Tudung online menjadi trend wanita masakini. Sudah beberapa minggu saya menangguhkan masa untuk menulis entri sempena ‘Review dan Menang Samsung Galaxy Note’ yang dianjurkan bersama bro Azwan. Jujurnya saya tidak pernah membeli tudung, atau pakaian wanita samada untuk emak atau adik saya secara online. Mungkin juga salah satu penyebabnya ialah fobia warna warni yang terdapat di setiap rekaan tudung. Jika dipakai ianya tampak menarik tetapi jika digantung di kedai-kedai saya seperti keliru dengan pilihan yang ingin saya buat. Kemungkinan gen lelaki kacak menghalang penilaian warna terhadap mata saya. Ianya nampak seperti sama sahaja. Pada saya kaum Hawa sangat unik dapat membezakan cantik dan padan dengan hanya melihat sahaja. Tanpa pengiraan kompleks, fizik mahupun kimia dan matematik, mereka dapat memilih dengan mudah didalam ribuan tudung yang dijual di kedai. Aneh bukan.
Kedai Tudung Online : Mudah
Entri ini bukan untuk membandingkan antara lelaki dengan perempuan. Adam dan Hawa dicipta untuk melengkapi satu sama lain. Dari kaca mata saya, kedai tudung online ini mempunyai kelebihan tersendiri. Satu ciri yang terdapat kedai online atau web e-commerce ini ialah ianya mudah. Semuanya dihujung jari. Tidak perlu berasak-asak ketika musim perayaan ini untuk membeli tudung sebagai persiapan Hari Raya yang bakal menjelang. Ketika ini ribuan orang akan berpusu-pusu mebanjiri bandar dan pekan. Melalui kedai tudung online ini, semuanya boleh dibuat ketika menonton televisyen, masa senggang menanti buka, lepas sahur dan sebagainya. Bagi lelaku, perkara mudah ini sangat diminati. Pastinya para suami tiada masalah untuk isterinya ‘shopping’ secara online.
Kedai Tudung Online : Jimat
Faktor jimat juga membuatkan Faceboutique, kedai tudung online ini menarik minat ramai. Kita tidak perlu bersesak-sesak di atas jalanraya, pusat membeli belah dan sebagainya. Ia sebenarnya lebih menjimatkan disebabkan kita tidak perlu mengeluarkan kos untuk bahan api, dan lain-lain perbelanjaan yang tidak diperlukan. Jika membeli dengan banyak juga dapat menjimatkan kos penghantaran. Berat 2-3 helai tudung tidak sampai pun 100gm. memang menjimatkan.
Kedai Tudung Online : Cepat
Selain mudah, jimat ianya cepat juga. Membeli tudung online ini dapat menjimatkan masa kerana kita tidak perlu pembantu kedai mengambil tudung, menunggu mereka melayan pelanggan lain dan lain-lain lagi. Kita hanya perlu ‘browse’ mana yang berkenan, pilih dan ‘checkout’ sahaja. Ianya memang cepat tanpa sebarang masalah. Hanya menunggu keesokkanya, tudung-tudung tersebut akan sampai di rumah kita.
Kedai Tudung Online : Cadangan
Jika hendak dikaji SEO yang digunakan, Faceboutique memang mantap dan mengungguli carian utama ‘tudung online’. Cadangan saya ialah, jika Faceboutique dapat menggunakan potensi produk Google seperti Google Map, Google Adword pastinya dapat membantu meningkatkan jualan tudung. Cara ini telah dipraktikkan oelh rakan saya Bumilangkawi, dan sehingga kini Google meletakkan Bumi Langkawi Homestay diatas peta Google Map.
[mappress mapid=”13″]
Sama la..tak pernah beli lagi untuk sesiapa..
Dan warna-warna tudung semuanya nampak macam menarik..
mmg menarik..byk juga pilihannya..
