Hosting Baru JebengOtai.com

Beberapa hari yang lepas dengan keadaan yang agak menyedihkan saya terpaksa juga mencari hosting baru yang lain. Hosting yang setelah sekian lama berkhidmat akhirnya tidak dapat menampung keperluang blog JebengOtai. Sebolehnya saya ingin mengelakkan segala kesulitan kepada pihak hosting dan juga para pengunjung yang melawat blog JebengOtai. Saya selalu ingin berikan yang terbaik tetapi jika ‘paltform’ yang digunakan agak goyah, lambat laun pasti memberi sedikit kesan kepada kepada kita. Saya bukannya ingin memburuk-burukkan khidmat mana-mana hosting tetapi selalunya ‘customer always right’. Mungkin dalam kes tertentu seperti blog JebengOtai, saya rasa seperti terpinggir dan dianaktirikan. Penyelesaian diberikan hosting sebelum ini kepada saya dengan menggunakan VPS tetapi dengan pendapatan bulanan blog masih belum mampu menampung perbelanjaan kos yang perlu dibayar. Akhirnya saya membuat keputusan untuk bertukar hosting ke ServerFreak untuk memberi yang terbaik kepada blog ini.

hosting baru

Hosting Baru : ServerFreak

Sebelum ini saya pernah berpindah domain baru didalam hosting syarikat yang sama. Dan kali ini saya terpaksa berpindah ke hosting baru syarikat lain pula. Ternyata ianya amat sukar sekali. Walaupun kita menggunakan database yang telah di’backup’, semua entri yang akan dipaparkan adalah entri ‘revision’ sahaja. Amat mengejutkan dan panik juga. Penat lelah selama dua bulan yang lepas hilang begitu sahaja. Lebih menyukar jika tidak membuat ‘backup’ entri melalui aplikasi terbina eksport WordPress. Berkali-kali juga saya menukar DNS untuk menjalankan proses pemindahan. Memang meletihkan ketika menunggu domain benar-benar sudah ‘propagate’ ke DNS yang sepatutnya. Segala kepayahan telah selesai juga, mungkin ada satu dua komen yang gagal saya selamatkan ketika proses pemindahan hosting.

Hosting Baru : Tips Tukar Hosting

Pelbagai cara dan tips telah dibuat oleh mereka yang pernah bertukar ke hosting baru. Tips dan teknik ini banyak dipaparkan didalam blog-blog mereka. Berikut merupakan cara yang saya gunakan untuk berpindah ke hosting baru tetapi digalakkan menyerahkannya kepada yang pakar.

  1. Sebelum tukar hosting, pastikan akaun baru telah dibeli dan ‘backup’ kesemua fail WordPress didalam hosting lama. Jika boleh, sila gunakan perisian FTP untuk memudahkan muat turun fail-fail tersebut ke komputer kita.
  2. Pasang plugin ‘Maintenance Mode’ untuk mengelakkan pengunjung meletakkan komen di blog. Gunakan WordPress Export untuk memindahkan kesemua entri, komen, kategori, page dan lain-lain lagi.
  3. Tukar DNS ke hosting baru. Tunggu beberapa minit sebelum domain ‘pointing’ ke hosting baru.
  4. Install WordPress baru dan import fail yang telah di’backup’ pada langkah 2. Kesemua entri, komen, tag dan page akan dikembalikan seperti laman web sebelum ini.
  5. Muat naik kesemua fail seperti gambar,plugin dan tema kedalam hosting baru melalui perisian FTP. Berkemungkinan ia mengambil masa yang lama mengikut saiz data yang ingin dimuat naik ke server.
  6. Sedikit pengubahsuaian seperti menu dan tetapan lain perlu dilakukan untuk mengembalikan blog kepada tetapan yang asal.
JebengOtaiβ„’
selamat dah setel..cuak jugak la mula2..huhu

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 88 Comments

    1. hafizmd

      alhadmulillah…
      mesti cuak punyalah…nak2 kalau sendiri yg pindahkan..
      terbaik!

  1. Cikgu Hairul

    Serverfreak tak ada servis pemindahan hosting ke bro? Rasanya ada dia blh tolong pindahkan semua sekali. Kita cuma bagi access ke server lama je. Sebab sblm ni saya pun pernah pindah hosting gak.

