Contest cabaran SEO kembali lagi. Kali ini pula menggunakan perkataan 3 blog pilihan terbaik yang dianjurkan oleh bro Amirez. Ia menguji kemampuan para blogger untuk menduduki kedudukan pertama enjin carian untuk perkataan 3 blog pilihan terbaik. Rasanya ramai sudah faham akan kepentingan SEO didalam kehidupan seorang blogger. Pengalaman lalu dari Lelaki Kacak dan Eyriqazz vs Denaihati mungkin boleh dijadikan panduan untuk menguji skil SEO masing-masing. Lain orang lain strateginya namun begitu untuk mencari strategi yang baik dan selalu mendapat tempat pertama dalam enjin carian memang sangat diimpikan oleh rakan-rakan blogger yang lain.

3 blog pilihan terbaik

3 Blog Pilihan Terbaik : DenaiHati.com

Hidup untuk memberi. Tagline popular yang digunakan oelh beliau. Saya mula berkecimpung didalam dunia blogging beberapa bulan yang lalu setelah mengenali blog beliau. Kagum melihat respon para pembaca yang diberikan didalam setiap entri beliau. Kadang-kadang bercita-cita juga untuk mengikuti jejak langkah beliau. Apa yang beliau dapat melalui blogging di berikan semula kepada para pembaca melalui insentif-insentif atau hadiah yang menarik. Dalam setahun entah berapa kali contest yang dianjurkan beliau atau berkerjasama dengan blogger lain. Pendapat saya, bro DH memang telah berjaya menjenamakan blog beliau dan mampu memberi impak besar untuk setiap kempen atau promosi yang dibuat beliau.

3 Blog Pilihan Terbaik : Titan @ Earncent.com

Cendol, Mikael dan Ain Maisarah. 3 perkataan itu sudah cukup untuk meneka siapa yang kerap menggunakan perkataan itu. Blogger seharusnya bebas mengeluarkan idea dan pendapat tetapi perlu untuk mengawal diri dari menyiarkan entri yang entahkan betul atau tidak. Penulisan bro Titan yang agak santai tetapi mampu menarik minat ramai orang membacanya. Itu belum termasuk skil-skil SEOnya yang berjaya menjana pendapatan sampingan untuk stok cendolnya beberapa tahun akan datang. Beliau gemar meletakkan gambar Ainan Tasneem dan secara kebetulan Ainan Tasneem itu junior saya.

3 Blog Pilihan Terbaik : Amanz.my

Kagum dengan blog rakan blogger, Amanz.my. Aktif berkongsi maklumat tentang gadget dan informasi berkaitan teknologi semasa. Rekaan tema yang ringkas, menarik dan ‘loading’ agak laju juga. Boleh dikatakan saya baru sahaja mengenali blog beliau dan kini ia menjadi rutin mingguan saya untuk singgah seketika meninggalkan komen. Selain itu, ‘pagerank’ blog ini adalah PR5. Bagi mereka yang ingin meningkatkan PR masing-masing bolehlah rajin meninggalkan komen diblog tersebut. Mana tahu, PR kita akan meningkat pada PR Update nanti.

Ramai lagi blogger luar yang boleh saya senaraikan didalam blog pilihan terbaik. Masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri. Contest seo 3 blog pilihan terbaik ini sangat bagus untuk blogger mencuba teknik-teknik yang dipelajari. Apa pun saya agak keliru dengan ‘unnatural link’ yang dikatakan oleh Google. Adakah ia bermaksud menerima back link dari laman sesawang spam? Jika mengikut logik, jika salah satu laman sesawang dikategorikan spam oleh pihak Google, kita mungkin akan terkena kesannya jika laman tersebut digunakan untuk menyertai contest seperti cabaran SEO 3 blog pilihan terbaik ini.

β€œContest 3 Blog Pilihan Terbaik ini dianjurkan oleh Amirez (dot) com dan ditaja oleh ContengConteng, Nurqider, Muazfariz, Azri, Shaharil, Firdaus Latib, Saljuhumairah, Ladfe Amir, CitaReka, Yaa Designs, Aiman Aziz, Hadi Hanafee dan Impiana Guest Houseβ€œ

Jebeng Otaiβ„’

80 Replies to “3 Blog Pilihan Terbaik

  1. Pilihan blog yg tepat dan patut menjadi ‘3 blog pilihan terbaik’tahun 2012. Tambah keyword dlm komen blog bantu SEO ke bro JbO.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge