendiri

Disebabkan plan hosting ini murah, anda boleh menyewa VPS sendiri sebagai server Varnish yang bertindak untuk mempercepatkan lagi kelajuan ‘loading’ laman seawang anda. Ketika ini saya tidak menyediakan perkhidmatan ini kerana masih menguji konfigurasi yang sesuai untuk tetapan laman sesawang yang mempunyai sijil SSL. Kelajuan ‘loading’ juga amat penting menentukan kedudukan kita di enjin carian.

Jebeng Otaiā„¢
murah jer…

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 3 Comments

  1. sufian amin

    Salam 1Malaysia…

    Nak tanya? Berapa kos SSL dan pemasangan SSL…

    1. jebengotai

      bergantung kepada jenis ssl…ev, ov, dv sbgai contoh…tp ada yang percuma seperti universal ssl cth mcm cloudflare yg tiada cas pemasangan, install menggunakan panel cloudflare..semua tetapan disitu…letsencrypt pon sama cuma kene install sendiri di server..bezanya letsencrypt dikawal sendiri oleh pengguna…manakala cloudflare dikawal oleh mereka..

  2. semakkini

    Salam 1Malaysia..
    Apakah kebaikan mengunakan Cpanel da website panel? Ramai yang sarankan guna Cpanel..

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.