Sejak kebelakangan ini saya mula dilanda kesibukkan kerja di pejabat dan juga membantu rakan niaga Butik M7 mengiklan, menjual dan membuat perancangan bagaimana ingin berkecimpung dengan lebih serius dengan perniagaan secara online ini. Ketika ini saya akui saya tersilap langkah kerana sambutan yang diterima agak menggalakkan. Pada masa yang sama saya perlu membuat tugasan yang diberikan di pejabat. Amat memenatkan jika kita perlu menghantar pakaian yang dibeli secara online melalui kurier atau pos. Kita sebenarnya tidak perlu berhenti kerja untuk menjalankan perniagaan ini. Bagi perniagaan online seperti menjual pakaian ini, ada beberapa langkah yang boleh diambil untuk mempersiapkan diri sebelum memasarkan produk yang ingin kita jual dan pada masa yang sama kita boleh bekerja seperti biasa. Strategi ini hanyalah idea saya sahaja. Mungkin ada idea rakan-rakan blogger yang boleh dikongsi bersama untuk menceburkan diri dalam perniagaan secara online.

Tips Perniagaan Online :Memilih Pembekal
Salah satu faktor yang perlu difikirkan. Memilih pembekal yang boleh memberikan harga terbaik untuk kita sebelum kita dapat menjual produk-produk yang berpotensi. Sebenarnya jika kita mempunyai modal kita boleh membeli dengan banyak produk yang dikenalpasti boleh dijual. Selain itu beberapa faktor lain seperti margin keuntungan, jarak lokasi pembekal, variasi produk, kumpulan sasar dan lain-lain lagi harus dipertimbangkan.
Tips Perniagaan Online : Memilih Penghantar
Baru saya tahu, kita boleh meminta PosLaju untuk ‘pickup’ parcel atau bungkusan pelanggan dari premis kita tetapi perlu mempunyai akaun untuk proses mengambil dan menghantar. Cara begini sangat bagus kerana kita tidak perlu pergi Pejabat Pos yang tentunya sesak pada waktu puncak, ataupun kourier yang terdekat. Kita juga boleh meminta mereka untuk datang ke pejabat kita untuk memudahkan semua proses penghantaran produk kepada pelanggan. Jika tidak berminat dengan Poslaju, kebanyakkan syarikat kourier ada menyediakan perkhidmatan ‘pickup’ parcel ini. Cara ini memang menjimatkan kos ‘tidak sedar’ seperti minyak petrol, masa dan lain-lain.
Tips Perniagaan Online : Pemasaran
Berbagai cara boleh dipraktikkan untuk memasarkan produk. Dari Facebook sehinggalah projek 100 tshirt dragon yang ingin saya berikan kepada komentator paling tegar bermulanya pada bulan Ogos ini. Komentator paling banyak akan dihadiahkan sehelai t-shirt M7 Dragon yang pernah ditaja oleh saya pada Giveaway JebengOtai yang lepas. Pemasaran yang baik dan cekap boleh menarik minat sesiapa sahaja. Bermacam-macam taktik lagi seperti menggunakan Adwords, affiliates, tawaran ‘dropship’ dan sebagainya untuk melariskan jualan. Sebenarnya kita perlu bersedia dari segi mental dan fizikal kerana taktik yang betul boleh menarik perhatian ramai. Salah satu menjadi kriteria menjadi orang berjaya ialah pandai menguruskan masa kerana masa tidak menunggu kita. Kita sudah tentu tidak mahu yang dikejar tidak dapat yang dikendong keciciran.
knp ni.
smugle2..hehe
yeah.. leeza dah boleh komen erk.
aah…dh x guna anti spam dah..hehe
Bentuk perniagaan dropship menarik juga.
aah bro..hanya crik sales jer.. 🙂
dropship blh tahan sy dh cuba beberpa bulan nampk hasil juga
mest gempak nya sales ni..hehe
penat.. takpe bro.. yang penting hasilnya berbaloi 🙂
btul2..cuma kene balance dgn kerja skang jer..dh dpt tune br leh pecut..hehe
ko jual kat pasar malam pun boleh maa. harga mahal pun..kalau kain bagus..promosi bagus..ayat kacak..rm100 sehelai pun leh jual maa..
