Setelah sekian lama akhirnya PPSMI dihentikan. Banyak kekurangan berbanding kebaikkkan menggunakan sistem ini. Apa pun sebenarnya kita perlu lagi Bahasa Inggeris untuk berhubung dengan negara asing luar dari Malaysia dalam urusan perdagangan, diplomatik dan sebagainya. Entri kali ini adalah bukan ulasan berkenaan dengan PPSMI atau Bahasa Inggeris tetapi ingin berkongsi satu pengalaman yang menakjubkan pada hari semalam ketika saya pulang dari kerja.

Restoran Jalan-Jalan

Setelah hampir 2 minggu makan makanan segera sahaja disebabkan kesukaran mendapat makanan halal, kesihatan kami makin lama semakin menurun. Tiada serat dan nutrisi tambahan menyebabkan kami mengalami masalah penghadaman dan ulser mulut. Selain itu mata kiri saya bengkak kerana mungkin disebabkan oleh gigitan serangga atau alahan pada makanan yang saya makan. Ketika berikhtiar mencari gizi lengkap, saya terjumpa sebuah restoran yang lokasinya agak tersorok dan amat mengejutkankan saya ialah nama restoran itu Restoran Jalan-Jalan. Siapa sangka Bahasa Melayu digunakan sehingga ribuan batu diluar gugusan kepulauan Melayu. Kesimpulannya kita perlulah mencintai bahasa kita dan dalam kesederhanaan kita mempelajari bahasa lain. Tidak perlu taksub menggunakan hanya satu bahasa kerana kita akan rugi satu masa kelak.

JebengOtai

6 Replies to “Bahasa Melayu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge