Selepas janji ‘pendidikan percuma‘ diberikan, kini PR berjanji ingin mengurangkan harga kenderaan di Malaysia dengan meletakkan duti eksais pada kadar paling minimum untuk dinikmati rakyat Malaysia. Isu ini timbul setelah ramai yang berpendapat mengapa harga kenderaan tempatan mahal walaupun dijual kepada rakyat Malaysia sendiri. Harga kenderaan yang mahal adalah disebabkan duti eksais atau cukai dikenakan kepada kenderaan bermotor di Malaysia samada import mahupun buatan didalam negara. Jika PR berjaya didalam PRU13, harga kereta tempatan akan berlegar di sekitar RM30,000 manakala kereta import pula sekitar RM50,000. Dengan pengurangan harga ini, rakyat yang berpendapatan rendah mampu memiliki sebuah kereta untuk keperluan dan kegunaan keluarga. Saya sudah tentu menyokong idea yang dibawa PR ini. Tetapi adakah idea ini betul-betul bermanfaat kepada kita sebenarnya?

duti eksais

Duti Eksais : Beli Barangan Tempatan

Ini hanyalah pendapat peribadi sahaja kerana saya sendiri pun tiada kelayakan berkaitan dengan ekonomi. Mungkin ramai yang akan mengatakan saya gila menyokong harga kereta mahal. Tiada siapa pun yang mahu membeli kereta mahal dengan kualiti sederhana. Pengurangan duti eksais ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada negara. Jika harga kereta di Malaysia diturunkan kepada paras minima, kita tetap akan membeli kereta import yang lebih mahal dari kereta tempatan. Siapa yang tidak mahu kereta Honda, Suzuki, Mitsubishi, BMW dan lain-lain dijual pada harga rendah yang kualitinya lebih bagus sedikit dari kenderaan tempatan. Lebih ramai yang membeli produk luar, lebih banyak matawang kita mengalir keluar negara. Terlalu banyak aliran ini boleh menyebabkan inflasi dan memberi kesan negatif kepada negara kita. Kilang-kilang kereta tempatan terpaksa bergelut dengan mengurangkan kos operasi. Ribuan rakyat Malaysia yang lain pula berisiko akan diberhentikan kerja. Kesan domino ini akan melarat kepada institusi masyarakat, keluarga dan individu. Kes jenayah dan isu keselamatan pula yang meningkat. Jika kita mementingkan diri, pasti kita akan cakap apa kaitan isu duti eksais dan kehidupan masyarakat setempat? Biarlah mereka, yang penting saya dapat membeli kereta murah dan tidak menyusahkan orang lain.

Duti Eksais : Dana

Pendapatan negara sudah tentu berkurangan. Dana ini menguncup dan pihak bank akan mengetatkan lagi pinjaman. Berkemungkinan faedah akan menjadi lebih tinggi dari sekarang. Disebabkan harga kenderaan murah, pastinya akan ada peraturan pelupusan kereta yang melebihi tempoh. Mungkin setiap selang sepuluh tahun kita akan bertukar kereta baru. Kita akan terus berhutang sampai bila-bila. Jika peraturan ini tidak dibuat, mungkin pasaran automotif berada dalam keadaan ‘stagnant’ atau tidak bergerak kerana jika sudah memilik Mitsubishi Lancer, pasti kita sudah puas hati dan tidak mahu tukar kereta lagi. Lambakan kereta dipusat jualan pastinya mempengaruhi ekonomi semasa. Manakala harga semasa kereta terpakai akan jatuh mendadak. Bayangkan tiada yang ingin membeli kereta lagi, pusat jualan ini akan ditutup dan ramai akan menganggur. Semakin tinggi pengangguran memberi gambaran bahawa ekonomi tidak sihat. Harga kereta lelong akan jatuh merudum dan tersadai. Pihak bank akan mengalami kerugian hutang tidak terbayar. Sebab itulah mengapa kadar faedah ditinggikan untuk menyerap kos kerugian tersebut.

Duti Eksais : Insurans dan Cukai Jalan

Baguslah jika kadar insurans dan cukai jalan sama selepas penurunan harga kereta. Jika ianya dinaikkan pasti ianya mempengaruhi pembelian kereta baru di Malaysia. Kita selalu terlepas pandang dan membandingkan harga kereta diluar negara lebih murah, tetapi sudahkah kita membandingkan kadar insurans kenderaan di luar negara? Jika peraturan pelupusan kereta dilaksanakan, kita tetap akan membayar insurans yang mahal ini untuk pembelian kereta baru setiap tahun untuk setiap kereta yang kita miliki, Wal balik wal asal, ianya tetap sama sebelum kereta diturunkan harga. Mungkin ianya lebih membebankan pengguna dan rakyat Malaysia.

Jebeng Otai™
Hanyalah pendapat, tiada fakta disertakan..
Tagged with:
 

116 Responses to Duti Eksais : Harga Kereta Murah Selepas PRU13

  1. jebengotai says:

    kalo isu harga rumah..kompem sy sokong..huhu

  2. yas says:

    Satu kupasan yg terbaik dr bro jebeng otai….takkan semudah abc saja nk tetiba turunkan harga kereta…hehehe

    #Gomen pun kurang masyuk bila cukai diturunkan….tp sblm tu PR kena tunaikan janji semasa PRU12 di Selangor dulu. Banyak janji tak tertunai…..
    yas recently posted..Bekas Isteri Hattan Saman Blog HiburanMy Profile

  3. nurmisnan says:

    Bagus tuh tapi buktikan dulu baru percaya…
    nurmisnan recently posted..UFO berlegar2 di SunwayMy Profile

  4. Denaihati says:

    janji manis biasa je rasanya. mudah mudah nak terus implement, macam2 excuse ada nanti.
    Denaihati recently posted..Olimpik London 2012 update terkiniMy Profile

  5. eiela says:

    tak tau lah camne, kalau kurang yg ini selalunya yg lain plak dilebihkannya nanti.

  6. titan says:

    susah nak turun melainkan negara tetiba jumpa lombong petrol kat mana-mana untuk bekalan beratus tahun lamanya..
    titan recently posted..Pakcik Alexa dah benci aku.My Profile

  7. Blog Asyraf says:

    Janji perlulah ditunaikan..lepas ditunaikan, janganlah mengungkit pulak hehe..
    Blog Asyraf recently posted..Logo Hari Merdeka Ke 55 Ditukar Kepada Logo 1MalaysiaMy Profile

  8. Blog Asyraf says:

    Mungkin ini hanyalah janji PRU13..
    Blog Asyraf recently posted..Logo Hari Merdeka Ke 55 Ditukar Kepada Logo 1MalaysiaMy Profile

  9. muazfaris says:

    wahhh, semoga turun la harga nye. dpt gua grab satu..
    muazfaris recently posted..Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran MalaysiaMy Profile

  10. Hafizul says:

    Emm aku baru beli motor bajetnya nak kurangkan duit minyak kereta..bagus la kalau betul terjadi apa yang dikata tu..boleh aku pakai bmw 5 series..hahaha

  11. MDHAFiZ.NET says:

    Hehehe.. malas la aku nak komen byk …klu aku komen pedas2 nanti ada pulak yg marah kt aku x sokong Melayu/Malaysia/Proton.. org mcm aku yg tinggal kt pinggiran Malaysia ini cuma mampu berangan je lah nak kereta Audi, Volkswagen, Ford, Kia, dan Hyundai selagi aku kt Malaysia nih.. .klu kt Brunei & Indonesia even Thailand senang2 je nak beli Toyota Vios & Camry. dh mcm kereta Proton Waja lh pulak.. tp bila tiba kt Malaysia.. mak datuk.. .x mampu abg. …bergetar tangan nak angkat toyota vios 2nd 68k. Btw..Teruskan sokong Kereta Buatan Nasional!! Janji Ditepati Kini Masa Utk Balas Budi. .. kena ingat tu ye tuan-tuan… .hehehhehe… .
    MDHAFiZ.NET recently posted..Malaysia Vs Manchester City (Manchester City Asia Tour 2012)My Profile

