Saya Nak Samsung Galaxy S II Sebab..

     Suasana sejuk menyelubungi tubuhku.Aku mencari-cari selimut menggunakan sepasang kaki ku ketika baring tetapi tidak juga ku jumpai.Anehnya pergerakkan ku terhalang.Aku merasakan seperti ada dinding di sekitar ku.Aku rasakan amat sempit dan cuba bangun kerana ingin mengetahui apa yang terjadi.Sebaik saja ingin bangun,kepala ku terhantuk. Aku bingung sambil menahan rasa denyutan sakit dikepala.Aku rasakan lelehan cecair suam-suam kuku yang aku pasti itu darah di tepi dahi ku bukan kerana hantukan tadi tetapi disebabkan sesuatu perkara yang terjadi ke atas diriku sehingga ku tidak sedarkan diri.Aku meraba-raba keatas.Tekstur seperti kayu yang menyebabkan ku terhantuk tadi.Aku teraba-raba kerana suasana gelap disekeliling.Aku kebingungan.Aku seperti berada dalam sebuah kotak dan bila ku tolak sekuat hati kerana ingin melepaskan diri,butiran-butiran pasir meluru masuk kedalam kotak dan mngenai aku.Aku terkejut lalu hatiku berkata, adakah kotak ini ialah keranda?Adakah aku ditanam hidup-hidup?Ya tuhan, adakah dugaan sehebat ini diberikan kepada hamba mu ini.Aku panik lalu aku mengetuk-ngetuk penutup kotak itu sehingga hampir pecah dan banyak pasir meluru masuk kedalam.Aku tergamam dan menghentikan perbuatan aku itu.

samsung galaxy s2

     Aku cuba tenang dan berfikir sejenak apa yang perlu ku lakukan ketika berada dalam situasi ini.Sambil berdoa aku meraba-raba sekeliling mencari apa sahaja yang ada yang boleh membantu aku melepaskan diri.Aku merasakan dihujung kaki ku ada sebuah beg galas.Lalu aku menarik beg tersebut menggunakan kaki dan membengkok sedikit badan untuk mencapai beg tersebut.Aku membuka zip dan menggeledah kandungan beg itu.Aku terjumpa satu pemetik api zippo, pisau dan juga sebuah telefon bimbit. Aku menyalakan pemetik api itu untuk melihat keadaan sekeliling.Aku pasrah kerana ternyata benar aku berada didalam keranda dan di tanam hidup-hidup.

     Aku tenangkan diri sambil memikirkan langkah-langkah untuk melepaskan diri.Harapan aku kini bergantung kepada telefon bimbit yang ku dapat didalam beg galas itu.Melihat dari bentuk dan skrin yang besar telefon bimbit tersebut aku pasti ia adalah Samsung Galaxy S II.Ketika hendak menekan ikon butang panggilan, aku menerima satu mesej bergambar yang mengandungi sebuah video yang dikirimkan oleh nombor yang tidak dikenali dan aku pasti ia bukan dari Malaysia.Aku mencari fungsi untuk memainkan video itu kerana ia telah diubah setting kepada bahasa yang tidak aku ketahui. Video itu mahukan sejumlah wang yang besar untuk melepaskan aku dari ‘kubur’.Baru aku tersedar dan ingat kembali yang aku telah diculik ketika pulang dari kelas.Aku merantau ingin mencari ilmu dan aku tidak mempunyai musuh.Sedikit-demi sedikit ruang-ruang kosong dalam ingatan dipenuhi dengan detik-detik cemas ketika aku di culik.

     Aku kini tenang sambil merangka strategi untuk melepaskan diri dari ‘kubur’ ini kerana aku percaya Galaxy SII dapat membantu aku. Aku membelek Galaxy SII yang telah di set bahasa asing mungkin untuk mengelakkan aku menggunakan fungsi-fungsi yang terbina didalamnya.Ternyata mereka silap,aku hanya perlu menekan butang menu dan memilih ikon berbentuk gear yang kebanyakkan telefon menggunakan ikon ini untuk setting.Seterusnya aku memilih ikon berbentuk A kerana aku fikir ia berkaitan dengan huruf atau bahasa.Memang tidak dapat dinafikan ‘user interface’ Galaxy SII amat mudah difahami.Tanpa lengah-lengah lagi aku memilih English kerana aku terbiasa dengan bahasa itu.Kini harapan aku semakin mebuak-buak.Usaha untuk menyelamatkankan diri bermain difikiran aku.

     Aku mencuba menelefon rakan sekuliah ku walaupun penunjuk  isyarat di telefon rendah dan hampir-hampir tiada kerana mungkin aku ditanam hanya beberapa meter bawah tanah.Akhirnya usaha aku mebuahkan hasil.Aku berjaya membuat penggilan dan terus mengatakan aku berada dalam kesusahan kepada rakan ku.Dia juga memberitahu ku yang aku telah hilang lebih dari 24 jam.Aku terkejut kerana aku telah pengsan selama satu hari.Aku menceritakan segalanya kepada rakan ku supaya melaporkan kepada pihak berkuasa serta kedutaan.Tetiba aku tersentak ketika rakan ku menanyakan dimanakah lokasi aku sekarang?Aku berfikir bagaimana hendak mengetahui lokasi sebenar aku ditanam.Aku memberitahu rakan ku supaya terus melaporkan kepada pihak polis. Aku mencari-cari fungsi GPS di telefon ini.Aku berasa lega dan cuba mengaktifkannya.Malangnya, isyarat dari satelit gagal diterima kerana kedudukan aku yang berada di bawah tanah.Aku mencuba sekali lagi tetapi menggunakan A-GPS pula.Ya,akhirnya berjaya.Kini aku buntu bagaimana aku hendak menghantar maklumat tentang lokasi aku kepada rakan ku dengan lebih tepat lagi.

     Ketika memikirkan cara hendak menghantar lokasi aku,aku menerima satu mesej lagi.Mesej yang menyuruh ku upload sebuah video ku sendiri yang berada didalam keranda itu dengan menggunakan telefon bimbit Samsung Galaxy S II.Jika tidak,mereka tidak akan melepaskan aku.Aku merasakan mereka bermusuh dengan kerajaan negara kita.Tetapi mengapa aku menjadi mangsa.Aku hanya ada beberapa jam sahaja sebelum bateri ku habis.Aku nekad mengambil gambar ku dan menghantar kepada rakan ku.Ketika mengambil gambar ku melihat ada menu Geo-tagging.Aku mengambil beberapa keping gambar dan terus hantar kepada rakan sekuliah ku.Apabila selesai menghantar,aku cuba menelefon untuk memastikan dia menerima gambar itu ataupun tidak.

     Aku berasa lega kerana gambar itu selamat sampai dan aku memberitahu dia yang gambar itu mempunyai maklumat dimana aku berada.Ketika itu rakan ku sudah berada di balai polis.Polis mula menganalisis gambar tu dengan membaca maklumat EXIF di setiap gambar.Selepas beberapa jam,kedengaran sayup-sayup seperti bunyi salakan anjing dan riuh rendah di atas ku.Bunyi seperti penyedok tanah dan cangkul turut kedengaran.Aku merasa lega aku telah diselamatkan.

     Ketika cangkul mengenai penutup keranda itu,aku menunggu dengan rasa kesyukuran kerana aku terlepas dari dugaan ini.Apabila penutup itu dibuka,aku terlihat cahaya terang dan kedengaran suara bonda ku memanggil.Lama kelamaan suara itu makin jelas kedengaran, ” Bangun-bangun dah pukul 6.30 dah ni..nant lambat pi kerja..” kata bonda ku.Aku bangun dan terpinga-pinga.Aku bermimpi rupanya.Gara-gara menonton cerita Buried sebelum tidur,aku bermimpi menggantikan pelakon Ryan Reynold yang ditanam hidup-hidup.Dan aku terfikir sejenak, jika dia diberikan Samsung Galaxy S II menggantikan Blackberry sudah tentu dia dapat hidup melepaskan diri dari ‘kubur’.Ternyata walaupun hanya mimpi, saya ingin memiliki Samsung Galaxy S II ini kerana banyak fungsi yang terbina dan amat berguna dalam kehidupan seharian.

Contest ini dianjurkan oleh Beta.my & ditaja oleh Mynewshub

JebengOtai™

Cerita ini tiada kene mengena samada hidup atau mati atau pun mana-mana pihak.. 🙂

Gambar : Google Image

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 19 Comments

  1. puanbee

    waa macam novel dah ni .. bagus sekali …ok tekan ke tiga2 button di atas ek

  2. paihujey

    kuat imaginasi ni..sampai mimpi citer Buried lagi..ahaha..sebab tu perlukan galaxy s2 kan kalau ada kecemasan macam ni..

    1. JebengOtai

      aah..kalo director ganti blackberry ngn Galaxy S2..kompem bleh kuar..heheh

  3. kakyong

    memula pelik.. novel apa pulak nih.. hihi… bravo.. kreatip la..

  4. Steward John

    Terima kasih banyak banyak bro sebab turut support..

    1. JebengOtai

      alamak..mesti dh terkonpius ni..byk masuk kontest nk menang gadget..hehe

      entri untuk denaihati di sini..

  5. wazy

    Menarik,review yang bagus ni

  6. sollehahn

    hahahha…mantap2…tak bosan membaca

  7. zie fauzi

    hahaha…cerpen ni kreatif walau hanya mimpi.. dlm cerita ada info… btw,sorry yer lambat singgah sini.. dtg nak bg sokongan… semoga berjaya k..

  8. Mr. Bukit Besi

    Anda tersenarai yang terbaik di beta.my, mungkinkah ini blog akan menang? apa pun gud luck…

    1. JebengOtai

      dengan izin tuhan…mudah2an boleh menang gadjet impian.. 🙂

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.