Sehari suntuk saya memikirkan kenapa saya tidak boleh meletakkan komen di blog rakan-rakan Link Exchange. Jenuh seharian menggodek. Adakah disebabkan javascript di laptop yang bermasalah? Saya pun tidak pasti rakan-rakan yang lain mempunyai masalah yang sama seperti saya. Rugilah jika terlepas blogwalking sehari kerana ia mempengaruhi kedudukan Alexa kita. Saya tidak pasti secara 100% adakah masalah ini berpunca dari WordPress Update yang terbaru ataupun ianya terpencil dan hanya terjadi kepada saya. Ketika saya menulis komen perkara seperti dibawah ini berlaku. Hairan juga mengapa ketika saya ingin menulis atau membalas komen, di blog Budak Felda dan rakan-rakan yang lain akan timbul masalah ‘slash’ tidak ada pada url selepas perkataan ‘html’. Aneh juga. Saya perlu membuat ujikaji melalui komputer yang berlainan untuk mengesahkan masalah ini. Sehingga kini saya telah mencuba beberapa laman web menggunakan smartphone dan laptop saya. Keputusannya saya gagal untuk meninggalkan komen. Hipotesis awal yang boleh saya katakan ialah plugin Yoast tidak ‘compatible’ dengan update terbaru wordpress ini.

Sepatutnya url itu adalah seperti ini ‘…html/#comment-365’.

bug

JebengOtaiβ„’

108 Replies to “WordPress Update : 3.4.2 Ada Bug?

  1. Mak blom update g. Mmg nk tgu apa kata kwn2 lain dulu then baru nk update. Al maklum le..mak ni kan mmg x tahu bnda2 camni. Nk tgu org say OK,baru mak kedek2 nk update

    Huhuhu..

  2. Pada hari update ni keluar, sampai sekarang saya masih belum ada apa-apa masalah setakat ini. Harap-harap lepas-lepas ni pun takde masalah juga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge