Tidak terlambat untuk saya ucapkan selamat tahun baru kepada semua pengunjung JebengOtai.co.cc. Seminggu sudah kita di tahun 2012, berbagai isu-isu yang kurang enak didengar di ruang blogosphere kini. Salah satu diantaranya isu Nur Amalina Che Bakri yang dikatakan hidup terlalu bebas bersosial di luar negara. Tapi betulkah gambar-gambar tersebut kepunyaan adik Nur Amalina Che Bakri ? Entahlah,saya pun tidak pasti benar atau tidak didalam gambar tersebut ialah Amalina. Apa pun adik Amalina telah membuat video tentang isu yang dibangkitkan.
Saya akui, hidup diperantauan banyak dugaan. Pengalaman berada di perantauan membuat saya mengerti mengapa ‘kejutan budaya’ ini berlaku. Hidup seorang diri di perantauan membuatkan kita lebih mudah terpengaruh atau terikut dengan budaya asing. Disana kita bebas, tiada siapa yang mengingatkan kita. Saya tidak menyokong atau menyalahkan adik kita, jika ada peluang ke luar negara kita akan alami sendiri betapa bezanya dengan budaya negara kita, Malaysia. Kadangkala, ia mampu mengubah pendirian seseorang kepada sesuatu yang baik atau sesuatu yang lebih buruk kerana manusia mudah lupa.
Bertuahnya kita hidup di Malaysia, ada badan-badan kerajaan yang memantau pusat-pusat judi, kelab-kelab malam dan lain-lain lagi. Malah ada juga kerajaan negeri mengeluarkan arahan pusat hiburan tidak boleh beroperasi pada bulan Ramadhan. Berbeza dengan negara yang pernah saya lawati, dimana majalah-majalah yang tidak senonoh boleh dijual disamping suratkhabar apatah lagi rancangan berunsur lucah yang mudah diperolehi.
sumber : Jejak Trend
sekadar untuk renungan bersama..
setuju dengan apa yg kau nukilkan
yela..kdg2 kesian juga kat dia.. moral nya jgn accept kawan di FB sesuka hati.hehe
sejauh mana pun kita pergi jika kuat iman di dada
insyaAllah tiada apa yang mengubah segalanya…
Contoh banyak di sekeliling aku.. adik dan ipar2.
Alhamdulillah.. tetap tertutup auratnya..
syukur..doa2 semua rakan-rakan kuat imannya.. 🙂
emm..apa yang saya harap..ramai orang akan insaf hendaknya..kita ni hidup tak lama..
yela..sambil berblog..sambil mengingati sesama saudara..
bukan setakat hidup di perantauan je..kadangkala bila seseorang remaja yg tidak pernah tinggal berjauhan dari keluarga,,akan berlakunya kejutan budaya ke atas diri mereka..mcm tmpat blaja chii dulu pun cukup la..sekadar di melaka je..tp yg kena kejutan budaya..mmg ramai..agaknya kalau jauh lagi dari malaysia..xtau ape jadi WA
kdg2 terlalu ikut rakan sebaya menjdi faktor juga..pandai2 lah jg diri 🙂
dengan zaman sekarang,remaja kalau dah tengok benda lain dari yang lain sikit .mula laa ..jadi “perak” ..senang2 ja nk ikut ..susah laa..kalau pegangan agama tu lemah ,habis lah…
kdg2 x bleh salahkan mereka 100%..biasalah remaja baru nk mengenal erti kehidupan..kita harus bimbing mereka..
bila berjauhan memang banyak dugaan…kuatkan iman
time tula kita diuji sejauh mana iman kita.. 🙂