Selamanya Harimau Malaya

Sedih dan kecewa harapan Malaysia untuk mara ke final AFF Suzuki Cup 2012. Bertambah-tambah lagi dengan jatuhnya kedudukan entri 3 blog pilihan terbaik JebengOtai. Jujurnya saya ingin mengucapkan syabas kepada Harimau Malaya dan penyokong-penyokong tegar kerana setia bersama pasukan negara kita. Masih banyak ruang untuk diperbaiki. Fokus Harimau Malaya untuk siri hadapan sepatutnya sudah bermula dari sekarang. Ramai yang tidak berpuas hati dengan pengadil ‘Kpop’ yang agak berat sebelah memberi keputusan. Lebih-lebih lagi apabila kad merah diberikan kepada pemain pertahanan Harimau Malaya. Lebih memilukan apabila Mat Yo terpaksa beraksi solo dihadapan. Kadang-kala diapit sehingga 4 pemain Gajah Perang. Apakan daya. Tetapi jika terlalu banyak memberi alasan kita tidak akan maju kehadapan. Pengadil, keadaan padang sering dijadikan alat untuk melepaskan diri daripada ‘dibahan’ pihak media atau penyokong.

aff suzuki cup 2012

Kagum dengan semangat juang Harimau Malaya. Walaupun tempang tapi masih memberi saingan dan tentangan. Banyak juga percubaan yang agak merbahaya dan sedikit menakutkan pihak lawan. Ada sedikit kecelaruan sehingga dihukum dengan dua gol. Keseluruhan permainan pada saya biasa sahaja. Bola banyak memihak kepada Thailand, kawalan serta percubaan gol melebihi Harimau Malaya. Ada yang berpendapat Mat Yo tidak septutnya keseorangan. Saya tidak pasti mengapa berkemungkinan banyak tonggak utama mengalami kecederaan.

Saya tidaklah fanatik bola. Memang terasa lain apabila melihat ‘orang kita’ beraksi di pentas antarabangsa. Gembira, semangat dan mengujakan. Itulah gambaran tepat ketika melihat mereka beraksi. Ada sesetengah pihak menganggap sukan sebagai senjata atau modal politik. Ada dikalangan mereka mendakwa sukan di Malaysia salah satunya bola sepak boleh maju dan setanding pasukan ternama lain jika mereka di pilih untuk menerajui kepimpinan esok. Tidak hairan, jika mereka memandang semua sudut untuk dipolitikkan sehinggalah ada yang mempolitikkan agamanya sendiri. Apabila PM melawat skuad Malaysia, mulalah ada pihak mengaitkannya dengan politik. Saya sendiri berpendapat sukan tidak usah dipolitikkan. Biarlah mereka yang ahli atau mahir didalam bidang tersebut mengawal dan mengatur atlit-atlit kita.

Apalah salahnya mengumpulkan veteran bola untuk membincangkan strategi, masalah dan lain-lain lagi untuk mempersiapkan Harimau Malaya untuk sebarang pertandingan. Pelan jangka panjang seperti skuad pelapis juga harus difikirkan. Mungkin kita boleh mencontohi Jerman yang kebanyakkan pemainnya di letakkan didalam satu kelab. Persefahaman akan dapat dibina sepanjang tahun dan memberi kelebihan untuk segala taktikal dan strategi didalam perlawanan. Didalam perlawanan kelab mereka boleh bereksperimen menggunakan taktikal baru untuk menguji keberkesanannya.

Jebeng Otai™
boleh ag ni…

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 24 Comments

  1. hairulafiz

    silap strategi rajagopal, sepatut dgn taktik menyerang, bukan bertahan….

    1. jebengotai

      btul juga..terlalu lewat masukkan safee sali..hermm..

      1. daddydee

        Kalau ada Nazmi mungkin game akan jadi lain.

  2. pahan

    betul tu bro. kena la sabar je lepas ni 🙂

  3. Dulu Lain Sekarang Lain

    Barang yg lepas jgn dikenang, sudah menjadi milik Siam. tapi kawe pon selamanya Harimau malaya… ngaummm… mari senam rimau pulak.

  4. Juan

    bagi aku dah ok dah sebab kita berjaya ke semi final maa

  5. hatiputera

    Pada perlawanan itu, Thailand memang setakuk lebih baik dari kita.

    1. hairulafiz

      tak juga hp, thailand dpt advantage lebih dr refree

  6. TehR

    benar kita kalah tapi aku dah puas hati dengan semangat melawan harimau
    tak sia2 bagi nama harimau malaya
    tahniah

  7. Norizwan

    tak per…janji pernah juara tahun 2010 dulu…lagi pun dah nampak semangat usaha Harimau Malaya ni…biar kalah, puas hati…ttao sokong selamanya….

  8. azman

    Ramai tak puas hati dengan pengadil malam tu…nampak macam lalok.

  9. papa mifz

    Rasanya kalau 11 lawan 11 malaysia mam.pu bersaing dengan thailand

  10. segalabenda

    harap rajagobal dapat membentuk pasukan yang lebih mantap selepas ini untuk piala asia yang lebih besar statusnya.

  11. titan

    benda dah jadi. terima aje hakikat. waaa…waa..

  12. beckhrooy

    terima dgn hati terbuka,,memang rasa Mat Yo tidak boleh jadi leading striker, peranannya lebih baik bermain di belakang striker utama

  13. Blog Keperawatan

    Semoga harimau malaya bisa berjaya di lain kompetisi dan juga lain kesempatan

  14. Hafizul

    Ooo betul la pengadil berat sebelah…hehe..betul kata en titan tu..menda dah jadi terima ajela kan..huhu

  15. gamep01nt

    Strategi dia tu tkar rajagopal. hahahah.

  16. onlajer

    lepas ini kita support harimau selatan pulak hehe

  17. akubiomed

    Harimau Malaya perlu pandang ke hadapan dan pemain muda perlu didedahkan permainan diperingkat tinggi.

  18. yas

    Malang buat HM…harap2 Singapore boleh bedal geng2 siam tu….geram sgt aku!!!!

  19. daddydee

    syabas buat semua pemain harimau malaya.

    untuk game lain nanti harap pemilihan pemain lebih telus dan mengikut prestasi semasa pemain. Nak tengok Nazmi main ntuk Harimau Malaya.

  20. shraqs

    Diorang dah bermain habis-habisan & Tahniah!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.