Selepas bulan lepas blog JebengOtai diserang oleh bots jahat sehingga menyebabkan penggunaan CPU server yang tinggi dan kini satu masalah lagi timbul. Masalah yang menjadi kebiasaan pengguna WordPress. Masalah yang ura-ura dikatakan akan membuatkan sesebuah blog terdedah dengan ancaman Google Penguin dan Panda. Masalah replytocom ini sebenarnya bukan disengajakan oleh kita. Memang secara asalnya, replytocom ini adalah link untuk membalas setiap komen yang berada didalam blog. Ia direka untuk memudahkan manusia membalas setiap maklumbalas yang diberikan, tetapi nilai tambah ini tidak beberapa berguna kepada bot enjin carian. Bot tetap akan memantau atau crawl disetiap laman blog kita termasuklah ‘link’ replytocom ini. Mungkin banyak lagi pendekatan lain untuk selesaikan masalah ini. Walaupun tips ini saya ambil dari pakar SEO luar negara yang lain, tetapi masalah yang dihadapi oleh saya belum lagi selesai sehingga ke hari ini. Agaknya ia memakan masa untuk menapis dan membuang ‘link’ replytocom di enjin carian.
Tips 1 Selesai Masalah Replytocom : Plugin SEO Yoast
Plugin SEO pelbagai fungsi ini sebenarnya sangat membantu para blogger menyelesaikan masalah replytocom ini. Ia tidak memerlukan pengubahsuaian kod pada fail-fail utama WordPress. Didalam plugin ini ada terdapat fungsi membuang ‘replytocom’ didalam parameter url WordPress. Ianya dapat menyelesaikan masalah WordPress sekaligus. Saya menggalakkan rakan-rakan blogger yang baru berkecimpung menggunakan plugin ini. Selain menyelesaikan masalah replytocom, ia juga membantu SEO didalam entri.
Tips 2 Selesai Masalah Replytocom : Robots.txt
Apa yang saya faham, setiap bot haruslah mematuhi arahan didalam fail robots.txt. Didalam fail ini terdapat arahan larangan untuk crawl didalam ‘folder’ yang tidak sepatutnya dilawat oleh bot. Ia juga untuk mengelakkan bot mengindeks fail-fail sensitif kedalam enjin carian. Bukannya apa, kebiasaannya ‘hackers’ akan menggunakan Google Search mencari plugin yang ‘vulnerable’ yang secara tidak sengaja diindeks masuk kedalam Google Search. Untuk masalah replytocom ini pula, kita hanya perlu memasukkan arahan berikut untuk menghalang bot ‘crawl’ replytocom.
Tips 3 Selesai masalah Replytocom : Google Webmaster
Kita boleh menggunakan Google Webmaster untuk membuang replytocom yang telah dimasukkan kedalam enjin carian Google, tetapi ianya mengambil masa dan saya tidak pasti bila Google akan membuang ‘link’ tersebut. Kita boleh menggunakan ‘url parameter’ didalam Google Webmaster untuk meletakkan replytocom ini sebagai filter kesemua ‘link’ yang telah di indeks akan dibuang atau tidak dimasukkan kedalam enjin carian Google. Apa yang kita boleh buat selepas melakukan perkara diatas ialah dengan menunggu untuk Google membuang kesemua ‘link’ replytocom tersebut.
Update 15/8/2012
Ubahsuai melalui htaccess :-
RewriteEngine On
RewriteCond %{QUERY_STRING} .
RewriteCond %{QUERY_STRING} ^(replytocom)=.*
RewriteRule ^(.*)$ /$1? [R=301,L]
apa benda replytocom tu…. tak guna rasanya. wordpres jer rasanya …. leeza blogspot. huuu
aah la wp shja..blogpsot leh rilek2 la..hehe
Untung lah blogspot.. sy setting guna robots.txt jer.. π
Aku guna Yoast plugin je. Settle masalah. π
aah bro..cara ni ag senang..hehe
macam ni kena laa install yoast yer bro.. saya pakai All in One SEO Pack.. kena remove ler nampaknya ni.
