Kamera Fujifilm X-Pro 1

Saya amat meminati fotografi. Impian memiliki sebuah kamera Dslr membuak-buak dari masa ke semasa kerana teknologi semakin lama semakin canggih dan amat mengujakan. Baru-baru ini, Fujifilm telah mengeluarkan sebuah lagi kamera terbarunya selepas X10 dan X100. Seperti Nikon, Fujifilm merupakan salah sebuah syarikat yang agak ‘ otai ‘ didalam penghasilan perkakasan fotografi dari filem sehinggalah lensa untuk dslr.

Entri kali ini adalah berkenaan dengan sebuah syarikat yang mengeluarkan kamera ‘ mirrorless interchangeable lens system ‘ untuk pertama kali bagi memenuhi trend terkini kamera kompak yang dapat menangkap gambar sama seperti SLR biasa. Kamera ini terhasil hasil dari maklumbalas dari keluaran kameranya yang lain seperti X10 dan X100. Ramai diantara pelanggannya memberi respon yang berbeza sama ada positif ataupun negatif. Namun begitu Fujifilm menganggapnya sebagai bahan rujukan bagi mereka untuk memahami kehendak pelanggan mereka sebelum sesuatu produk itu dihasilkan.

Demi menjaga kepuasan pelanggan, berbagai inisiatif diambil. Kamera Fujifilm X-pro 1 telah direka berdasarkan maklumbalas tadi. Antara maklumbalas dari pelanggan adalah seperti kedudukan butang yang rasa seakan-akan plastik telah diubah kepada butang yang lebih besar serta mudah dan selesa digunakan. Pendekatan ini sangat berkesan untuk memahami kehendak pelanggan masing-masing.

Syarikat-syarikat besar di Malaysia seperti TM,Astro,Celcom dan lain-lain lagi seharusnya mencontohi Fujifilm dengan mengambil pendekatan yang serupa. Rata-rata rakyat Malaysia tidak berpuas hati dengan apa yang mereka bayar untuk perkhidmatan yang diterima. Satu standard perlu dibentuk bagi menilai khidmat yang diberikan berbaloi dengan bayaran yang dikenakan dan bukannnya hanya mengambil untung semata-mata.

JebengOtai™
Jgn terkejut..harga mungkin 5k 🙂

Sumber : Dpreview 

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 12 Comments

  1. JebengOtai

    kalo dpt ni..mmg best

    tido pon tersenyum 🙂

    1. JebengOtai

      dijangkakan sekitar RM5k.. hehe 🙂

      body alloy magnesium..mmg ptt mahal..

  2. chii

    wahh..mahal gak eh harganya..tp kalo dpt angkat 1..memang terbaik la

    1. JebengOtai

      mmg mahal..tp bg yg gemar kamera rangefinder..mmg ini sesuatu yg dinantikan 🙂

    2. akubiomed

      Mahal lah lebih ambil kamera DSLR pada harga 5k sudah boleh beli kamera DSRL yang profesional.

      1. Jebeng Otai

        btul..tp kalo dri segi saiz..mmg ini yg berbaloi.. lgpun lens telephoto die aperture 2.0..harga x mahal cam standard lens aperture yg sama utk slr 🙂

  3. anif

    Rasanya dalam kategori mirrorless interchangeable lens system ni, yang paling mampu untuk dimiliki ialah Olympus PEN E-PL1.

    Harap selepas ini ada lebih banyak pilihan pada pengguna dengan harga yang berpatutan..

    1. JebengOtai

      tp e-pl1 ade disadvantage..lagging bila memilih custom mode..

      kamera mirrorless ni dah mkin banyk..nikon pon dah ade kuarkan kamera ni dan persaingan dari super compact cam G-12x, X100..maybe harga akan drop

      1. JebengOtai

        cuma unik nya…xperlu bli evf..dn boleh letak slot utk flash..sbb dh built in viewfinder.. 🙂

        lain2 mirrorless x dak..

  4. apaajanews

    bila sampai bab harga tu…yg terkedu sikit

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.