Bahasa Melayu

Setelah sekian lama akhirnya PPSMI dihentikan. Banyak kekurangan berbanding kebaikkkan menggunakan sistem ini. Apa pun sebenarnya kita perlu lagi Bahasa Inggeris untuk berhubung dengan negara asing luar dari Malaysia dalam urusan perdagangan, diplomatik dan sebagainya. Entri kali ini adalah bukan ulasan berkenaan dengan PPSMI atau Bahasa Inggeris tetapi ingin berkongsi satu pengalaman yang menakjubkan pada hari semalam ketika saya pulang dari kerja.

Restoran Jalan-Jalan

Setelah hampir 2 minggu makan makanan segera sahaja disebabkan kesukaran mendapat makanan halal, kesihatan kami makin lama semakin menurun. Tiada serat dan nutrisi tambahan menyebabkan kami mengalami masalah penghadaman dan ulser mulut. Selain itu mata kiri saya bengkak kerana mungkin disebabkan oleh gigitan serangga atau alahan pada makanan yang saya makan. Ketika berikhtiar mencari gizi lengkap, saya terjumpa sebuah restoran yang lokasinya agak tersorok dan amat mengejutkankan saya ialah nama restoran itu Restoran Jalan-Jalan. Siapa sangka Bahasa Melayu digunakan sehingga ribuan batu diluar gugusan kepulauan Melayu. Kesimpulannya kita perlulah mencintai bahasa kita dan dalam kesederhanaan kita mempelajari bahasa lain. Tidak perlu taksub menggunakan hanya satu bahasa kerana kita akan rugi satu masa kelak.

JebengOtai
Saya dan rakan memesan Nasi Goreng di restoran ini. Rasa seperti nasi goreng di Malaysia cuma yang berbezanya adalah harganya RM60 sepinggan..amat mengejutkan, saya rindu masakan mak saya.. 🙁

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 6 Comments

  1. faiz

    tula..jgn terlalu memandang tinggi dgn bahasa org lain..

    1. JebengOtai

      Btul2..walaupun hanya satu perkataan bahasa melayu..tp bangga gak la..hehe

  2. Norfa

    bangga bangga..

    1. JebengOtai

      hehe..mestilah bangga..identiti bangsa di bumi asing..

  3. titan

    banggalah dengan bahasa ibunda kita sendiri. Yehh!

  4. apaajanews

    bangsa asia negara lain tak malu bercakap dengan bahasa mereka sedangkan kita sendiri meminggirkan bahasa ibunda

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.