  12. Kalau saya tidak silap, ia akan diturunkan secara berperingkat. Ada pro dan kontra akibat penurunan itu. Asalkan semua hasil kembali kepada rakyat dan tidak merugikan negara apa salahnyakan? :-)
    Fahmi Raazali recently posted..“Semoga Itu Adalah Yang Terbaik Buat Kamu…”My Profile

    • jebengotai says:

      btul..yg penting mekanisma yg mcmane digunapakai..harga mmg boleh turun..masalah berkait seperti insurans adakah ianya kekal seperti sekarang atau berlainan..yela kereta 2000cc mesti ramai yg nk test power.. :)

      begitu juga dgn kereta yang dah lama..wajib lupus atau pun tidak untuk elakkan pasaran automotif stagnant..mcm2 ag..

      kalo diterangkan dengan jelas kadar insurans sama, tiada pelupusan kereta dan lain2 perkara..saya 100% setuju.. :)

  13. Juan says:

    saya lebih suka jika harga rumah yg turun, ehhehe, kereta boleh jadi besi buruk, kalau rumah, kita kehilangan kerja pon boleh lagi hidup berbumbung dan bermamamkan nasik serta berlaukkan ikan masin, hehehe
    Juan recently posted..Ramadhan Buffet – Evergreen Laurel Hotel PenangMy Profile

  14. shraqs says:

    AKu bab2 janji org politik skrg nih memang tak masuk dah. Malas aku nak layan, sebelum dapat,.. bolehla cakap macam2,.. dah dapat takkan macam2 jugak kot? :)
    shraqs recently posted..Senarai 5 Vendor Yang Menguasai Pasaran Smartphone Market Share 2012 (2Q12)My Profile

  15. hatiputera says:

    kalau duti eksais diturunkan,,ramaila yang merasa pakai evo ori…bukan convert.hahaha.
    hatiputera recently posted..Buffet Ramadhan 2012My Profile

  16. irsah says:

    Harga hartanah bandar-bandar utama pulak naik mendadak, kecuali Johor. Selepas ini, isu rumah kot?

    p/s: Terasa bahang PRU dah dekat.
    irsah recently posted..Skandal Janda Ibu Tunggal Kasanova Masalah Moral SosialMy Profile

    • jebengotai says:

      isu rumah mmg dpt sambutan hngt..ade yg kata harga rumah melambung di selangor disebabkan isu pasir..dulu satu lori baru 200-300..skng dh cecah 800 selori..

  17. Cuba mana2 parti politik yang bertanding meletakkan dalam manifesto mereka akan menghapuskan semua tol di seluruh Malaysia jika menang dalam pilihanraya. Agaknya2 berani tak mereka?
    Azwan Muhamad recently posted..Berbuka puasa dengan melepas geram.My Profile

    • jebengotai says:

      sy x berapa pasti lah..mungkin jika dihapuskan kita terpaksa belanja 800 juta utk tampung kos selengara rangkaian lebuhraya setiap tahun..mmg idea yg menarik ttp sukar dilaksanakan..

      tp sy lebih suka idea mcmana nk jana 800juta dan bgunkan msyarakat pedalaman.. :)

    • rahman says:

      tol berapa kerat je merasa.. harga kereta satu malaysia merasa terutama yang gaji rendah.. kalau pengangkutan awam efisien kawan pun x mau naik kereta.. kalau pemandu empat roda semua berhemah.. nak naik moto pun tak takut..

  18. sollehahn says:

    sangat malas nak ambil tau pasal politik ni skang…tapi tak bleh nak lari, sebab keje pon dgn org politik…huhuh
    sollehahn recently posted..Tiada Jelly Bean untuk model 2011 : SonyMy Profile

  19. CtBou says:

    klu dapat di realisasi memang kebaikan untuk semua rakyat Malaysia..
    CtBou recently posted..Senarai 20 Barang Kawalan Sempena RayaMy Profile

  20. azman says:

    Aku mintak harga rumah jer kasi turun sikit,keta tu makin lama harga makin jatuh…he3..buatlah apa2 pun PR OR BN..janji kami rakyat selesa sudah.
    azman recently posted..Ramadhan Jangan MembazirMy Profile

    • jebengotai says:

      btul bro..rumah mmg penting skng ni..x kira sape2..yg penting dpt selesai kan isu harga rumah melambung tinggi..

      • rahman says:

        insyaallah.. kereta dulu.. pastu rumah.. sebab kereta ni barang lupus.. jadi kereta kene turun harga dulu.. biasanya pun org muda beli kereta dulu lepas tu baru rumah.. kalau harga kereta jadi harga sepatutnya.. lebihan wang tu boleh bayar ansuran rumah.. kemudian harga rumah bolehlah kita kawal pulak.. saya sokong harga rumah makin mahal..

  21. daddydee says:

    ada baik dan buruk nya…pendapat tuan memang benar…

    kalau harga kereta import turun memang tak pakai la kereta Malaysia…macamana proton dan produa nak survive nanti??

    memang kadar inflasi akan meningkat itu yang akan merisaukan…tak mahu saya nanti harga teh tarik pun jadi RM5…hehehehe

  22. onlajer says:

    yahoo class e atau 5 series hehe
    onlajer recently posted..Safety Breaker RCD AdaptorMy Profile

  23. anif says:

    Harga kereta turun? Banyak masalah lain yang bakal timbul nanti..
    anif recently posted..Kedudukan Pungutan Pingat Terkini – Sukan Olimpik London 2012My Profile

  24. kimmie says:

    ada baca juga tentang isu ini di suratkhabar. Mengikut penganalisis bank, kalau betul harga kereta turun, mungkin akan mengurangkan perkembangan bank dari segi loan yang mereka keluarkan. Bila sikit loan dikeluarkan, maka sikitlah untung bank dapat, mungkin ini akan memberikan kesan kepada pendapatan bank – bank tempatan. Macam yang JebengOtai cakap, saya pun bukan pakar ekonomi, mungkin banyak yang perlu dikaji oleh mereka sebelum membuat sesuatu keputusan.
    kimmie recently posted..Wordless Wednesday 32: Saya ada 2…anda bagaimana?My Profile

  25. akubiomed says:

    Tidak mustahil ada yang turun dan ada yang naik untuk mengimbangi kembali. Apa nasib kereta buatan tempatan mampu bersaing jenama yang sudah ada nama nanti?
    akubiomed recently posted..Contest Broframestone – reka dialogMy Profile

  26. chii says:

    xmo komen sgt…tp rasanya better turunkan benda yg lg penting berbanding kereta :)
    chii recently posted..‘First Giveaway Sempena Nuffnang Blogopolis Malaysia 2012′My Profile

    • jebengotai says:

      yela..tp rasanya die nk raih sokongan pengundi muda agknya..

      • rahman says:

        pengundi muda dan sudah berkeluarga.. sebilangan kecil yang berpendapatan tinggi sahaja yang menolak idea ini.. majoriti menyokong.. umpama nisbah 100:1?

        • jebengotai says:

          pada saya pengundi muda berkeluarga lebih prefer hartanah berbanding kereta..sbb perlu ulang alik dari tmpt kerja, ambil anak sekolah..jika terlalu jauh pastinya membebankan pula untuk kos minyak,tayar dsb..

          jika menyewa pula jauh lebih mahal dari kadar bayaran bulanan membeli rumah..betul kan? :)

  27. Juadah says:

    Kami beli kereta “mewah” kat Langkawi. harga murah giler. lebih kurang separuh harga dr kat kl. Yg peritnya, setahun ada tempoh tertentu ja kereta tu boleh bawa keluar dr pulau lngkawi.
    Juadah recently posted..Ronda-Ronda Bazar Ramadhan Kota DamansaraMy Profile

  28. puteri kasih says:

    kalau berjanji kena ditunaikan..jangan nanti janji tinggal janji..hehe
    puteri kasih recently posted..Lagu Raya Yang Paling DiminatiMy Profile

