Tips Penjagaan Muka Lelaki Kacak

Cabaran SEO Lelaki Kacak
Kadang-kala kita tidak memandang enteng kesihatan kulit terutama wajah berbanding kesihatan organ-organ dalaman kita. Kulit merupakan salah satu organ yang paling luas dan penting kepada manusia. Salah satu fungsi kulit ialah untuk menghalang bakteria dan kuman masuk kedalam sistem badan manusia. Penjagaan wajah adalah penting untuk mengekalkan kekacakkan wajah malah dapat membantu meningkatkan keyakinan diri.

Penjagaan Muka Lelaki Kacak

Penjagaan Muka Lelaki Kacak

Bukan sahaja terdapat produk kecantikan untuk wanita, lambakan produk penjagaan wajah di farmasi dan pusat membeli-belah menunjukkan ‘trend’ semasa bahawa lelaki pada masa ini pandai menjaga wajahnya. Jika wajah bersih dan sihat, sesiapa pun akan tertarik melihatnya apatah lagi gadis-gadis dan wanita pasti terpukau dengan wajah Lelaki Kacak.

Pencuci Muka

Secara amnya terdapat 2 jenis pencuci muka seperti ‘foam’ dan ‘scrub’yang boleh digunakan Lelaki Kacak. Fungsi pencuci muka jenis ‘foam’ membersihkan lebihan minyak dan kotoran di permukaan muka manakala ‘scrub’ pula mengeluarkan kotoran di liang-liang roma sekitar wajah. Walaupun begitu kita haruslah membaca arahan di sebalik produk tersebut kerana ada diantara produk seperti Mentolathum menyarankan penggunaan ‘scrub’ hanyalah seminggu sekali untuk mengelakkan kulit kita terlalu kering kerana tiada minyak semulajadi yang melindungi kulit kita. Formulasi terkini yang menggabungkan antara ‘scrub’,’foam’ dan ‘whitening’ dapat menjimatkan kita daripada membeli 3 jenis produk berasingan seperti pencuci muka Garnier, Vaseline dan Loreal.

Pelembap Muka

Selepas mencuci muka, Lelaki Kacak seharusnya menggunakan pelembap muka untuk mengembalikan lembapan yang hilang ketika mecuci muka. Lembapan ini mengelakkan kulit terlalu kering kerana ia terdedah pula kepada bakteria yang boleh menyumbang kepada faktor masalah jerawat dan lain-lain lagi. Terdapat berbagai jenis pelembap mengikut kesesuaian kulit samada kering, berminyak, sensitif dan sebagainya.

Pelindung Sinaran UV

Selain dari cahaya, matahari turut memancarkan sinaran uv yang tidak dilihat oleh mata kasar. Ianya dilengkapi dengan SPF yang membantu mengelakkan ‘sunburn’ mengikut siri setiap produk pelindung sinaran uv sebagai contoh SPF 10 boleh melindungi kulit Lelaki Kacak sehingga lebih 2 jam di bawah matahari terik berbanding tanpa memakai produk ‘sunblock’. Jenama seperti Garnier dan Loreal mempunyai produk ini untuk dipakai para Lelaki Kacak.

Facial Mask

Bagi mereka yang berkemampuan bolehlah menggunakan ‘facial mask’ setiap hari untuk menanggalkan sel-sel kulit muka yang telah mati dan membekalkan vitamin tambahan untuk kulit muka. Terdapat berbagai jenis ‘facial mask’ seperti topeng muka kertas, gel dan ada yang berbentuk ‘mud’ yang mengeras setelah beberapa minit. Saya mencadangkan Garnier kerana ianya mudah dan agak murah berbanding produk ‘facial mask’ yang lain untuk digunakan Lelaki Kacak.

Displin

Amalan pemakan yang sihat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan dapat membekalkan zat dari dalam selain penjagaan luar dengan menggunakan produk-produk diatas. Banyakkan minum air dan bersenam boleh membantu mengeluarkan toksid didalam badan. Selain itu disiplin diri untuk tidak menyentuh wajah adalah penting kerana khuatir tangan kita dipenuhi bakteria dan kuman.

Jebeng Otaiβ„’
walaupun x beberapa kacak..sy pki kesemuanya..hehe

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 105 Comments

  1. zik

    aku tak pakai dah pencuci muka… huhu…

      1. cik tom

        xpe kl muka xbermasalah..xyah pki pe2..hee

      2. hafizmd

        Muka sentiasa licinlah bro zik ni…hebat!

