Jarang sekali saya menulis entri berkaitan tempat-tempat makan atau makanan sedap yang boleh didapati disekitar Johor Bahru. Selain ‘Nasi Ayam Hainan Rasapariso‘, salah satu ‘port’ yang agak menarik selera saya ialah Kedai Nasi Ayam Istimewa di Medan Selera Kangkar Tebrau. Walaupun kedai ini menjual pelbagai jenis makanan, saya tetap setia memesan ‘Nasi Ayam Sambal Nasi Tambah’ setiap kali saya berkunjung ke kedai ini. Bagi mereka yang kelaparan atau ‘kuat makan’, pastinya hidangan ini amat berbaloi dengan harga sekitar RM7.00 sepinggan.

Nasi Ayam Istimewa, Kangkar Tebrau

Pilihan
Selain dari harga yang murah, sudah pasti kualiti dan rasa sedap nasi ayam sambal ini lain dari yang lain. Beras yang digunakan adalah beras wangi dan saiz potongan ayamnya agak besar. Bagi saya apa yang istimewanya ialah sambal atau sos yang digunakan. Resepi rahsia yang membuatkan kedai nasi ayam ini begitu istimewa.

Jebeng Otai™
Nasi Ayam Sambal + Nasi ..hehe 🙂

[mappress mapid=”10″]