Semua sudah sedia kala tahu blogging boleh menjana pendapatan tambahan melalui kaedah seperti pengiklanan, jual ebook dan macam-macam lagi untuk mendapatkan ‘income’ sampingan. Walaubagaimana pun menjadikan hobi blogging sebagai mata pencarian yang tetap sememangnya amat sukar jika tanpa persediaan diri yang mantap. ‘Tak kenal maka tak cinta’. Jika kita tidak memahami potensi sebenar blogging kita tidak mungkin menjadikannya sebagai kerjaya hidup kerana ia merupakan pekerjaan yang sangat fleksibel sehingga sukar untuk kita fokus dan mencapai kejayaan.
Prospek
Oleh kerana fleksibiliti kerjaya ini sangat tinggi, maka prospeknya juga tidak terhad dan sangat meluas. Dinasihatkan agar memilih cara yang halal dan mengelakkan keraguan. Berbagai alternatif yang saya fikir boleh menjana pendapatan melalui blogging dan seterusnya menjadi pendapatan yang tetap. Antaranya :-
- Program Affiliate – Menjual produk mengikut ketetapan syarikat tersebut.
- Produk Informasi – Menulis ebook
- Produk Perisian – Programming android apps dsb.
- Pengiklanan – Adsense,Nuffnang atau sewa tapak.
- Reseller – Menjual service atau produk pihak lain
- Konsultansi – Insurans, kewangan, pelaburan, perumahan dan lain-lain.
- Kedai Online – Pakaian, jam dan lain-lain.
Saya berpendapat, jika diuruskan secara berkumpulan atau ‘Blog Sebagai Syarikat ?‘ untuk menjadi blogger sepenuh masa boleh dilaksanakan. Pembahagian tugas memang penting berdasarkan kepakaran masing-masing boleh membawa kejayaan kerana kerja menjadi mudah dan senang. Dalam konteks ‘Blog Sebagai Syarikat ?‘ tidak semestinya satu blog sahaja, tetapi boleh dipelbagaikan seperti menjalankan perniagaan online, konsultansi dan lain-lain menggunakan tips dalam ‘Memilih Hosting Paling Jimat‘.
Risiko dan Liabiliti
Mengkaji risiko dan liabiliti bertujuan untuk membuka minda dan menyedarkan kita bahawa setinggi mana angan-angan haruslah berpijak di dunia nyata. Perkara-perkara penting yang menjadi tanggungjawab kita haruslah dijadikan keutamaan sebelum kita jadikan blogging sebagai kerjaya. Liabiliti seperti perbelanjaan harian, bayaran bil, pinjaman bank dan sebagainya. Bagi mereka yang sudah berkeluarga, tanggungjawab kepada anak dan isteri akan menjadi liabiliti tambahan yang harus difikirkan.
Risiko pelbagai jangka harus diambil kira. Risiko jangka masa pendek seperti serangan pengodam ke atas blog, kerosakkan komputer, serangan virus dan macam-macam lagi yang boleh merencatkan pengeluaran entri terbaru. Risiko jangka masa sederhana pula seperti kehabisan bandwidth, storan yang berkurangan, masalah hosting dan lain-lain lagi. Masalah seperti IPv6, kelajuan ‘loading’ perlahan, kekeringan idea dan lain-lain faktor boleh mengundang masalah untuk mendapatkan pendapatan tetap.
Masa Depan
Perancangan masa depan juga penting. Anak-anak semakin membesar dan kita semakin hari semakin berusia. Perancangan seperti simpanan untuk hari tua amat penting untuk meneruskan kehidupan kita. Selain itu pemilikkan aset seperti rumah, kenderaan dan perbelanjaan anak-anak ke menara gading memerlukan sejumlah wang yang besar supaya nasib mereka terbela dan mempunyai tempat berteduh ketika hujan dan panas.
Gambar : AICPA Insight
stakat ni kalo wat part time ok la..hehe
hakikatnya….
blogger zman skarang ni sbenarnya suka kata blogging sekadar suka2..padahal tersirat dalam hatinya nak dapat income..tak gitu?..hehe
hehe..btul2 tu dah semestinya..kalo msyuk ari2 leh tampung mana2 yg kurng..
Kalau diberi sumber pendapatan apa salahnya lihatlah blogger RedMummy seorang yang blogger yang berjaya.
redmummy mmg jdik idola ramai.. 🙂
aku pulak kalau nak kate idola…aku respek sama bro rohaizad dan boss hujan batu…blogger full time =)
waaah..diorg dh lama ker jdik blogger ful time ??
memang ingin menuju kepada income online, akan tetapi cukup lah sebagai hobi dan part time blogger
part time dulu..full time x yakin lak..huhu
setakat ni blog hanya sebagai income sampingan je untuk puteri 🙂
tp kemungkinan utk pendapatan tetap tu ade..brani atau x jer..
itupun dah sgt bagus tu puteri…teruskan =)
dpt pedapatan melalui blogging mmg best.. 🙂
Masih lagi belum terfikir nak buat full time blogging rasanya. Lagipun income dari blog ni tak tetap. Macam saya masih lagi belum boleh merasa duit hasil daripada blog ni.
kene ade team yg kuat..itu je la yg saya rasa leh capai ke arah itu.. 🙂
Rangkaian kenalan antara blogger pun penting untk menjana pendapatan.
networking mmg penting..bila dah percaya nk buat bisnes pon sng.. 🙂
Setakat ni part time je dulu laa….lom sampai masa nk gi ke pro tu…he3x!!!
skng ni pon dh ok..dpt skit2 income tu kira bonus la..hehe
Saya yakin berblog jika urus dan dilakukan secara profesional memang boleh menjana pendapatan.
perlu ade objektif yg jelas..blogging secara syarikat mampu melakukannya.. 🙂
Masih belum ada keyakinan untuk jadi full time blogger..tetapi kalau income cecah ribuan sebulan boleh di fikirkan semula..
boleh..income kene sama atau lebih dari pendapatan yg kita dpt..bru leh fikir nk jdik full time blogger..
