Separuh Akhir EURO 2012 : Sepanyol Lawan Portugal

Separuh Akhir EURO 2012

Separuh Akhir EURO 2012. Tepat jam 2.45 pagi ini, wisel akan ditiup untuk memulakan sepak mula Separuh Akhir EURO 2012. Pertembungan dua lagenda ternama bola sepak untuk melayakkan diri ke pusingan akhir EURO 2012. Setelah berehat selama dua hari, pelbagai rancangan rapi dan persiapan telah dibuat sebelum berjuang bermati-matian di padang nanti. Ada juga khabar-khabar angin mengatakan perlawan pagi ini bukannya Sepanyol bertemu Portugal, tetapi Sepanyol bertemu Ronaldo. Sumbangan beliau memang tidak dapat dinafikan dan kehebatannya terserlah ketika membantu Portugal sehingga melayakkan diri ke Separuh Akhir EURO 2012. Seperti entri sebelum terdapat beberapa sindrom seperti tidak dapat beraksi dengan cemerlang ketika mewakili negara. Mungkin sindrom ini tidak menyerang CR7 berbanding pemain-pemain ternama seperti negara Belanda dan lain-lain.

Christiano Ronaldo Score

Separuh Akhir EURO 2012 : Ramalan Vanfery

Kagum dengan ramalan Vanfery ketika Suku Akhir EURO 2012. Hampir 100% tepat dan beza hanyalah juara dan naib juara kumpulan D. Tidak disangka-sangka ketika itu Perancis kalah dengan Sweden. Mengikut ramalan Vanfery, perlawanan Separuh Akhir EURO 2012 ini 60% memihak kepada Sepanyol. Sifoo berpendapat, walaupun sukar sekalipun, Sepanyol tetap akan menjaringkan gol di setiap perlawanan. Pasukan Portugal pula kelihatan terlalu mengharapkan Ronaldo dan Nany untuk menghasilkan jaringan gol. Vanfery menjangkakan Sepanyol 2 – 0 Portugal.

Separuh Akhir EURO 2012 : Ramalan JebengOtai

Saya hampir bingung dan keliru pasukan mana yang akan layak ke pusingan Akhir EURO 2012. Walaupun jentera serangan Sepanyol agak tumpul, tetapi pemain tengah mereka mempunyai skil yang tinggi. Oleh kerana perlawanan kali ini untuk kelayakan pusingan akhir, berkemungkinan juga Ronaldo akan dirasuk hantu jembalang untuk menghasilkan gol kemenangan. Saya ramalkan Sepanyol 0 – 1 Portugal.

Separuh Akhir EURO 2012 : Juara EURO 2012

Pagi ini merupakan penentuan samada pasukan Sepanyol layak ke pusingan akhir ataupun tidak. Ia juga penentuan siapakah yang akan menerima hadiah 10,000 trafik ‘contest’ yang dianjurkan Denaihati sempena EURO 2012 ini kerana kebanyakkan para peserta memilih Sepanyol sebagai pasukan pilihan mereka. Jika Sepanyol kalah pasti ramai yang akan kecewa.

JebengOtai™
portugal @ spain? siapa yg kalah dlm separuh akhir EURO 2012 ini..common ronaldo..boleh nya..hehe 🙂

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 26 Comments

  1. Kulanzsalleh

    Dua-dua tu pasukan pilihan aku..
    tapi dalam kes ni.. aku punya sokongan lebih kepada Portugal juga.. 😀

    1. JebengOtai

      aah la bro..sy dpt rasakan ronaldo disampuk hantu..hehe

    2. Mus

      saya juga sama bro

  2. Lizz

    tak tengok. ada atas katil. peluk bantal.hehehehehe

  3. onlajer

    ronaldo kurang hensem sama dengan rooney

    1. JebengOtai

      xleh nk slahkan diorg jugak..kalo pemain len x membantu sgt..huhu

  4. mak lagenda

    Spain jugak yg menang aikhirnya. Hahahahaha…

    1. JebengOtai

      yela..melalui penalti..menang nasib jer..hehe

  5. akubiomed

    Nampaknya Portugal kempunan untuk mendapat piala kejuaraan EURO 2012.

  6. eyqa

    hehehe.. spain!!
    mnang jgak akhirnya..

  7. ProfHariz

    Spain juara ! Suka sangat walaupun balik2 rumah sudah azan. Hahaha

  8. rahman

    spain menurunkan terlalu ramai pemain tengah.. penguasaan bola memang bagus tapi takde penyudah pun tak guna.. game yang membosankan.. nasib baik tak kalah 🙂

  9. arelan

    arghhhh…portugal kalah!!!!tidak!!tidak!!

  10. Din

    yes..plawanan ni spain menang!

  11. tehr

    bukan rezeki portugal kali ni
    dan nanti spain juga yang muncul juara
    hehe

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.