Tips Perniagaan

Sejak dari pelancaran Nasi Ayam Hainan Rasapariso, sambutan pelanggan amat menggalakkan dari pelbagai lapisan masyarakat sekitar. Usaha yang konsisten dan berkat kesabaran akhirnya membuahkan hasil. Saya pernah terbaca didalam salah satu entri CMRatu berkenaan ‘Tips Perniagaan Saiful Nang‘. Bila difikirkan tips ini sebenarnya memberi gambaran betul bagaimana ingin menguruskan perniagaan. Bagi mereka yang baru dan ingin memulakan perniagaan, ia dapat memotivasikan diri untuk berusaha dengan lebih gigih sebelum ‘biji benih bercambah dan akhirnya menjadi pokok yang mengeluarkan banyak buah’.

Nasi Ayam Rasapariso


Tips Perniagaan 1 : 5 tahun pertama seperti benih yg baru ditanam, hanya bertunas dan menjulang hanya satu batang. Bila akar bercambah banyak, batang mula jadi tinggi dan kuat dan tempoh ini masih belum berdahan. FOKUS pada satu dahulu krn 80% perniagaan gagal pd 5 tahun prtama kerana tiada fokus.

Tips Perniagaan 2 : 5 tahun berikutnya ialah fasa bercambah. Pokok sudah mula berdahan tetapi semuanya masih kecil. Rintislah semua kemungkinan untuk perniagaan anda berkembang dalam nature (pokok) yang sama. Ramai gagal dlm fasa ini bila mereka cuba buat perkara lain (pokok kecil tak boleh di tunaskan) nanti mati.

Tips Perniagaan 3 : 5 tahun berikutnya adalah fasa setiap dahan mengeluarkan buah. Fasa ini, anda boleh gunakan buah-buah itu utk dijual, utk anda makan hasilnya, untuk anda semai ditempat lain atau anda kacukkan bakanya atau anda beli benih pokok lain dari hasil pokok ini.

Tips Perniagaan 4 : 5 tahun berikutnya, anda sudah memiliki satu pokok induk dan ratusan pokok-pokok lain. Anda tunggu lagi 10 tahun, anda ada banyak dusun-dusun yang anda tak habis nak makan sorang.

Tips Perniagaan 5 : Dalam pengurusan syarikat, kita sering cenderung memberi perhatian kepada projek-projek besar sahaja sementara kebanyakan perniagaan hebat di dunia menguruskan projek-projek kecil seperti menjual ayam goreng pada harga RM9.00 sepinggan tetapi 500,000,000 org beli sehari di seluruh dunia.

Tips Perniagaan 6 : Apapun yang terjadi dalam organisasi anda, pastikan anda tanamkan dalam kotak fikir anda bawaha tiada orang lain yang indispensable berbanding anda. Dengan cara itu, anda tidak kalau dengan politik organisasi sekalipun keseluruhan ahli organisasi anda meletak jawatan serentak. Ingat kembali semasa anda mula-mula hanya seorang sahaja dan anda lakukannya sehingga jadi ramai. Anda boleh lakukan lebih baik dan cepat utk kali ke-2. Sumber


Jebeng Otaiâ„¢

tips ini telah memberikan motivasi kepada Vanfery untk meneruskan perniagaannya.. 🙂

p/s: tq bro cmratu utk perkongsian ini..

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 66 Comments

  1. rahman

    perniagaan sumber utama kekayaan

    1. JebengOtai

      diiringi dengan usaha dan tawakal.. 🙂

      1. anif

        Selain tu “Timing” juga kena tepat 😀

        1. JebengOtai

          btul aa bro..silap percaturan leh rugi.. 🙂

  2. SuhairiDotCom

    Usaha Tawakal Taqwa InsyaAllah menjadi apa yang kita kerjakan malah diberkati Allah. Amin.

    1. JebengOtai

      pling best bila dh nk tutup kedai..stkat ni pelanggan rasapariso makin bertambah..syukur2..

  3. vanfery

    benih yg mula disemai perlu dijaga dgn sempurna.. thanks atas tips yg amat berguna ini..doa akan sentiasa diringi…

    –dugaan akan sentiasa dtg..dan “tanya sama pokok”
    itu lah akan mematangkan kita..

  4. ProfHariz

    Rasanya tips perniagaan di atas boleh digunakan untuk weblog 🙂

    1. JebengOtai

      yer btul2..yg penting halatuju blog..xkn kita nk tulis entri sj hari2 kot..hehe

      1. Izzuddin Fauzi

        Tau x apa… Kene ada halatuju…

        1. JebengOtai

          matlamat tu penting bru leh kejar..kalo x der matlamat mmg x tau apa yg dikejar..

  5. akubiomed

    Saya akui meniaga makan boleh menguntungkan kerana ia dapat duit tunai. Masakan adik ipar mampu memiliki kereta dengan jual lauk makan tengahari dikampung.

    1. JebengOtai

      btul…mcm kisah2 tokey otak2…skang diorg dah x dpt nk tampung permintaan..dsyt kan, produk simple jer..

  6. mak lagenda

    Klu ada minat dan ilmu dlm perniagaan, insyaallah mmg buleh buat duit. Tambah2 plak dgn adanya tips yang berguna nih.

    1. JebengOtai

      sbnarnya nk meniaga kene ade target..bru semngt..kalo wat suka2 ssh nk maju 🙂

  7. suri

    hai,
    org cina pun bgtu bab2 mkn ni klu mahak murah depa ttp buka kedai demi utk tarik pelanggan…

    makanan ni permintaannya sllu ada..