  29. gamep01nt says:

    kalau xde duti2 eksesais pebende semua, mmg x laku la proton. ye dak?
    gamep01nt recently posted..Pengalaman Gua Puasa II : SahurMy Profile

    • jebengotai says:

      xpasti pula..kalo insurans sama dan tidak kene lupus kereta..kalo berubah, rasanya x semua mampu bli

      • rahman says:

        teori saya : proton mesti laku macam biasa.. sebab harga proton pasti lebih murah dan kalau beli akan ada banyak penjimatan dari segi bulanan. contoh untuk saga bulanan jimat 200 x 108 bulan = 21,600. kemudian upgrade preve bulanan jimat 350 x 108 = 37,800. jumlah penjimatan sepanjang 18 tahun pakai kereta = 59,400. majoriti orang akan lebih suka menabung duit penjimatan itu nanti untuk hari tua.. hari bila tak ada pencen, kwsp habis dan tak dapat nak bekerja lagi.. kes lupa diri hanya kes terpencil.. tak perlu diperbesarkan.. kalau sudah ada anak isteri, tak mungkin akan lupa diri?

  30. booBlogs says:

    sepatutnya sudah lama duti eksais di kurangkan. banyak lagi sektor yang boleh di jadikan sumber pendapatan negara. dan jika betul seperti di janjikan harap-harap bertahanlah selepas pilihanraya pun.
    booBlogs recently posted..7 Ciptaan Terkenal Yang Salah di KreditkanMy Profile

  31. sani says:

    PR cuma main isu bila terserempak secara kebetulan saja bukan manifesto asal..opportunist betul!! takder dalam buku jingga pun. harga kete nak urang berapa ringgit? RM500? RM1,000,00?.. kalau semua cukai nak dikurangkan, mana PR nak dapat duit nak tampung subsidi-subsidi? temberang kuat! tunaikan dulu manifesto diselangor, penang, kedah dan kelantan..baru rakyat percaya…dapat perintah negeri yg kaya tapi hampir 80% menifesto 2008 hanya tinggal janji!

  32. rahman says:

    Kebajikan puluh juta rakyat nak dibandingkan dengan kebajikan ratus ribu orang? huh.. PR my choice.. To hell with BN. My choice. Who are you to judge?

  33. adam says:

    Klu nak rakyat tahu lebih jelas dan terang pasal duti eksais dan segala macam yang PR nak bagi pada rakyat, TV hak kerajaan, hak rakyat, bukan hak UMNO/BN mutlak..UMNO hanya mengurus harta rakyat sbb dia keraajaan sekarang…biar PR perjelas melalui TV bg adil dan ada demokrasi…mudah utk PR bagi perjelasan, mudah utk rakyat dengar dan analisa…Cuba senarai dan kaji apa kebaikan dan keburukan di negeri2 PR perintah selama hampir 5 tahun dan senarai kebaikan dan keburukan BN perintah 50 tahun sebelum tu…Jika Kerajaan UMNO/BN sekarang tidak takut pada azab Allah, teruskanlah menipu rakyat…Rakyat yang ditipu adalah dizalimi, doa org yang dizalimi tiada hijab dengan tuhannya…org yg menzalimi org sahaja akan takut dengan doa org yg dizalimi….org yg xpernah zalim org rileks jer…

    • jebengotai says:

      konteks zalim itu sgt luas pada sy..adakah pembangunan ekonomi sehingga wakil imf mengiktiraf malaysia sebagai negara yang unjuran ekonominya menaik berbanding negara2 lain dikatakan zalim?..adakah itu penipuan?

      adakah suatu ketika dulu jika kita meminjam imf semasa krisis ekonomi 1998 dikatakan adil?

      tidak dapat dinafikan kerajaan bn byk melakukan kesilapan ketika pemerintahan..tetapi kita tidak boleh menidakkan kemajuan negara disebabkan acuan mereka..pada sy kedua2nya tidak sempurna tetapi memilih yg kurang kerosakkann pun tuntutan juga..adalah lebih baik orng kita yang menerajui negara berbanding boneka yg dikawal oleh pihak2 lain..

      byk juga pembaharuan yg dijalankan pr..tp isu air dikelantan dh bertahun2 juga x selesai..