    1. JebengOtai

      mmg ada..tp disebabkan dah ‘berbuku’ dgn hosting lama..tu yg buat sendiri..hehe

      1. hafizmd

        hehe…aku baru nak tanya..tp aku dah agak yg bro JO ada benda yg ‘tak puas hati’…mesti buat sendiri sampai puas hati dan lega =)

        terbaik JO!

      1. nurmisnan

        aku dgr pun serverfreak bagus.. mayb aku guna ini jugak

        1. JebengOtai

          setakat ni mmg respon pantas..harap2 berterusan la..huhu

          1. cik tom

            sblm ni gn apa? tiba2 nak tau..hehe

          2. hafizmd

            Serverfreak mmg power…kalau tak, takkan denaihati ngn kak jie guna serverfreak..betul tak?

  2. wazy

    SF memang memuaskan,ramai juga rakan-rakan blogger guna

    1. JebengOtai

      tu aa bro..tgk diorg ok jer..tu yg pilih sf.. πŸ™‚

  3. Shack

    sayapun pernah mengalami keadaan ini di blog yang lain dan ambil keputusan pindah hosting | setakat ni sf mmng terbaik..

    1. JebengOtai

      mmg tepat sekali..dripada kene amik pelan yg bukan2..pindah terus..huhu

  4. anif

    Tahniah.. Semuanya sudah selamat. πŸ˜€

  5. chii

    no wonder dr semlm chii try access x boleh..ehehe..xpe2..kini semuanya da selamat

    1. JebengOtai

      Geram nya pasl..kene ltak maintenance mode..hhuhu

      1. nurmisnan

        patut ler.. kau tgh runtuh dinding baru..

  6. akubiomed

    Patutlah beberapa hari ini tidak boleh hendak akses ke blog bro.

    1. JebengOtai

      proses pemindahan sdg dalam progress..skng dh online blik..hehe

  7. titan

    hoho..dah tukar dah. dari tadi tak leh masuk..

  8. ProfHariz

    Patot semalam tak boleh masuk. Dan tahniah bro. Server freak memang terbaik !

    1. JebengOtai

      yela..diorg mmg peramah..tp sbb x puas hati dari awal smpi akhir proses transfer buat sendiri..huhu

  9. faizul

    Bila dengar masalah-masalah camnilah yang membantutkan niat nak mula berjinak-jinak dengan domain dan hosting.

    1. JebengOtai

      terpaksa belajar sendiri..lama2 jdik expert nnt..hehe

  10. puteri kasih

    patutla semalam puteri takleh masuk..tahniah dah berpindah dengan selamatnya πŸ™‚

  11. hatiputera

    semoga bergembira dengan SF team,,,aku cuma menghadapi masalah propagate jer dulu sebab salah set DNS,,hahaha

    1. JebengOtai

      hehe..xper2..kalo x wat silap kita x tau.. πŸ™‚

  12. Din

    baru tukar…harap hosting ni lebih baikd ari sebelumnya..

    lama gak tak boleh bukak blog jebengotai ni..

    1. JebengOtai

      mmg seram sejuk gak la time nk tukar ni..hehe

  13. mak lagenda

    Alhamdulillah dah selesai akhirnya masalah beng nih. Blog mak pun akhir2 nih mcm ada masalah.

    Pihak Hosting lmbat gila bertindak. ERmm..lebih tepat, LANGSUNG TAK ADA apa2 tindakan yg depa buat!!

    Terasa gak nak pindah hosting sok lusa tp masalahnya pihak hosting lama x bg mak ekses masuk..camne nak buat??

    1. JebengOtai

      parah gak mcm tu..mcm kene paksa lak kan..

  14. zool

    pernah tukar hosting sekali untuk rear-wheel.com .. pindah ke serverfreak la juga… banyak minta tolong kawan2 .. kita tak berapa nak pandai..

    1. JebengOtai

      xper..kalo pindah domain senang..pindah hosting agak mencabar la..huhu

  15. cikgu naman

    ada satu blog lagi pakai hosting Serverfreak..dapat free cabutan bertuah..hehe

    alhamdulillah..dh selesai ye..

  16. daddydee

    sebelum ni pakai Hosting apa tuan???

  17. onlajer

    Taniah jo, err ada sapa-sapa yang buat tutorial blogspot nak pindah dari free ke kena bayar aku nak baca hehe

    1. JebengOtai

      sy bru terperasan ade features import entri dari blogspot ke wordpress..kat WP import.. πŸ™‚

  18. nurmisnan

    waaaaaa…. sudah tukar ka? aku jer belum.. hik3
    bila ekkk nak buat.. tunggu lepas raya = bulan poser
    entah.. nantilah.. bz dgn benda lain..

