Kes jangkitan virus fail tukar jadi folder, ‘shortcut’ atau ‘screensaver’ semakin menjadi-jadi. Pada saya virus ini menyusahkan kerana segala folder didalam pendrive terutamanya ditukar menjadi format fail yang lain yang sukar untuk dibaca. Selamatlah virus ini bukan dari kategori ‘ransomware‘. Ianya boleh dipulihkan dengan mudah tanpa perlu memasang perisian yang baru. Mungkin pada mereka berasa seronok melihat kesusahan orang lain.
Virus Fail Tukar Jadi Folder : Panik
Pada mulanya agak panik juga. Yalah, game Battlefield 4 dengan saiz 30GB yang baru sahaja di muat turun hanya menjadi fail .scr atau fail ‘screensaver’. Sebelum ini pernah juga terkena virus ‘recycler’ yang menukarkan fail menjadi folder. Segala usaha penat lelah keringat memuat turun tidak berbaloi hanya kerana virus ini menjangkiti fail-fail kita. Sebenarnya failnya masih ada, cuma ianya tidak dapat dibuka kerana ‘attribute’ fail tersebut telah ditukar oleh virus.
Virus Fail Tukar Jadi Folder : Solusi
Terdapat beberapa solusi untuk menyelamatkan fail yang dijangkiti. Antaranya menggunakan perisian antivirus untuk mengesan ‘fungsi’ tambahan yang tidak diketahui menukarkan fail di storan tambahan kepada folder atau format yang lain. Dibawah pula ialah cara untuk memulihkan fail yang telah dijangkiti virus ini :-
attrib -h -r -s /s /d H:\*.*
* H :\ - drive letter
Virus Fail Tukar Jadi Folder : Nakal
Mungkin kebanyakkan mereka yang menghasilkan virus ini hanyalah untuk hiburan dan mencari populariti semata-mata tanpa memikirkan kesan yang ditanggung oleh mereka yang menjadi mangsa. Saya tidak pasti apakah motif sebenarnya virus ini dihasilkan. Ya, ianya berjaya menyusahkan pengguna komputer terutamanya. Ataupun mereka mencari cabaran dan sesuatu yang baru. Mungkin juga mereka yang terlibat hanya untuk mempromosikan produk antivirus mereka.
tak perasan.
kena check ni. kot-kot dah ada virus nih kat pc aku.
yg kene virus mmg x perasan..yg nk tranfer data / usb yg kene…huhu