  34. Abu says:

    owh…royalti minyak di kelantan kenapa kerajaan pusat tak bagi spt negeri lain? lebuh raya di kelantan yang dijanjikan dalam bajet kenapa kerajaan pusat tak buat? kenapa susah sangat nak bagi kebebasan media pada pihak pembangkang juga? Ya, UMNO memang menjadi boneka MCA hingga takut nak tegur keceluparan mulut CSL yg menghina hukum Islam…dah tau banyak kesilapan kenapa masih berkeras tidak mahu berubah ke arah yang lebih baik apabila di tegur? itu namanya degil… sebab tu rakyat nak ubah kerajaan sekarang…56 tahun dahhhhh…..ce try 5 tahun Kerajaan baru….klu xnak kita tukar balik….susah kat mana tu? En jebengotai cuba senarai dan kaji apa kebaikan dan keburukan di negeri2 PR perintah selama hampir 5 tahun dan senarai kebaikan dan keburukan BN perintah 50 tahun sebelum tu…masuk dalam blog en ka sbb ramai follower tengok….kita tengok yg mana paling least kerosakan dan yg mana paling worse mengikut percent tahun memerintah…pastu terserah kepada pembaca nak menilai…huhu…banyak tanda soal tu…cer bg penjelasan….kot2 ada geng2 PR baca penjelasan en jebengotai boleh berubah sokong BN ker…seronok sikit Najib bleh bubar parlimen cepat ckit…

    • jebengotai says:

      mengikut apa yg sy faham..perjanjian tersebut antara kerajaan pusat dan negara thailand..dibawah kerajaan pusat adalah gabungan negeri2 didalam malaysia..so royalti minyak diberi kesemua negeri sama rata..rasanya yg tu lebih adil..

      mungkin keceluparan CSL disebbkan kejahilannya dalam agama kita..bagaimana pula dgn tokoh yng mengatakan melayu pun berhak bebas memilih agamanya sendiri..bangsa seagama sendiri berkata begitu..tiada siapa yng berani menegur sbb anak kepata ketua umum..

      idea yng baik untuk menyenaraikan keburukkan dan kebaikkan kerajaan bn dan pr mengikut tahun memerintah..kerajaan pr sudah nyata2 berdiri atas platform yg dibina pemimpin terdahulu..rasanya mcm tidak adil pula..bagaikan lembu punya susu sapi yang mendapat nama…

  35. Abu says:

    lembu???…thinking about kak jat…hehe..mmMMooo…ape cer lah kes tu kan…lembu ke sapi ke gajah ke….itulah demokrasi kan…rakyat bebas memilih kerajaan….dan kerajaan akan besilih gantilah…kena terimalah kan…klu takut dibadai ombak jangan berumah di tepi pantai…huhu….Najib apa cerita Anwar ajak berdebat lama dah? Baru kena Ketua Pembangkang dengan Perdana Menteri…ker bukan budaya kita…tapi banyak jer debat2 lain dibuat…pasal media tu camner en jebengotai?

    • jebengotai says:

      psl media pon sy pon setuju untuk kedua2 pihak mendpt layanan yang sama..x perlu berdemo bagai dan melakukan kerosakkan..mungkin pendedahan isu sbgai cth seperti pengundi hantu yg didakwa bersih dpt dijelaskan dgn terperinci..seperti debat antara kj dan ambiga..ataupun penjelasan berkenaan kebebasan beragama utk org melayu..hutang talam dsbgainya dpt dibincangkan kedua2 pihak..

      utk mengaitkan kak jat dan nfc seperti x adil pula..walaupun yg melakukannya ialah keluarga sendiri..mungkin kelemahan pemberian kontrak perlu dikaji utk mereka yg mampu melakukan sesuatu projek..

  36. nurul says:

    tahun 2013, manifesto najib juga turunkan harga kereta..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge