Rohingya : Aung San Suu Kyi Berdiam Diri

Sudah hampir seminggu lebih kita berpuasa. Syukur kerana berjaya melaksanakan salah satu ibadat didalam rukun Islam ini. Rata-rata kebanyakkan rakan-rakan blogger sedar dan mengambil berat saudara Islam kita di Myanmar. Cubit peha kana, peha kiri sakit juga. Begitulah yang dapat saya gambarkan atas kekejaman puak Rakhine keatas muslim Rohingya. Kekejaman yang dilakukan sesama manusia lebih-lebih lagi sama agama dengan kita pada bulan puasa ini amat mendukacitakan. Sepatutnya, mereka boleh berpuasa dan beramal ibadat sebanyak mungkin pada bulan ini. Tetapi cabaran mereka lebih getir dengan ancaman dibunuh bila-bila masa sahaja. Pada masa yang sama saya juga amat terkejut. Pejuang kebebasan hak asasi manusia, Aung San Suu Kyi hanya berdiam diri didalam isu ini. Fakta ada mengatakan masyarakat muslim Rohingya di Myanmar merupakan masyarakat yang paling tertindas sekali di dunia. Beliau sepatutnya menggunakan pengaruhnya untuk memperjuangkan hak masyarakat Rohingya tetapi alasan yang diberikan dia tidak pasti masyarakat Rohingya penduduk tetap Myanmar ataupun tidak. ‘Double standard’ pemenang hadiah Nobel ini sebenarnya memberi tamparan hebat kepada beliau. Pengikutnya seperti berbelah bahagi keihklasan memperjuang hak asasi manusia ini adakah untuk manusia terpilih sahaja.

rohingya

Some analysts say her inaction is politically motivated.

Suu Kyi’s National League for Democracy looks ahead to elections in 2015. They say Suu Kyi fears that expressing support for the Muslim minority could jeopardize her campaign.

The government of Myanmar refuses to recognize Rohingyas, who it claims are not natives and classifies as illegal migrants, although the Rohingya are said to be Muslim descendants of Persian, Turkish, Bengali, and Pathan origin, who migrated to Myanmar as early as the 8th century.

The UN says decades of discrimination have left the Rohingyas stateless, with Myanmar implementing restrictions on their movement and withholding land rights, education and public services.

Reports say 650 Rohingya Muslims were killed as of June 28 alone during clashes in the western region of Rakhine. This is while 1,200 others are missing and 80,000 more have been displaced. Sumber

Jebeng Otaiâ„¢

hanya kerana politik manusia mereput..

p/s: dgr cerita puak taliban ingin balas dendam terhadap keganasan keatas muslim rohingnya..jika ini berlaku, pertumpahan darah akan berterusan dan tidak akan tamat sampai bila2..

Gambar : ExiledtoNowhere

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 52 Comments

    1. Mus

      buta hati.. matilah jawabnya..

  1. azura

    salam JO, saya secara jujur memang suka mengikuti perkembangan politik aung san suu kyi, sekarang beliau bukan lagi tahanan rumah dan kini memimpin pati ppembangkang untuk beberapa kawasan di Myanmar, beliau pejuang hak asasi manusia di mana memperjuangkan keamanan buat Myanmar dari pengaruh ketenteraan selama ini….ramai bertanya apa agaknya tindakan beliau untuk mempertahankan etnik Muslim terbesar ini walaupun minoroti mereka adalah beberapa peratus sahaja….beliau beragama Budha, bukan beragama Islam maka beliau sedang memperjuangkan penindasan dan diskriminasi atas semangat kemanusiaan bukan keagamaan….tapi jika beliau seagama dengan kita iaitu Islam semestinya beliau akan berjuang habis-habisan untuk rakan seagamanya di negaranya bukan……benarkan beliau memperjuangkan hak kesamarataan dan membanteras politik ketenteraan hingga akhir nanti beliau sedar akan setiap permasalahan rakyat….kita yang beragama Islam jika berpengaruh dan berpangkat bantulah rakan seagama kita, jika kita hanya individu biasa sumbangkanlah mana yang perlu dan semampu kita walaupun secebis doa…wallahualam….

    1. jebengotai

      pendapat yg menarik..mungkin die memerlukan plaform yg kukuh utk membawa perubahan..sebelum ini masyarakt rohingya ditindas dri segi ekonomi, pendidikan dan lain2..kali ni ia dh tahap genocide..pembunuhan beramai2..mungkin die ade perancangan die sendiri..sy x pasti tp jika dibiarkan ribuan nyawa pasti akan melayang..

      1. miss yaty

        JB, thanks for this knowledge..

        terpegun dgn pendapat azura..

        🙂

  2. zool

    yup.. memang sukar nak mengharapkan mereka yang menganut agama lain untuk membela nasib umat Islam. cuma kita yang patut membantu…
    yang paling penting sekarang kita hendaklah bersatu dalam membantu..

    1. jebengotai

      btul..kene perlukan mekanisma mcmane nak bantu..negara oic pttnya dh mula berunding mencari jalan..

      1. hafizmd

        dgrnya, semalam atau hari ni, Malaysia jd tuan rumah utk isu ni…

  3. puteri kasih

    harap nasib mereka akan mendapat pembelaan secepat mungkin

    1. jebengotai

      ye betul…tiada siapa yang mahu ditindas sedemikian rupa..

  4. titan

    hemm..aku tak tahu pasal aung san suu kyi ni..first time dengar.

    1. jebengotai

      sblum ni die kene tahanan rumah oleh junta tentera myanmar..menentang keras kerajaan..simbol kebebasan hak asasi..

      1. hafizmd

        dan sekarang, dah jadi pemenang hadiah nobel…

  5. Hmmm… kawe pon sebenonya kureng yakin dgn dgn aung san suu kyi nie. Ye lah, mana2 pemimpin Asia yg diagung-agung kan oleh Barat biasanya ada ler skeleton in the closet.. wallahualam….

    1. jebengotai

      btul juga kan..pasti ada agenda tersembunyi..

  6. Shack

    Semoga Allah memberi kekuatan kepada mereka(masysrakat muslim) di Myanmar.Amin

  7. Manan Qayyim

    Masya-Allah… sedih mendengar berita penindasan ini. Rasa diri ini lemah sgt. Hanya mampu berdoa.

    Lama dah tak ambil tahu pasal rohingya ni. Bila baca, mesti sedih….

    1. jebengotai

      berat mata memandang..berat lagi bahu memikul..

  8. Fadzmie

    650 orang mati dalam sehari. Masya-Allah. Memang tertunggu-tunggu lah bila puak Taliban ni nak mulakan operasi. Siapa lagi yang mampu bela masyarakat Rohingya, kalau tak guna kekerasan. Diplomatik nampak macam tak akan berjaya, lagi-lagi bila Aung San Suu Kyi ni tak buat apa-apa.

    1. jebengotai

      rasanya perlu campur tangan tp kalo boleh jgn kekerasan..

  9. budak felda

    memang sedih membaca berita ttg umat seagama kita di negara jiran, malah kita yg ada sekrang kena jaga2 betul agama kita jgn terjadi seperti mana umat2 kita di selatan thai dan myanmar ni….

    1. jebengotai

      mempersiapkan diri itu penting..mungkin kita kene ambil pengajaran..

  10. onlajer

    hanya mampu berdoa untuk keselamatan penduduk islam rohingnya

    1. jebengotai

      sedih juga kita tidak dpt berbuat apa2..hanya doa yg mampu kita berikan..

  11. hafidz

    fuh dahsyat sungguh dugaan mereka di bulan puasa ni. mari kita doakan agar mereka yang tertindas ini mendapat pembelaan sewajarnya, amin. =)

    1. jebengotai

      amin..kita sama2 doakan mereka tabah menghadapi dugaan ini..

  12. klcitizen

    Antara puak-puak tertindas yang kurang diberi perhatian oleh media antarabangsa.. Sgt belas melihat nasib mereka

    1. jebengotai

      btul..bangsa yg paling ditindas..kenyataan dri UN sendiri..

  13. yas

    Ni la bila org Islam yg kena…x siapapun peduli…nk harapkan geng2 eropah US?? Depa x de kepentingan kt sana…so pedulik hapa…klau ada kepentingan dh lama dh depa masuk sana…

    1. jebengotai

      btul..xder psl nya diorg nk tlg..penting gak pilih pemimpin yg islam agamanya yg x lakukan penindasan..

    2. hafizmd

      betul betul dan betul…

      semua kes di iraq, afghanistan contohnya…semua sbb ada kepentingan yg menguntungkan…cis!

  14. Blog Asyraf

    Tu yang puak taliban nak serang tu.. Pemimpin myanmar pun cm haram..hurm..sedih betul..

  15. Blog Asyraf

    Insyaallah, Islam akan bangkit!..

  16. Blog Asyraf

    Yang hairan, negara Islam lain yg hebat-2 pun duduk senyap saja pasal isu ni..Ntah kenapa..huhu..

    1. jebengotai

      sy x pasti..mungkin mereka tidak mahu campur tangan hal ehwal negara lain..mereka boleh mengecam ttp tidak boleh melakukan tindakan..

      1. hafizmd

        sebabnya hanya 1…kita tak pernah bersatu…

        tak perlu kita tgk negara majoroti Islam lain yg ktanya kuat…

        kita tgk saje dlm negara kita sudahlah…kita kuat ke?

  17. Mus

    semoga penderitaaan insan seagama dengan kita ada penyudahnya

    1. jebengotai

      btul..yg penting tiada pertumpahan darah..

  18. irsah

    Banyak lagi faktor boleh ditimbangkan, cuma “juara” dari kalangan umat Islam tidak ada untuk berpaut, selagi itu, kekejaman akan tetap berlaku. Sekurangnya ada ikon figurs seperti ASSC diharap boleh membuka sedikit mata dunia (setelah ditutup/aib oleh kerajaan tentera) serta menyelamatkan mangsa yang ditindas.

    Masalah lain pula, penduduk Rohignya (ketika ini) tidak ada bukti asal-usul mereka lagi di negara mereka sendiri. Di-ibarat macam pendatang. Sijil beranak pun tidak dikeluarkan jika mengaku dari keluarga Islam dan sekolah kerajaan tidak diterima – mengaji pondok kampung saja. Berat agaknya ASSC, jika benar2 dapat membantu mangsa minoriti ini.- Semoga Allah melindungi mereka dan menunjukkan kebenaran. Wallahuallam.

    1. jebengotai

      mungkin disebabkan mereka duduk disempadan mereka dikatakan imigrant..ttp mereka telah wujud sekian lama sejak abad ke 8 ag..sy tidak pasti kenapa kerajaan myanmar terlepas pandang..

      kita doakan yg terbaik utk mereka..

  19. iAwani

    aduh, isu Rohingya ni masih melarat. Imej Islam kian tercalar.

  20. Juadah

    Memang dugaan dan ujian kpd mereka tersangat la berat. Semoga ada pihak “atasan” yg memandang perkara ini & mgambil iniseatif memeranginya

    1. jebengotai

      sbnarnya perlu lalui diplomasi..kita pon x leh nk amik tindakkan sbb di negara org lain..

  21. arelan

    kita doakan la mereka di sana ye.hmmmm

  22. akubiomed

    Simpati dengan nasib umat islam Rohingya tidak mendapat pembelaan yang sepatutnya.

  23. dennis

    Islam pada zaman ini lemah dan bertempiaran bak buih2 di lautan

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.