betul jugak cakap bro titan tu…
mmg plan mcm tu..tp bln pose ni mcm x smpt la..huhu
sempat ke tidak. dari ko aje. haha..
btul2..hehe
wah tu dia bro tlh kelurkan kitab muluknya
uih..kitab syok sendiri ni..hehe
tapi make sure branding JO setanding untuk dipasarkan disana. Sudah tentu JO telah memikirkan standard dan target konsumers. Jika tidak memilih menjual untuk branding, it’s ok.. jika JO dah strategise to higher level, kena fikirkan juga. Senang cerita, up market atau yang sedang2 sajaaaa…
msih dlm proses membentuk asas yg kukuh..lepastu bru push branding.. 🙂
bagus perniagaan online ni..
saya masih terkial-kial ni
sama la bro..sama2 mengkaji cara mana yg terbaik..hehe
paling penting ‘USAHA’ kan?
dan berdoa
yg tu mmg kene ada.. 🙂
tahniah bro, bergerak selangkah lagi
cuba2 jer..kalo ade bisness sendiri mcm best la..huhu
Maju selangkah lagi nampaknya. Kena fahami selok belok perniagaan ini untuk terus maju.
btul..kdg2 mknmasa juga utk dptkan pengalaman..hehe
Semoga Berhasil PErniagaannya tuan, berusaha dan berdoa
terima kasih ya.. 🙂
wah bisnes ko ya bro.. semoga terus sukses dalam perniagaan
perkara macam ni nanti2 biasa la.. ehehe
hmm dan2.. boleh mintak pos laju ambilkan. akaun apa tu?
Kalau tak silap aku, bukan akaun ngn pos laju…nanti bila dah ada akaun, dia datang kutiplah barang yg kita nak hantar tuh =)
aah btul bro hafizmd ckp tu..anytime jer kita leh suro die pickup..hehe
Wah! Tahniah…
Teringin jugak nak buat online business..tapi taktahu apa.. Huhuhu
erk..apa2 produk yg mummy minat nk jual..salah satu tips donald trump ialah kita kene suka dgn produk yg kita nk jual..bru ade ‘feel’..hehe
mak x pernah meniaga online nih so mmg zero la bab tips2 nih..Tumpang ilmu jebeng lg ada la. Moga semakin bertambah rezeki jebeng seiring dgn usaha gigih yg dlakukan ya..
samlah kita maknya, tumpang sini jer…hihi
sy pon msih blajar lagi..yg ni pon main redah jer..bila dh ade mslh bru la terfikir tips2 ni..hehe
Ambe nak kasi tips mmg tak tau..tp ambe doakan JO n the geng berjayalah hendaknya…ameen
p/s-nak meniaga, tak perlu pejabat cantik segala bagai, belakang opispun boleh jalan =) terbaik!
Asalkan betul caranya jalan la kan 🙂
btul caranya dan halal.. 🙂
Dalam business nie… Pembekal tu aku boleh ibaratkan sebagai Isteri kedua… Pembekal pula tak boleh stuck dengan satu pembekal… 🙂
yela..kene banyak supply…sapa yg ag murah..kita gak yg untung..dlm kes sy xder supply len dah..mmg produk mutiaramotor..huhu
Doorship senang ..
yela puan bee..dok rilek promote brg jer..bulan2 income masuk..huhu
nak buat ni kena cekal lagi waktu nk hantar by pos hehehe..:)
aku ada pengalaman skit dalam hal nie..:)
yela bro..kene time jem mmg letih..skng ni slalu nek motor..sng nk pi hntar..hehe
Tips perniagaan yang menarik bro..
idea jer..mungkin rakan2 yg berpengalaman boleh kongsi2kan sikit..hehe
Pernah terfikir, suatu hari nanti macam nak buat perniagaan online jugak..huhu..
Jual jersi bola mesti laku 😛
aah..nk2 kalo piala dunia..mmg meletops.. 🙂
Itu la kan..huhu..