  8. hafizmd

    Tahniah. Moga makin maju.ameen

    Bro JO, aku ada dengar, nak meniaga ni kena ada bakat, betul ke?

    1. JebengOtai

      ade btulnya juga…tp tgk jgak meniaga apa..

      kalo jual insurans mmg kene ade ‘karisma’..bkn sng nk jual menda yg ‘x wujud’ kat org..
      nk menanam idea tu yg ssh mcm cerita inception..hehe

  9. azman

    Kalau kat k.l ni jual batu pun laku he3…berniaga perlu byk sabar…

    1. JebengOtai

      aah la..jual air ‘batu’ la cam coolblog tu..modal ciput..untung besar..hehe

  10. puanbee

    5 tahun tu kan , maknanya selagi belum 5 tahun kita memang kena berusaha betul2 .. terima aksih atas tips , ai like …

    1. JebengOtai

      aah..leh guna utk bisness online..hehe..dptkan ‘tune’ dulu..lpastu bru leh mengganaz..hehe

  11. iza

    Assalam..
    Kekuatan untuk menanam pokok tu perlu ada.
    Teringin juga nak berniaga tapi risau kalau2 semangat yang ada hanya panas sementara seperti hangat2 t**i ayam.
    Moga berjaya pada semua pengusaha perniagaan.

    1. JebengOtai

      tu yg pling ditakuti kalo berhenti ditgh2 jln..sumenya x jadik..mmg kene tekad hati.. 🙂

  12. muazfaris

    6 tips perniagaan yg simple .. tp kalo amalkan betul2 mmg superb kot.

    1. JebengOtai

      nk bg gmbran hala tuju perniagaan..br yakin skit..hehe

  13. akhiyy

    tahniah buat penulis kedua jebengotai..bagus tips tuh..nti aku cube amalkan..sekarang tngh berjinak2 dengan perniagaan ni..hehe

  14. Denaihati

    mantap dan hebat tipnya sebagai panduan. tambah “baja dan jurus air” pokok tu bagi lebih subur..heee

    1. JebengOtai

      yela..kalo x der baja dan air..pokok tu x kan hidup..

  15. zuan

    hmm ingat nak business gak.. something yg islam pun ada suruh buat kan 🙂

  16. onlajer

    dah 20 tahun lepastu jangan jadi macam boss aku kemering betol,kuli orang pun dia nak tibai,bengang betul aku

  17. azura

    5 tahun itu lama juga tapi kalau berbaloi tak salah

  18. cik tom

    memang tips yang bagus..mmg btul pun bl hilang fokus tue sbbkan bisnes mudah gagal..

    1. JebengOtai

      yela..dlm kerja apa pun kene fokus dan wat spnuh hati..:)

  19. tehr

    memang ambil masa juga nak berjaya
    bertahun kena beri tumpuan dan sabar

    1. JebengOtai

      aah..perumpamaan pokok mmg sesuai utk perniagaan.. 🙂

  20. puteri kasih

    yang penting usaha dan keinginan untuk berjaya 🙂

  21. Lizz

    sampai sekarang tak tahu nak mulakan perniagaan apa walaupun dah ada minat. kena banyak membaca dah sambil2 cari modal

    1. JebengOtai

      btul..persediaan tu penting gak..kalo modal dah cukup, dh dpt ape yg nk di niagakan..leh proceed la.. 🙂

    2. Hafizul

      kadang2, ideal ada untuk bukak perniagaan..tapi modal pulak menjadi penghalang..

  22. titan

    hoho..ni bisnes ko kerr??

    1. JebengOtai

      bkn la..kongsi tips ni..aku rasa mcm menarik..hehe

  23. Izzuddin Fauzi

    Nice tips.. Boleh cuba, da start biz nie 😀

  24. chii

    tips yg bagus. tp mmg betul..yg 5 thn pertama tu..kena fokus…

    apa pun.kn konsisten.sabar dan jangan cpt putus asa, berani tanggung risiko,dan jgn takut gagal adalah antara kunci kejayaan seseorng itu boleh berjaya dlm bisnes

    1. JebengOtai

      mmg kene berani tanggung risiko..seboleh2nya elakkan risiko..hehe

  25. Encik Bukit Besi

    Bagi aku bukak kedai makan memang untung kalau kena dengan caranya. Tapi agak memenatkan dan cerewet dari segi perlaksanaan tugas harian untuk menjalankan perniagaan dalam bidang pemakanan. Aku rasa, peniaga yang betul2 bersedia dari segi mental dan fizikal sahaja akan berjaya dalam bidang ni.

    1. JebengOtai

      mmg kene siap sedia dari segi mental dan fizikal..

  26. Adakalanya perniagaan menghadapi masaalah bila kita tiada control pada perniagaan itu. Contoh: kita buat restoren tetapi kita bergantung kepada tukang masak kita. Dia berhenti, kita sengsara.
    So dalam merancang satu perniagaan, perhatian perlu juga diberikan kepada sistem perniagaan dan contingency plan dan tidak sekadar berharap pada kerja keras dan marketing sahaja.
    My 5 cents sahaja 😀

    1. JebengOtai

      backup plan tu penting..tkut2 apa2 yg terjadik..kita leh truskan perniagaan kita..

  27. arelan

    nice tips.moga semakin maju bisnes beliau.hohoho..tak nak belanja gi makan sana ke??

  28. sjiehan

    elok benihnya, makan elok la pokoknya…tetapi bergantung pada penjagaan benih juga

    nice tips!

  29. Hafizul

    Best nya kalau ada perniagaan sendiri…..huhu

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.