Hampir 5 hari blog JebengOtai ditinggalkan sementara untuk membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri dan beraya di rumah sanak saudara. Tidak terlambat saya ingin memohon maaf atas salah silap sepanjang penulisan saya didalam blog ini. Mungkin ada idea, balasan komen dan lain-lain yang mungkin saya terlepas pandang yang menyakitkan hati rakan-rakan blogger sekalian. Bagi saya tidak salah berbeza pendapat tetapi tidak bermaksud untuk mengecilkan hati sesiapa. Hari Raya tahun ini sama seperti sebelumnya, saya tidak dapat beraya sangat kerana mungkin saya akan menerima panggilan untuk menguruskan hal yang berkait dengan pekerjaan. Tidak seronok sebenarnya beraya dalam keadaan ‘standby’ mode ini. Tetapi apakan daya, tugas tetap tugas. Walaupun tugas saya tidaklah begitu penting berbanding mereka yang bekerja pada Hari Raya seperti anggota polis, bomba dan sebagainya yang terpaksa berkorban masa dengan keluarga demi menjaga keselamatan dan kelancaran kehidupan rakyat Malaysia di waktu perayaan ini. Terima kasih diucapkan kepada mereka.
Ops Selamat telah dimulakan sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri lagi. Sehingga kini, ada sumber yang mengatakan kemalangan dan kecurian ketika musim perayaan ini berkurangan. Statistik masih belum dikeluarkan kerana operasi ini belum tamat sepenuhnya. Mungkin operasi kali ini sangat memberi kesan positif dibantu dan disokong banyak pihak seperti PLUS yang menghentikan operasi selenggara jalan sebelum Hari Raya dan Kementerian Pelajaran yang meluluskan cuti sekolah awal untuk pelajar pulang ke kampung. Kempen-kempen berterusan dikaca televisyen dipaparkan untuk memberi kesedaran secara langsung kepada semua orang supaya memandu dengan berhati-hati. Diharap ketika warga kota pulang dari kampung untuk kembali bekerja dapat mengekalkan pemanduan cermat dan mendapatkan rehat secukupnya sebelum memulakan pemanduan. Sehingga entri ini ditulis, saya masih lagi tidak berkesempatan untuk beraya (blogwalking) diblog rakan-rakan sekalian kerana ada sedikit urusan yang ingin diselesaikan.
hati2 dijalan raya.. π
Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.:-)
selamat hari raya gak bro..maaf zahir dan batin π
samalah. bosan gak kalau kena on call aje nih..
mmg tensi..lepas raya jom bercuti bro..hehe
slamat hari raye juge!! π
yup.selamat hari raya.. π
den pun tak berupdate blog.. tak sihat dan hari raya memang sibuk
yela..ade yg sibuk menyambut tetamu..ttp sy sibuk wat keje kat pejabat..huhu
aku pun tak sempat nak update blog sebab berada dikampung.tiada akses 3g.hoho
pandu cermat jiwa selamat……..
ingtlah org yg tersayang..
ramai orang berlumba-lumba di kala raya nie. memang kena berhati-hati.
Selamat hari raya bro. selamat standby. Sama la kita..
Blog saya masih dalam mod sakit. Pening kepala juga. dah seminggu down.
tu la..hrap2 semuanya ok lepas raya nnt.. π
Selamat hari raya n maaf zahir batin utk bro sekeluarga juga
selamat hari raya jugak bro.. π
Standy mode dihari raya beng?? Hurmmm…selamat bekerja dan selamat hari raya ya beng. Maaf jika ada terkasar bahasa dan bergurau melampau batasan.
yela..selamat hari raya utk mak dan family.. π
selamat hari raya JO..maaf andai ada tersilap kata atau terkasar bahasa selama mengomen kat sini π
sama2..selamat hari raya maaf zahir danbatin ya.. π
selamat hari raya aidilfitri bro dari hatiputera sekeluarga.
selamat hari raya juga utk bro sekeluarga.. π
beli paper untuk baca berita eksiden…asal raya itu la tajuk utamanya…
tp skng mcm dh berkurangan sedikit.. π
selamat hari raya aidilfitri tuan…
selamat hari raya bro daddydee..
ha’ah mmg tak best tgk izara aishah dlm vanilla coklat raya
eh tgk gak ker..hehe
Boleh la buat layan sikit-sikit vanilla coklat edisi raya tu..hehe
ye aa bro..hehe
ramai suka buat mcm tu skrng ni π
best tak sambut raya? hihi