Pasal kena ada akaun tu macam mana eh? masih tak faham..
register akaun dgn kurier atau pos laju..lepas tu call diorg utk pickup brg..bila ade akaun sng nk kira2..xyah la nk bg duit time die pickup..huhu
Owh, mudah jugak kalau macam ni..terima kasih 🙂
Cuma bro, pengalamn dengan pos nih, kena folo up juga melalui talian. sebab pernah berlaku dalam beberapa bulan yang lepas dokumen penting lewat sampai 6-7 hari. kalau sekali takpe juga, sampai 3-4 kali garu kepala sekejap. perlu pantau. Bagi kurier memang takda masalah, cuma kena banyak survey kerana harga masing2 berlainan. mahal sikit janji kustemer happy.
owh mcm tu ker?..hharap2 branding baru pos laju ni lebih mantop..kalo ade mslh delivery mmg sakit gak la..
pastikan bagi perkhidmatan yg terbaik
pormosi buah mulut paling terbaik..:)
sy kureng skit promosi mulut ni..xder skil..hehe
Perniagaan online kalau kena caranya boleh mendapat order secara mendadak dengan tiba-tiba.
btul bro..nak2 time tu kita pon bz ade keje kat opis..mmg terkejar2 la..
tips dan idea yang sangat baik. thanks bro
sy pon masih belajar lagi..ni pon ujikaji yg sy dpt.. 🙂
memang betul pos laju akan ambil depan pintu
Apalagi jo buatlah akaun dengan poslaju
rasanya kene dftar syarikat..br leh ade akaun dgn poslaju..nk tnya lgik kat depa ade x personal akaun..hehe
dropship perniagaan paling senang, tapi byk risk. tp smua bisnes ada risk.
yela..kalo x der risk..xder feel..hehe
kalau takda risk, bukan niaga namanya heee…
setuju bab masa tuh, kena pandai bhgi. saya pun kelam kabut, calendar sentiasa ada kat meja tkt tlepas deadline. baru tau jgk psl pos laju tuh kat sini.
mmg ade..sy rasa pos laju skng antara yg terbaik..
Buat bisnes sampingan ni memang bermusim ( ada naik & turun ). Kalau kena time sibuk ngan kerja hakiki pastu bisnes pun kencang, boleh haru biru dibuatnya kalau tak diurus betul2… btw, selamat berjaya ngan bisnes bro.
btul..harap2 die terus meningkat la..hehe
tips yang sangat berguna memandangkan dah ramai yang buat perniagaan online 🙂
cuba la..dh tau caranya pasti senang..mmg jimat kos.. 🙂
btul2..perniagaan online mmng sangat untung dan senang..
skrg gunakan fb je dh senang nk dpat sale..
Adab & Perkara penting semasa melakukan persetubuhan…
aah..fb tu salah satu medium pemasaran juga.. 🙂
kalau kena caranya memang lumayan kerja ecommerce ni..
cuma kene ready mental dan fizikal jer..sanggup atau x..hehe
idea yang baik.. kalau dipraktikkan dengan cara betul, mesti memberikan hasil yang baik juga..
kene ade step2 nya..kalo mcm sy ni ikut redah jer..tkut2 juga dt penat jer..untung ntah kemana..
t-shirt untuk pengomen paling tegar ade size 3 ke, 4 ke 5 XL tak? kaalau ade, saye komen tiap2 saat..hohoho
BEst nye leh niaga on9. try b4 ni kejap, ok je, tp makin malas sbb wat sorg2…hehehe
pling byk 2xl jer..huhu
kalau nak mintak poslaju datang tu kena ada company dulu ar ek? registered?.. sebab tempat aku praktikal ni pun,kilang yg memg company la kan. nak post surat memang ada poslaju datang amik sampul tu.
sy bru dpt info td..kene register ssm dan deposit kalo x silap RM500..tp leh call anytime..siang je la..hehe 🙂
Berminat juga nak buat perniagaan secara online,..
dimana ade kemahuan..disitu ada jalan.. 🙂
bagi saya, strategi marketing paling asas sekali ada spiritual marketing. Boleh tulis buku pasal hal ni untuk explain panjang.
mungkin byk lagi dipelajari pada masa akan dtg.. 🙂
banyaknye baju. thanks for the tips
sama2..pengalaman pertama berniaga ni..huhu
Buat fanpage lepas tu jual kat fb pun masyuk bro 😀
Memang banyak ragamnya. cz memang jual Kain Pasang via online gak huhu