Guna url parameter tu pun boleh kalau tak nak guna plugin.
robots.txt pon ok gak..hehe
AaaaaAAaaa..mak pun guna All in one SEO pack jep!! Kena tukar kpd yoast la plak.
xperlu rasanya..leh gunakan selain plugin yoast tu..hehe
Alhamdulillah masih bebas andai ada sini yang akan aku rujuk !
silakan2..hehe
nasib baik aku dah tak jumpa masalah ini.
bgs la bro.. π
x pernah dgr psl replytocom..cam na nak tau kena benda ni?
nk cek google bot dah indeks ke x replytocom leh guna cara ni..
site:domain.com replytocom
kalo x der kire ok la..tp ttp kene halang googlebot indeks link ni guna robot lak..langkah berjaga2.. π
Rasanya kalau dah kena serang nanti, terus guna plugin YOAST tu, memang 100% setel lah?
bot ade mcm2 jenis..yoast ni utk halang googlebot indeks replytocom..bkn halang spambot..huhu
Wahh bijak2..dah boleh selesai ekk mslh ni..hehe…
dh selesai kat blog..tp kat google search blum ag.hhuhu
alaahai…..
macam2 lah wordpress ni..
tu la..mcm ssh skit..hehe
Thanks bro..tips yg bagus..
sama2..harap leh membantu..huhu
Apa kesan bila guna plugin seo ‘All in one seo pack’ dan bertukar ke plugin ‘Yoast’ ya??
kod2 ada kesan bahaya jugak..hehe..
Kalau guna Yoast SEO perlu buat setting kerana diluar sana bermacam-macam teknik setting yang digunakan. Mungkin sesuai mungkin juga tidak sesuai dengan theme kita.
Paling mudah adalah gunakan All in SEO pack. Theme Twenty Eleven pun ringan dan mesra SEO.
owh..rasanya le guna kaedah len..salah satu nya robots..sy tgh mcri kod utk htaccess..kalo ade mmg x perlu plugin yoast ni..
fenin kepala pk mcm2 ada..
terpaksa juga fikir..tkut beri kesan jangka masa pjg nnt..
aku anggap blog aku dah setel masalah tu. haha..
terbaik la bro..hehe
dasar buta IT, entry yang cam simple ni pun sy tak paham..yg sy paham install plugin seo yoast tu… siyes tu je sy paham..so, nnt sy install..hhohoho
yoast tu mmg bgus la..hehe
Saya tercari cari command untuk nya replytocom untuk dimasukkan didalam robot txt. Rupanya ada command yang dikongsikan didalam entri ini.
Setakat ini tidak dapat hendak beri tumpuan membetulkan masalah duplicate kerana masalah Error 404 masih banyak berlaku diblog saya gara-gara meringkas permalink. Ia adalah risiko perlu diambil saya tetapi membantu proses bot crawler lebih mudah permalink pendek.
Hebat juga blog ini lulus Page Speed dan Yslow dengan cemerlang. Theme Pagelines yang bro gunakan bukan calang-calang. Selama ini tahu tentang theme Thesis dan Genesis sahaja.
Inilah antara kelebihan mengunakan WordPress perlu berusaha sedikit kerana banyak setting yang perlu lakukan secara manual pada sama dapat belajar.
Apa yang saya perasan blogspot semakin mantap berbanding WordPress.
yela..memberi saingan kepada pengguna WP..ada satu cara lgik guna htaccess..nnt sy updatekan..
Kena rajin upgrade pengetahuan dan fine tune apa yang patut.. Bermalas-malasan tentunya akan merugikan. π
aah bro..kene kaji skit jer utk selesaikan satu2 masalah..
Mudah-mudahan aku tak hadapi masalah seperti ini di blog wordpress aku, pasti pusing cara mengatasinya
baru perasan dalam seo yoast ada fungsi ni. nice tips
mari pakai blogger oi! xyah risau masalah hosting awakakakkaka. kasi panas sikit geng WP
haha..sabar2.. π
saya cuma guna robot.txt je untuk mengelakkan bot mengindeks file yang tak penting.
robots pon leh halang bot msuk direktori juga..hehe
Dah lah aku tak berapa reti nak pakai wp, macam banyak masalah jer wp hehe
xper bro..mslh ni leh sbnarnya bgus disetelkan time mula2 nk buat blog..kalo dh lama makin ssh lak nnt jdiknya..huhu
aku guna 2 dan 3. tinggal tunggu tindak balas dari google je. degil sangat bot dan spider search engine ni.
kena install yoast la nampaknya π
rileks2 benda nie kasi kita lebih kreatif…
banyak lagi kena menuntut ni…kurang sangat lagi ilmu saya…
tips yang sangat berguna…
tips yang amat berguna untuk orang baru seperti saya…
aku rasa aku alami masalh replytocom skrg ni…
hmmm baru faham sikit2 benda alah ni π