    1. JebengOtai

      xper..mende ni mmg kene planning awal..xnk amik risiko..huhu

  19. Hafizul

    Yaaa…tahniah jebeng otai kerna bertukar ke serverfreak..hehe..berguna juga entri ni buat sy..mana tahu dilain masa memang perlukan tips ni..hehe

    1. JebengOtai

      kalo yakin leh cuba..kalo x serahkan pd yg pakar.. πŸ™‚

  20. budak felda

    hehehe wellcome to group Serverfreak hehe aku jugak guna hosting ni mmg berbaloi..:) insyallah

  21. Kamal Mustafa

    KM guna hosting hostgator, setakat nie tiada apo masalah lagi.

    1. JebengOtai

      erk..tp kalo ade prob mcm ssh gak nk communicate nnt..hehe

  22. iAwani

    wow! entri ini membantu saya memahami bagaimana bertukar ke hosting baru. Thanks

    1. JebengOtai

      harap2 leh membantu walaupun rasanya mcm phm2 sendiri jer..hehe

  23. cik tom

    alhamdulillah dh selesai pindah..
    ciktom still maintain dgn hosting lama lg ni..
    ada jgk cam tertarik dgn offer serverfreak..
    tp br je renew bln 4 aritu..so continue je la selagi semuanya ok xde maslaah..

    1. JebengOtai

      yela..jika baru renew xper la..kalo dh nekad..kene buat backup cepat2..sng nk pindah nnt..hehe

  24. cik tom

    pergh…mesti trafik blog ni dahsyat smpi hosting suggest Vps..

    1. JebengOtai

      erm x derla..maybe tweak sbb nk bg laju..haha

  25. Kulanzsalleh

    Aku pernah rasai pengalaman macam ni tahun lepas bro.. tapi masa tu serverfreak yang tolong pindahkan semua data.. jadi tiada satupun entri atau komen yang hilang.. serverfreak memang terbaik πŸ™‚

    1. JebengOtai

      tula..ingtkan nk suro serverfreak yg pindahkan..tp x per la cuba sendiri…hehe

  26. arelan

    ni ke sebabnya takleh masuk semalam.aiyooo…bila la nak pakai hosting sendiri ek.hmmm

    1. JebengOtai

      join la give away jebengotai..mana tau kot2 leh dpt hosting percuma..

      1. arelan

        kalau ikutkan nk join tapi sekarang ni memang musim yang hectic.nak update blog sndri pon tak sempat.nak blogwalking pon tak larat.waaaaa

        1. JebengOtai

          xper bro..kalo dh setel sume leh join..hehe

  27. tehr

    kerja sakit kepala ni
    tapi memang boleh senyum lebar bila semuanya selesai
    tahniah, bro

    1. JebengOtai

      dah dua tiga hari senyum lgik ni.. πŸ™‚

  28. Ladfe Amir

    memang terfikir nak bertukar hosting skrg ni. salah satu pilihan mmg SF.

    SF boleh uruskan segala urusan pemindahan data dari hosting lama ke hosting SF kan?

    blog saya pun bermasalah, tapi blm berkesempatan nak gobek2 cari puncanya.

    1. JebengOtai

      aah..tp kene tanya dulu la apa yg diorg perlukan utk proses pemindahan fail..

      kalo email mmg cepat diorg jwb..

  29. Juan

    bro sama la ngan saya, pakai server yg sama, tahniah

  30. Blog Asyraf

    Trafik kencang sangat ni bro.. Pakai saja vps kehkehkeh..

    1. JebengOtai

      huhu..xla..mslh cpu overload..trafik biasa2 jer..hehe

  31. azman

    boleh saya mintak tolong nanti kalau nak tukar hosting lain nanti.

  32. Mus

    tahniah bro.. blog semakin mantap

    1. JebengOtai

      terima kasih..x berapa nk mntap ag ni..hehe

  33. puanbee

    tambah lagi geng serverfreak

    1. Mus

      sy pun geng juga.. hosting untuk encikmus.com tu

  34. jaerul

    tak pernah berpindah lagi,. masih setia dengan netkl. πŸ™‚

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.