Tapi bila tengok depan-2 semua menarik,sampai tak tau nak buat pilihan hahaa..
haha..sama la bro..mcm fobia lak..hehe
sungguh menarik kontest ini…insyallah akan merajinkan diri untuk sertainya…
apapun good luck tuan…
sama2..mana tau ade peluang..hehe
masih belum terlambat untuk menyertainya
orang perempuan pasti suka…jangan lah madam besar saya tahu…tolong lah..
hehe..bli la utk hadiah bro..mesti madam suka 🙂
sekarang ni dah semakin ramai yang buat perniagaan online dan semakin ramai yang lebih gemar membeli barangan secara online kan
btul..ag bgus sbnarnya..wat part time..blogging pon leh masyuk 🙂
di mana2 sahaja kita boleh shopping skrg ni. duit ibarat air mengalir.
btul..nk crik duit ssh..nk buang duit senang kalo kita x wat perancangan..
beli online kalau barangan ada masaalah boleh tukar balik ker.. kos penghantaran pemulangan siapa yang kena tanggung.. pembeli atau penjual..
jika masalah dri kedai mungkin die leh tanggung..ttp kalo mslh dri pembeli mcm salah beli,saiz dan sebagainya..pembeli yg tanggung..
ttp rasanya leh berbincang..
kalo ke kedai tudung atau baju.. mmg pening kepala utk memilih yg sesuai..tapi berbeza dengan kaum hawa yang suka pada banyak pilihan..
dah boleh beli online nie.. tentu kaum hawa suka……
yela..memudahkan diorg juga..hehe
Terbaik bro…
berebut2 nk dpt galaxy note..hehe
Wahh dalam perancangan Azwan tuh.. heeee… Jangan lupa kepelbagain pembayaran paypal payza marketplace.. buka akaun saja dan pastikan rate (%) charges dikira… sekadar cadangan tambahan…
p/s: dah siap bro nya GA baru leh ke tempat lain heeee…
merchant gateway pon penting jugak kan..
terima kasih. akan diberitahu kepada pemilik faceboutique tu..
mungkn menarik minat pembeli dalam dan luar.. 🙂
Wah sudah masuk contest yang dianjurkan oleh Azwan. Saya setuju mengunakan Google untuk promosi gedung kain tudung ini. Selamat berjaya bro.
sama2..hadiah galaxy note tu..hehe
wahh..ramai yang promosi ye sekarang ni..
hadiah lumayan bro..terpedaya gak ni..hehe
target galxy note ya bro hehe.
aah la bro..hehe
kalau orang rumah tahu ni.. memang kena serbu butik tudung ni..
Komprem..hehe
nmpk cantik..nanti blh join jgk..heee
Jom join ciktom..huhu
terima kasih join bro
sama2..hehe
Dah dekat nak raya nie.. Boleh ler kawe recommend kat my Misus..
shopping2 raya..hehe
terbbaik ni..business online..
ambil peluang berniaga secara maya..leh jana pendapatan..
selamat membeli tudung huhu 😛
Hehehe…sejujurnya aku mengaku aku tak pandai nak membeli secara online…nak bayar ptptn pun pakai pejabt pos..hahaha..lepas ni insyaAllah boleh la blaja…
cuba aa bro..mmg mudah sbanrnya 🙂
kamipun ingin mencuba nasib online business ni..insyaAllah
makin meriah la shopping online ni..hehe
plan nak join tapi tak terjoin lagi. lambat lagi abis contest ni kn..next week la cari masa perah idea..huhu~
galaxy note dah lambai2 tu~~~
goodluck! 🙂
melambai2 para pemenang..jgn lmbt sgt..nnt lupa.. 🙂
penah gk beli selendang online before this..tgk dlm gambo..sgt menarik..tp bila da dpt..aduhaii..terasa rugi sgt..sebab tu da xmo beli tudung online lg..nnt mesti x puas ati lg :p
Yela..kene hati2..
Terbaik…..