Selamat Hari Raya dan Selamat Tinggal Serverfreak

Tidak terlambat saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada pengunjung blog ini. Diharap segala tulisan dan ulasan yang menyinggung atau mengguris hati dapatlah dimaafkan. Hampir seminggu juga saya beraya di kampung halaman. Dan pada waktu itu juga terdapat beberapa masalah yang saya hadapi. Bukanlah masalah untuk beraya tetapi masalah hosting untuk laman ini dan beberapa domain yang lain. Selamatlah sebelum pulang ke kampung sempat juga saya membuat beberapa siri ‘backup’ sebagai persediaan untuk segala jua kemungkinan. Manalah tahukan, esok lusa hilang segala data menangis tidak berlagulah saya.

Selamat Tinggal Serverfreak

Hampir seminggu juga saya menyelesaikan masalah ini. Masalah yang saya hadapi ialah ‘error 500’ dan menurut dari pihak Serverfreak ianya berpunca dari penggunaan CPU atau ‘resource’ yang tinggi melebihi had akaun saya. Beberapa ketika walaupun penggunaan CPU 0%, laman sesawang saya tidak dapat dibuka sehinggalah akhirnya saya nekad untuk menggunakan perkhidmatan yang lain. Saya tidak menyalahkan mereka kerana Serverfreak telah membuat sehabis baik untuk menyelesaikan masalah ini. Cuma apa yang saya terkilan ialah saya tidak pasti punca kerana secara logiknya memang kita tidak boleh mengesan log apa yang di proses oleh CPU sehingga penggunaannya tinggi.

hosting baru

Itulah salah satu kelemahan ‘shared hosting’ dan lebih terkilan lagi saya dicadangkan untuk naiktaraf akaun saya supaya dapat menyelesaikan masalah itu. Saya tidak pasti ianya satu penyelesaian jangka panjang atau pun tidak. Sebelum ini saya pernah menggunakan khidmat VPS dari hosting yang lain dan pada ketika itu amatlah sukar kerana tiada pengalaman untuk membuat tetapan server. Lebih-lebih lagi ketika itu kosnya sangatlah tinggi.

Masalah ini pun berpunca dari tetapan ‘plugin’ W3TC dan juga Cloudflare yang menyebabkan masalah ‘redirect’ terlalu banyak. Seperti sedia maklum saya menggunakan Cloudflare untuk menggunakan kelebihan SSL yang diberikan secara percuma. Dan plugin W3TC untuk mempercepatkan lagi ‘speed’ laman sesawang. Jika saya tidak aktifkan kedua-duanya pasti saya tidak akan berpindah menggunakan khidmat yang lain. Apa yang saya boleh nasihatkan, jangan mengikut kata hati ketika marah kerana kadang kala penyelesaian yang mudah kita boleh terlepas pandang. Bagi mereka menghadapi masalah yang sama, bolehlah nyahaktifkan plugin W3TC serta tetapan Cloudflare sebelum kita boleh mengesan punca sebenar masalah ini.

Jebeng Otaiā„¢
selamat tinggal serverfreak…

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has One Comment

  1. cik tom

    ciktom baru beralih ke serverfreak tahun ni..tapi menyesal plk pindah..bila pndh..tgok server yg lama upgrade kapasiti bagi setiap pakej..huhu

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.