Ransomware : Malware Menyakitkan Hati

Walaupun kita celik IT atau selalu menggunakan internet tidak bermakna kita sedar betapa pentingnya keselamatan komputer kita. Seperti yang sedia maklum, malware merupakan perisian yang mampu merosakkan sistem perkomputeran malah kadang-kala akan memakan kos untuk membaik pulih. Evolusi malware pada hari ini sebenarnya amat membimbangkan terutamanya organisasi yang banyak menggunakan sistem perkomputeran. Berbanding dengan dahulu, malware lebih menjurus ke arah memaparkan iklan yang menjengkelkan, mematikan fungsi komputer dan lain-lain lagi jika komputer itu tidak dilindungi sepenuhnya.

Ransomware : Malware Jahat

Baru-baru ini, rakan sekerja di syarikat terdahulu menelefon saya. Dia memberitahu kesemua fail-fail penting ‘design’ Autocad, Solidwork dan beberapa jenis fail yang lain telah ditukar ‘extension’nya kepada *.cerber. Saya terkejut kerana ini merupakan kes pertama yang saya dengar sepanjang menjadi juruteknik IT bidan terjun. Melalui beberapa kajian dan pembacaan, ‘extension’ cerber ini adalah disebabkan komputer kita dijangkiti malware. Kesemua fail-fail tersimpan didalam komputer di’encrypt’ kepada cerber, dan kita tidak dapat membuka fail itu kembali.

Ransomware : Ransom?

Ianya merupakan salah satu jenis malware, dan fungsi utamanya adalah untuk meminta ‘ransom’ atau wang untuk melepaskan atau ‘decrypt’ kesemua fail tersebut. Bergantung kepada jumlah yang diminta, ada kalanya, mereka tidak akan melepaskan sekatan fail kita walaupun wang sudah dibayar. Ada pernah ketika, FBI menyarankan mereka yang terkena ransomware ini membayar kepada penyebar malware ini kerana tiada cara untuk ‘decrypt’ fail-fail ini kerana sistem ini terlalu canggih dan mengambil masa yang lama.

Ransomware : Backup

Walaupun kita bukan ahli perniagaan atau orang kenamaan dimana lebih terdedah kepada malware jenis ini, kita perlu membuat simpanan ‘backup’ ke semua fail-fail penting kita. Selain kita juga perlu berhati-hati dengan email yang agak mencurigakan dan pautan laman sesawang yang mengatakan komputer kita dijangkiti malware ataupun virus. Bak pepatah melayu sediakan payung sebelum hujan. Kita tidak boleh jangka kita tidak akan diserang malware sebegini. Namun begitu, dibawah adalah cara-cara untuk memulihkan fail yang telah diserang ransomware.

ransomware

Jebeng Otaiā„¢
kene hati2 ni..

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has One Comment

  1. zik

    bahaya malware… blog sendiri pun pernah kena malware..

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.