Selepas penganjuran Bersih 2.0,Seksualiti Merdeka pada tahun ini juga dianjurkan oleh Ambiga Sreenevasan bekas Pengerusi ‘Malaysian Bar Council’.Bantahan demi bantahan dari pelbagai lapisan masyarakat kerana penganjuran Seksualiti Merdeka ini dipercayai boleh ‘mengizinkan’ budaya LGBT atau LESBIAN,GAY,BISEKSUAL dan TRANSEKSUAL di negara Malaysia.Budaya ini menjadi ancaman kepada masyarakat terutamanya golongan muda di negara ini dari dahulu lagi cuma tidak dihebohkan seperti pada hari ini.
Betulkah program ini mempromosikan gaya hidup seks bebas seperti dilaporkan berita?Apa tujuan sebenar program ini?Apa yang saya faham,program ini memberi pendedahan kepada golongan LGBT ini di mana mereka mempunyai hak yang sama rata,bebas dari penindasan dan lain-lain lagi isu sama seperti manusia ‘lurus’ yang lain.Niat memberi pendedahan undang-undang ini amatlah murni kerana setiap orang di Malaysia mempunyai hak asasi manusia dan tiada siapa yang mahu hak mereka dinafikan.
Walaupun golongan LGBT ini mendapat pembelaan undang-undang.gerakan Seksualiti Merdeka ini seharusnya tidak boleh berselindung disebalik ‘Hak Asasi Manusia’ untuk menghalalkan sesuatu yang bukan dan tidak dibuat oleh manusia normal sebagai contoh hubungan sesama jenis.Sebagai manusia yang sihat akal fikirannya seharusnya berfikir dengan waras dan berpandukan agama sebelum membuat sesuatu tindakan.
Hopefully program ini dpt ditangguhkan agar dpt meredakan kemarahan masyarakat..
bukan ditangguhkan…ditamatkan terus yang sepatutnya…apa lg yang dorang nak perjuangkan..haishh..macam2 la dorang ni
Yela..kalo dh sonsang..perjuang mcmane pon ttp songsang.. 🙂