  2. ProfHariz

    Macam dpt sponsor post je bro πŸ˜›

    Saya pakai safi je ;p

    1. JebengOtai

      haha..xder la..nk guna lelaki kacak smbil2 sharing info.. πŸ™‚

      1. akhiyy

        hehehe..kene selitkan..baru lelaki kacak namenye..hehehe

          1. cik tom

            wah ph pakai safi..heee

    2. hafizmd

      safi?
      wife ambe pakai safi, kdang2 terembat jugak…hahaha

  3. zulkbo

    salam..
    setakat ini saya masih mengekalkan kekacakan dengan hanya guna sabun lux di muka..he he..layan πŸ™‚

    1. JebengOtai

      pki sabun lux dah kacak..apetah ag pki garnier..mcm fahrin..hehe

  4. Izzuddin Fauzi

    Hahaha/// Ak pakai safi BALQIS je πŸ˜€

    1. JebengOtai

      erk..bio btul?..huhu

      p/s: tp produk utk lelaki diambil dri produk wanita juga..cuma beza bau wangian shja..

      1. SuhairiDotCom

        Aku pn pnh pakai safi..syukur sbb kulit aku pkai pencuci jenama apa pn boleh πŸ™‚

        1. JebengOtai

          owh..sng nk jga muka..ade certain2 produk sy x leh pki..rasa mcm pedih jer..huhu

          1. SuhairiDotCom

            ye mmg sng bro nk jaga muka ni πŸ™‚
            mmg kebersihan tu penting tp kaw sini mmg teruk la pencemaran πŸ™

          2. JebengOtai

            faktor pencemaran pon leh jdikkan kulit bermasalah..

          3. Izzuddin Fauzi

            Jangan pakai yg terlalu berkimia… ehehe… cm ne tu πŸ˜€

  5. anif

    Hmmm.. Bab penjagaan yang muka yang sudah lama ditinggalkan!

    1. JebengOtai

      kadang2 sy pon pki pencuci sj..yg len2 mmg x sempat..lmbt gak nk pkinya.. πŸ™‚

  6. syamila

    adik kak sya pun mmg pentingkan penjagaan muka…tp bukan my hubby…kemalasan sket…he3

  7. akhiyy

    patut la muke bro nampak berseri..hehehe..ini rahsia nye.

  8. wazy

    Garnier memang terbaik,hehehe

      1. hafizmd

        canteklah…ambepun baru je decide semalam nak beli garnier….thanks bro kongsi testimonial..hehe

  9. akubiomed

    Pencuci muka wajib bagi saya kerana mengunakan motor ke tempat kerja. Kalau tidak cuci kulit rasa gatal-gatal πŸ™‚

    1. JebengOtai

      mamat motor mmg kene pakai pencuci muka..kalo x mmg bau asap la..hehe

  10. hafidz

    Setakat ni brand Nivea memang menjadikan muka aku kacak berseri heh πŸ˜€

    1. wan

      bro.allah yang bagi seri kat muka kau.bukan produk tu.mmg nampak kecik je hal mcm ni.tapi dah termasuk dalam syirik bro.syirik tidak tersengaja.

  11. tehr

    Aku cuci muka dengan sabun mandi dan air sejuk je
    Huhu

    1. JebengOtai

      petua ke ni??..simple jer..tp leh maintain kacak..hehe

      1. tehr

        bukan petua
        hanya gna apa yang ada je πŸ˜€

    2. dzuandiey

      haha…dah terbayang macam mana..opsss..

  12. Hafizul

    Haha…lelaki tak kacak tak boleh pakai menda ni semua..tak pasal-pasal semua orang jadi kacak..hahaha..kesian kaum perempuan yang tengah mencari lelaki tak kacak tu…

  13. sjiehan

    semangat lagi bro lelaki kacak ni!!

    saya dah give up..

    hahaha….

  14. azmanisma

    Saya guna sabun susu madu dari siam untuk cuci muka he3..

    1. JebengOtai

      sy panh dgar..sabun susu beras..sus madu pon ade gak ker?

  15. yas

    Kalau jenis malas mcm ni ni rasanya susah sikit nk beli itu dan ini bro….tak guna…last2 buang saja jerr…hehehe

    1. JebengOtai

      aah..kdg2 bli byk pki pencuci muka jer..yg len terbengkalai..hehe

  16. azura

    hihi bagus sebab ada sikap nak jadi kacak yer

    1. dzuandiey

      lelaki kacak mesti menjaga wajahnya..hehee

  17. hatiputera

    aku jarang pakai pencuci muka,,hehehe

  18. faizul

    ramai rupanya orang lelaki yang tak menjaga kulit muka. Saya pun sama πŸ™‚

    Saya tak rasa kulit saya memerlukan penjagaan yang rapi, sekadar bedak Dashing sudah mencukupi.

    Banyak sangat produk yang saya tak tahu langsung ni.

    1. JebengOtai

      yeke?..ni bru skit lom complete ag..tp yg complete kalo kerja mcm pelakon @ model la..huhu

    2. dzuandiey

      lelaki pun kena jaga..kalau tidak. teruk jer tengok..hehe

  19. Din

    Pencuci Muka, Pelembap Muka, Pelindung Sinaran UV & Facial Mask,

    aku guna pencuci muka je..haha

  20. Mus

    saya beruntung kerana wife saya seorang beautician..
    dapat free facial..

  21. puteri kasih

    lelaki kacak sekarang dah terer dalam bab penjagaan muka πŸ™‚

  22. titan

    wahh..ada kat bilik air rumah aku tu..camana tau nih..

    1. JebengOtai

      sori bro..mmg amik gmbr dri bilik air bro..hehe

  23. puanbee

    wah wah wah jebeng ni , kemain dia pecut entri lelaki kacak

  24. segalabenda

    hehehe…dulu masa awal 20 an siap aku leh pakai fair and lovely lagi hehe

  25. Mekar

    suami ku juga guna garnier ni.

    1. JebengOtai

      aah..produk ni agak complete la dan sesuai utk semua jenis kulit.hehe

  26. rahman

    kalau menang.. bro mesti kacak macam fahrin πŸ™‚

  27. Juan

    memang kacak lah entry nih

    1. JebengOtai

      kene pndai pilih produk bro..kalo x negative side efek lak…

  28. wandisini

    dah bekerja and ada duit ni baru aku pakai pencuci muka. dulu masa belajar tak pernah pakai pun. sebab tak ada duit nak beli.haha…sekarang kena pakai gak sebab tiap hari pergi and balik kerja naik motor. kadang-kadang hujan lak. so muka memang terdedah dengan banyak kotoran

    1. JebengOtai

      sama la bro..nak x nk mmg kene bli..yela kene asap hari2..x kacak lak nnt..hehe

  29. fiezaradzi

    mmg info baik utk lelaki2 kat luar sana supaya sentiasa jadi lelaki kacakni. hehe

    1. JebengOtai

      hehe..aah,sbnarnya jaga penampilan pon agk penting juga.. πŸ™‚

  30. cik tom

    fuyoo agak susah nk jmpa lelaki yg pakai kesemuanya…kl pcuci tue biase dgr..mmg lelaki maskulin ni..

    1. JebengOtai

      rasanya fahrin pon kalah..hehe

      p/s: kalo bgun lambat mmg x sempat pki sume..huhu

  31. Hazmin Hamudin

    Pencuci muka penting tu untuk menghilangkan minyak2 di muka. Barulah jadi lelaki kacak..

  32. arelan

    dulu aku pakai garnier tapi skang lore’al for men la.jadi cam aaron aziz sket.hahaha

    1. JebengOtai

      garnier fahrin paki bro..hehe

      pnah gak pki loreal..tp kulit jdik gelap..salah beli bro..hehe

  33. chii

    kalau nak kacak macam FA..pakai la garnier…ehehe..

    adik2 kat umah..pakai nivea…tp kadang2 dorang pakai je apa yg ada dlm blk air..aish..

  34. shraqs

    Sama brand la kita ni bro πŸ™‚

  35. Encik Bukit Besi

    Petua kat atas ni best…tapi cara hilangkan jerawat untuk lelaki kacak ada tak? haha…sempoi ah lu Jebeng..

    1. JebengOtai

      owh..tips die byk minum air suam, sayur dan makanan lain dan jgn pegang muka.. πŸ™‚

      1. W.HabibuRahman

        jgn pegang dgn tgn y kotorkan?

        lepas picit jerawat ni jerawat tu pulk y jadi mangsa…

  36. Adam

    Saya kalau pakai pencuci muka, mesti jerawat akan naik.. Kenapa eh?? Selalu sangat camtu…

  37. zuan

    dlu aku pakai garnier ni. tapi not working good for my skin.. then kembali ke loreal dan 5 kali ambil wuduk setiap hari πŸ™‚

  38. W.HabibuRahman

    penerangan y menarik bro…

    aku selalu guna sabun gamat.alhamdulillah.
    berkesan.

  39. hairulafiz

    dulu guan jugak garnier ni skrg dah tukar nivea scrub…

  40. OPRA

    AQ GUNA PNCUCI MUKA SABUN BERAS MADE IN THYLND:)

  41. dzuandiey

    haha…cikgu pun guna benda alah ni…tapi yang acne dengan roller warna hijau tu..hihihi..berkesan kot..

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.