Kalau betul caranya memang boleh menjana. Tapi kebanyakkan berblog hanya untuk suka2.
yela..suka2 sbgai hobi..utk release tension jugak kan.. 🙂
Aku takkan jadi sepenuh masa
Cukup sebagai hobi sambilan je
Takkan nak letak jawatan
mana la tau jumpe prospek yg lebih bek.. 🙂
hehe….sayang tu… =)
p.s-ada baca mereka yg kerja sudah besar, sanggup menjadi full time blogger (atapun IM), tapi selepas bersedia dgn begitu baik
sblom menjdik blogger mereka dah ade ass yg kukuh supaya kendian hari x sesal… 🙂
bagi aku berblogging sekadar hobi aje..iklan-iklan yang aku letak di blog tu, sekadar nak cantikkan blog. kadang-kadang 2-3 minggu sekali baru aku tengok berapa earning yang masuk…kalau masuk alhamdulillah, kalau 0 pun tak ada rasa apa-apa..
kalo sbgai hobi dapat kepuasan diri dh cukup..:)
Bagi mak, untuk suka2 tu mampu la mak buat..nak buat sepenuh masa, tak layak kot. Mana ada org hadap blog mak ari2 woo
eceh..ramai gak yg lawat..jgn pdg rendah diri sendiri..hehe
kdg2 mengharap gak dpt jadi blogger berjaya ni..
impian semua blogger..cuma yg berani dan bersedia shja yg pasti berjaya..
Saya pernah terbaca satu artikel mat salleh. Dia kata, kalau dah ada kerja tetap, jangan berhenti untuk jadi blogger sepenuh masa. Bertindak bijaklah dengan setup sebuah syarikat besar-besaran. Kita cuma jadi pengurus sahaja. Orang lain yang akan menjalankan syarikat blogging kita.
beza mat salleh ngn kita bila diorg percaya leh jdikkan pekerjaan depa akan buat sehabis mungkin..kdg2 takut kita hangat2 tahi ayam jer..huhu
Setuju tak kalau saya kata blog berbahasa Melayu kurang sambutan dari berbahasa Inggeris? Bukan saya tidak patriotik, cumanya hakikat pencari maklumat yang boleh berbahasa Inggeris lebih ramai dari yang pandai berbahasa Melayu. Bagi saya, kalau nk berhenti kerja n jadi blogger sepenuh masa, at least salah satu blog yang kita ada jadikan ianya blog yang berbahasa inggeris penuh supaya kita dapat menempatkan blog kita di peringkat global. trafik lebih bnyk, kadar sewa pengiklanan lg naik bukan? oleh itu, kalau sesiapa nak jadi blogger sepenuh masa macam blogger JustKhai.com yg mampu beli kereta sebijik dgn blogging berbahsa Melayu penuh, teruskan usaha itu. Cuma bagi saya lah, kalau nak berhenti kerja dan memperolh pendaptan lumayan macam org putih, bina blog berbahasa global supaya kita dapat tarik minat seluruh dunia. Kalau nak pendapatan lumayan dgn blgging bahasa ibunda, komuniti pembaca hanya setempat itu sahja. tak luas. Jadi, tentu susah nak hidup mewah as a blogger macam Yaro Starak dan Darren Rowse, betul tak? tu pendapat saya lah, peace
Mmg setuju, pengguna bahasa melayu didunia ni pon berapa kerat jer nk dibandingkan penggunaan bhasa inggeris..mempelbagaikan ruang bisness utk blogger spnuh masa mmg menjadi kepastian..kita tidak boleh meletakkan telur didalam satu bakul sahaja..jika jatuh semuanya akan pecah..
kita boleh buat blog lain sbgai backup menyokong pendapatan kita..sbb blog personal agak luas skopnya..manakala kedai online, affiliate dsb mmg fokus utk menjana pendapatan tambahan selain pengiklanan..
Kita buat dwibahasa 🙂
aku masih berusaha jadikan blog ni pendapatn sampingan untuk pelajar macam aku 🙂
student mmg ade leh jdik full time blogger..hehe
Bagi yg bekerja, cukup sekadar blogging sbg hobi @ side income je. Jangan terlalu cepat terpengaruh dengan promosi2 dr internet. Salah percaturan, kerja ke mana, blog ke mana? Haru dibuatnya. 🙂
yela..kene teliti btul2 setiap aspek sblum wat keputusan..
hehe..aku dah bosan jadi blogger sepenuh masa..
hehe..series ker??
nak pindah jawatan ke?
haha..xder la..terfikir kalo nk jdik blogger spnuh masa…mmg kene byk perancangan..
saya dah bukak syarikat…jual brg on9.. punya la bersemangat kan~ heheheh
pergh..mesti msyuk kan..hehe
sekadar separuh masa boleh la..ehehe..
yela..x ramai yg boleh full time..mmg payah juga.. 🙂
Program Affiliate ada untungnya bro. Sekarang ni aku buat utk domain, InsyaAllah rakan2 yang perlukan khidmat setup hosting+domain+wordpress ley hubungi aku. Pakej terbaik aku sediakan.
http://goo.gl/7RiwZ
Guna kupon kod ni:eic52837
Bgus la..nnt aku tlg promote kan.free jer.. 🙂
Bro,tq sgt². Siap 1 artikel khas lg tu.