Bagi mereka yang sudah lama berkecimpung dalam dunia Blog, memindahkan domain lama ke domain yang baru adalah salah satu perkara yang menakutkan. Ada diantaranya berjaya, ada juga yang menyesal kerana memindahkan domain tetapi banyak pula masalah yang timbul. Walaubagaimana pun, jika akaun hosting kita mempunyai fungsi ‘addon domain’, ia sebenarnya sangat mudah dan cepat serta menjimatkan seperti di dalam entri ‘Memilih Hosting Paling Jimat‘. Tips ini hanyalah untuk pengguna WordPress sahaja.

Beli Domain
Langkah yang pertama kita haruslah membeli domain yang baru dahulu sebelum proses pemindahan dilakukan. Setelah semuanya selesai, kita harus semak semula ‘name server’ yang digunakan sebelum boleh dilawati secara online. Kebiasaanya syarikat hosting akan menggunakan tetapan ‘default’ dan tidak perlu untuk di ubah apa-apa melainkan jika kita ingin menggunakan Cloudflare dan sebagainya.

Addon Domain

  1. Pilih ‘addon domain’ didalam CPanel.
  2. Isikan domain dan maklumat-maklumat diperlukan seperti didalam gambar dan siap.

Pindah Fail

  1. Pilih File Manager di Cpanel. Kita akan dapat melihat satu fail baru ‘JebengOtai.com’ didalam sistem pengurusan fail.
  2. Salin atau ‘copy’ fail-fail wordpress di dalam domain lama (JebengOtai.co.cc) kedalam domain baru (JebengOtai.com). Kita tidak perlu download atau ‘backup’ dan domain lama masih beroperasi seperti biasa. Cara ini memang menjimatkan masa.

PhpMyAdmin

  1. Pilih phpMyAdmin di Cpanel dan pilih database domain lama untuk disalin ke database yang baru.
  2. Pilih menu ‘Operation’ dan isikan seperti gambar di bawah.

Edit Database

  1. Setelah selesai, pilih menu ‘localhost’ untuk melihat database baru tadi.
  2. Pilih database tersebut dan masukkan maklumat baru untuk digunakan didalam domain baru.
  3. Pilih Table berikut
    • wp-user : Tukar user url kepada domain yang baru, http://jebengotai.com
    • wp-options : Tukar site url kepada domain yang baru.
    • wp-options : Tukar url home kepada domain yang baru.

Database User

  1. Reka user baru dan password didalam MySql Database di Cpanel.
  2. ‘Assign’ user baru dan beri kebenaran untuk menggunakan database yang baru sahaja dibuat sebentar tadi.

wp-config.php

  1. Pilih FileManager dan terus ke fail domain baru.
  2. Edit wp-config.php dan isikan maklumat database,user dan password seperti didalam gambar.

JebengOtaiβ„’
tp kene backup jugak la..mana la tau kan..huhu πŸ™‚